Dulu mereka kata "letak songkokpun boleh menang" dan mereka juga mendabik dada mengatakan "sekiranya mahu menjadi Menteri masuklah UMNO". Kesemua kata-kata ini telah menjadikan mereka angkuh dengan kuasa, kata-kata ini membuatkan mereka memperlekehkan mandat rakyat.
Slogan mereka mahu membela rakyat, menjalankan pentadbiran bersih,cekap dan amanah serta kononnya mahu menjadikan Malaysia sebuah negara yang Cemerlang,gemilang dan terbilang tidak lebih sekadar retorika penyedap semata. Hakikatnya pentadbiran mereka dipenuhi dengan korupsi, kecekapan mereka melindungi para kroni melalui kuasa yang diamanahkan oleh rakyat menyebabkan sistem kehakiman tercampak kelembah kehancuran.
Mereka cemerlang melakukan propaganda demi mengalih pandangan rakyat dari terus memberi tumpuan kepada kebobrokkan sistem pentadbiran mereka. Mereka juga penuh gemilang mendabik dada dengan penuh angkuh, menekan sesiapa yang cuba menentang kekuasaan mereka. Dalam pada itu, harta rakyat sudah tidak terbilang lagi dipunggah dan dijarah oleh mereka. satu persatu khazanah negara dijual bagi memenuhi tuntutan nafsu kehidupan mewah mereka.
Lihatlah kehidupan para pimpinan mereka, sayap Pemudanya tidak ubah seperti kelab jutawan muda. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila...mereka pernah menggelarkan pasukan mereka "Skuad Pemuda Elite" yang membawa maksud skuad bertaraf tinggi. Lambang ketinggian taraf mereka dapat dilihat melalui cara hidup mereka, mereka berkereta mewah dalam usia yang sangat muda, manakala lobby hotel dan coffee house menjadi sarang untuk mereka berkumpul.
Rakyat melihat sikap mereka dengan penuh kejelekkan, ekonomi negara kian parah.Jurang ekonomi diantara rakyat semakin melebar sehingga yang miskin terus papa dan yang kaya semakin mewah. Memohon bantuan daripada YB-YB mereka, adakalanya menjadi pengalaman pahit. Rakyat yang memberi mandat kepadanya terpaksa mengemis haknya sendiri. Tidak kurang juga sikap diskriminasi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab selaku wakil rakyat, seringkali dilihat penyokong parti lawan atau yang tidak bersetuju dengan fahaman mereka dianaktirikan. Malah ada juga yang ditekan kehidupannya.
Akibat tidak tahan dengan kerenah dan kerakusan politikus tersebut, rakyat telah mula membaca hak mereka yang terkandung dalam perlembagaan. Rakyat mula bangkit dari lena yang panjang, diatas kesedaran bahawa dalam sistem demokrasi.."suara rakyat suara keramat!!". Maka rakyat terus bangkit menuntut hak mereka yang selama ini dirampas sang penguasa.
Lonjakkan kebangkitan rakyat seolah tidak mampu ditahan lagi, segala slogan yang selama ini merupakan retorik dari sang penguasa..sudah tidak mampu mengaburi mata rakyat. Kini rakyat mahukan "perubahan!", rakyat mahukan "Agenda Ekonomi" yang membela nasib rakyat! Rakyat tolak picisan propaganda fitnah yang jahat dan kotor! Rakyat mahu MERDEKA dari penindasan dan kezaliman! rakyat mahukan "Ketuanan Rakyat!!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan