Ahad, 11 Januari 2009

Persidangan tergempar:-mampukah ianya menggemparkan Israel??


Esok para politikus Malaysia akan berhimpun di Dewan Rakyat bagi mengeluarkan satu deklarasi mengecam dan mengutuk serangan Israel keatas Gaza. Esok juga Parlimen Malaysia akan meluluskan satu usul mengusir Israel dari bumi Palestin.

Secara peribadi aku melihat persidangan tergempar Parlimen dan setiap usul yang terkandung dalam deklarasinya esok,sebagai perkara biasa dan tidak akan menghasilkan sebarang natijah dalam isu Palestin. Pun begitu Persidangan ini perlu bagi menunjukkan ketegasan Malaysia yang menentang pencerobohan Israel keatas bumi Palestin.

Aku berkeyakinan bahawa, angka korban ini akan mencecah kepada ribuan dalam sehari dua lagi. Keadaan ini tidak akan berubah selagi dunia islam mementingkan kepentingan, perbezaan suku bangsa dan sentimen perbedaan fahaman politik.Justeru tidak hairanlah walaupun Allah mengurniakan simpanan minyak yang terbesar dibawah perut bumi setiap negara islam, ianya tidak mampu menyekat kemaraan Yahudi dan Nasrani dari terus melanyak, memijak serta menghentam satu persatu negara islam, samada secara perang konvesional ataupun perang ekonomi.

Manakala direnung kembali sejarah kejayaan Salahuddin Al-Ayubi menawan Jerussalem,keberhasilannya adalah disebabkan beliau berupaya menyatukan seluruh negara islam dengan membuang semangat kebangsaan masing-masing, sebaliknya berdiri diatas nama islam dan berperang diatas nama Allah SWT.

Oleh yang demikian, aku sedang menanti seseorang yang mampu membawa kepada penyatuan umat islam sekaligus menamatkan segala celaan yang berlaku terhadap dunia Islam kini.

1 ulasan:

  1. Salam..
    Susah sangat ke kita menghantar askar kita berperang di Palestine atas dasar saudara sesama islam daripada kita berdemonstrasi di sini dan menghantar dalam bentuk wang ringgit. Cara lebih berkesan ialah biar kita turut berperang, bila mati, harap mati ke jalan Allah swt...Itu lebih baik daripada penat mengutuk..

    SHANA

    BalasPadam