Rabu, 14 Januari 2009

EXCO CAMRY!!!


Aku masih gagal menerima hakikat...walau penjelasan telah diberikan, namun kenyataan tersebut masih gagal aku hadam dengan baik. Kegagalan ini mungkin disebabkan melihat Abang Man masih kehulu-hilir dengan kerusi rodanya mencari bantuan bagi menyelesaikan masalah kampungnya yang sampai hari ini gagal mendapat bekalan air paip.Disaat Selangor digelar Negeri Maju, Kampung abang Man yang hanya punya jarak masa 25 minit keKuala Lumpur masih lagi menggunakan air Perigi.



Juga aku berasa sakit mata melihat anak-anak wak jono yang tidak sempurna tempat tidurnya, mereka masih kekal dibawah khemah akibat rumah diruntuh penguasa terdahulu. Arghh..mengapa aku terlalu prejudis? bukankah dengan pembeliannya dapat mempercepatkan kehadiran para Exco ke kawasan yang dihuni rakyat miskin dan terpinggir? Tetapi..melihat rupa bentuknya yang agak prestij, aku khuatir badannya akan calar-balar dan tayarnya rosak bilamana melalui jalan-jalan yang penuh lopak dan berlubang, menempuh jalan-jalan tersebut merupakan suatu kebiasaan bagi masyarakat miskin,.ianya tidak bagi siCamry. Jalan yang mereka gunakan ini, hanya akan dibaiki bila tiba pilihanraya, aku kira sebaik diturap pada waktu itu, barulah siCamry mampu menunjukkan kejaguhannya.Jika sekarang dipaksakan keatas Camry untuk menempuh liku-liku tersebut, bimbang akan menjahanamkan kestabilannya.

Dan kerana itu.. pasti kos membaikinya akan menelan puluhan malah mungkin juga ratusan ribu. Oleh yang demikian, wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk membaiki kehidupan serta merakyatkan ekonomi Negeri Selangor terpaksa disalur kepada taukey-taukey bengkel yang sedia menanti. Apakah jaminan yang kosnya tidak sama dengan yang terdahulu? ermm...aku juga hairan memikirkan mengapa kos yang terpaksa dilaburkan bagi membaiki kenderaan dulu tidak disiasat seperti mana yang dilakukan kerajaan Terengganu sedikit masa lalu? owh..ada..aku yang terlupa..hmm..



Tetapi aku tetap tidak berpuas hati dengan jawapan Kerajaan Negeri yang cuba menyamakan pembelian ini dengan penyelewengan Khir Toyo. Mengungkit pembelian s350 Mercedez bagi kegunaan peribadi Khir Toyo yang waktu itu memegang jawatan Pengerusi KDEB seolah cubaan menghalalkan pembelian Camry. Aku terpanggil untuk menyatakan kerunsingan ini kerana aku difahamkan oleh salah seorang tokoh koporat yang bertanding dalam PRU lalu..bahawa setiap rakyat Selangor merupakan pemegang saham dalam kerajaan negeri!!



Justeru selaku anak Selangor... Aku kira pembelian ini merupakan suatu keputusan yang tergesa-gesa. Huh.. siapa aku untuk mempersoalkan keputusan ini? aku tidak punya sebarang jawatan penting, kegusaran yang membawa kepada luahan perasaan aku ini..tidak akan langsung mampu menukar keputusan apatahlagi kedudukkan mereka. HAHAHA... dikala ini aku terkenangkan nasib Kerajaan terdahulu, mereka tersembam jatuh dari puncak kuasa juga kerana beberapa keputusan dangkal yang dibuat demi memuaskan hati sesama mereka.

Mereka tidak mahu mendengar keluh-kesah rakyat, setiap persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat..sering mereka dakwa "itu merupakan dakyah pembangkang, tidak wajar kita layan".. Kini seolah peristiwa sama berulang...penyakit gagal menerima kritikan mula terlihat meresap kedalam jiwa kerajaan yang didukung oleh rakyat ini. Tidak menjawab,tetapi sebaliknya melemparkan kembali tuduhan kepada pihak yang lain, seolah sudah menjadi permainan kerajaan baru.
Secara jujurnya hati aku tidak puas melihat wang rakyat dibelanjakan demi memberi keselesaan pada hanya 15 orang...sedang ratusan ribu lagi masih menderita.Bukankah kami mengundi untuk perubahan? mengapa masih sama?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan