Jumaat, 30 Mei 2008

laporan sang opportunis sebelum masuk UMNO...

Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Noor berkata beliau mempunyai fakta kukuh untuk mengheret bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan kuasa semasa memerintah। Dalam satu laporan balai polis di Balai Polis Dang Wangi (Campbell) dekat sini hari ini Ezam berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk bekerjasama dengan pihak polis dalam memberi maklumat berhubung penyelewengan dua pemimpin negara itu dan anak-anaknya."Laporan kami beserta 17 helai maklumat bersumberkan laporan dari agensi kerajaan, surat dari kementerian Kewangan serta sumber lain."Kami ada alasan kukuh untuk mempercayai kedua-dua pemimpin ini telah melakukan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa untuk menganugerahkan projek-projek kerajaan bernilai ratusan juta ringgit kepada ahli keluarga terdekat," kata Ezam ketika mengadakan sidang medianya selepas menyerahkan laporan kepada polis. Turut serta dalam laporan itu ialah, Koordinator Gerak, Badrul Hisham Shaharin; bekas tahanan ISA, Abdul Ghani Haroon dan Exco Angkatan Muda KeADILan, Faisal Mustaffa serta Zarerah Hanim Mat Zaki.

Menurutnya, laporan polis itu akan dirujuk kepada Balai Polis Kelana Jaya dan beliau dijadualkan bertemu dengan ASP Shim di balai polis tersebut esok untuk keterangan lajut."Saya beri 30 hari tempoh kepada pihak polis untuk menyiasat laporan itu,dan jika polis enggan beliau akan menghadapkan kes itu kepada pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR)," katanya.Menurut Ezam, pihaknya percaya siasatan yang menyeluruh perlu diadakan memandangkan masa pemerintahan kedua-dua pemimpin tersebut selama 25 tahun memungkinkan banyak penyelewengan berlaku tetap tidak didedahkan.

Sejak kebelakangan ini sedikit demi sedikit penyelewengan kedua-dua mereka didedahkan, dan ironinya oleh kedua-dua pemimpin ini sendiri, kata Ezam."Mahathir menyatakan bahawa Abdullah memberikan projek kepada anaknya,manakala dibalas Abdullah bahawa Mahathir juga memberikan projek kepada ahli keluarga sendiri,"katanya.Gerak ingin menarik perhatian rakyat Malaysia berhubung persoalan kekayaan anak lelaki Abdullah iaitu Kamaluddin yang memperolehi laba besar dalam tempoh singkat, katanya."Kekayaan yang dimiliki Kamaluddin amat pantas berbanding Mukriz di mana selama tiga tahun Abdullah memerintah Kamaluddin telah mengumpul kekayaan yang berlipat kali ganda dari tempoh yang sama berbanding Mukriz," katanya lagi.


Rabu, 28 Mei 2008

EZAM:sang oportunis murahan


Penyertaan Ezam kedalam UMNO menepati jangkaan saya selama ini. Disebabkan itu peristiwa ini langsung tidak menggamit perasaan saya walau sekelumitpun. Kita seharusnya sudah boleh baca tingkah laku Ezam sebelum dan selepas keluar dari Pari keADILan, yang mana Ezam salah seorang pengasasnya.

Keakraban Ezam dengan Khairy terbukti bilamana Khairy menguruskan pasport malah menghantar sendiri ke rumah DSAI, sebaik saja pembebasan wirawan tersebut diatas permintaan Ezam. Sehari selepas itu Ezam tanpa segan silu melahirkan kekagumannya keatas ketokohan Khairy selaku pemimpin muda UMNO dialaf baru. Ezam juga membayangkan kerjasama antara dirinya dan khairy bagi membentuk satu gelombang Reformasi dalam UMNO. ( Dimana anwar dilihat gagal melakukannya)

Ezam keluar keADILan tahun lalu, dengan menghadiahkan kata-kata kurang ajar kepada DSAI hanyalah GIMIK untuk menarik sokongan akar umbi UMNO kepadanya, Ini diikuti dengan siri ceramahnya yang berterusan menghentam secara khinzir buta terhadap bekas bosnya itu. Hebat sangatkah Ezam sehingga diperakui oleh beberapa kerat tokoh UMNO sebagai aset parti tertua itu?

Bagi saya kemasukkan Ezam kedalam UMNO hanyalah merupakan pembunuhan terancang karier politik Najib. Ezam yang memang dikenali peniru dan perasan akan digunakan semaksimum mungkin bagi melebur impian Najib berserta askarnya untuk merebut tahkta panas UMNO yakni kerusi presiden. Justeru itu Ezam wajib dibawa masuk sekarang demi kepentingan Pak Lah dan Khairy mempertahankan kekuasaan mereka.

Maka tidak hairanlah kalau selepas ini Ezam mengangkat sumpah (Ezam memang gemar bersumpah ) selaku senator sekaligus naik menjadi Menteri UMNO yang baru. Kita lihat babak seterusnya...

Isnin, 26 Mei 2008

HILANGNYA 0.2 BUMI MALAYSIA...



Terlepasnya Pulau Batu Putih tempoh hari, sedikitpun tidak menggemparkan saya. Ini kerana beberapa hari sebelum keputusan dibuat oleh peghakiman, media serta beberapa tokoh bertaraf Menteri telah mula memainkan lagu kecundang. Cuma berasa cukup terkilan dengan kehilangan 0.2 hektar kedaulatan bumi Malaysia yang kaya dengan hasil maksumnya serta menjadi pusat strategik bagi ketenteraan ketangan Singapura.

Malaysia yang membariskan peguam cukup handal (kononnya) untuk mempertahankan Pulau tersebut hanya berhujah menggunakan fakta sejarah. Hujah dari segi perundangan pula cukup dangkal berbanding hujah dari pihak singapura yang membariskan pakar perundangan yang hebat.

Kebijaksanaan Peguam Negara dari segi perundangan ternyata hebat didalam negara sahaja. kehebatannya terbukti setiap kali membantu sang pemerintah mempertahankan kekuasaannya, tetapi gagal untuk mempertahankan kedaulatan Negara...

Khamis, 22 Mei 2008

MALAYSIA BARU!


Iklim politik Malaysia semakin panas, Parti politik dijadikan pentas sepak terajang. Terbaru pengumuman Tun M keluar dari UMNO melengkapkan susunan Presiden UMNO yang keluar dari parti kebangsaan itu. Tun meletakkan syarat akan "masuk UMNO selepas Pak Lah letak jawatan" mengundang perpecahan parti tertua tersebut.

Para pemimpin UMNO/BN sibuk memikirkan akan isu ini, Menyebabkan isu rakyat kurang dibicarakan. Nasib rakyat semakin tidak terbela kerana para pemimpin lebih memikirkan nasib mereka dalam hal ini.

Anwar Ibrahim merupakan "HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA". Rakyat semakin muak dengan juak-juak UMNO yang cuba menunjuk jaguh. Rakyat ternanti-nanti akan kemunculan Anwar untuk memecah kemelut kepayahan rakyat selama ini.

Biarlah UMNO dengan masalahnya, sebaliknya Ogos depan merupakan hari kemerdekaan yang sebenar buat seluruh rakyat Malaysia tatkala Anwar berdiri diatas podium selaku "PERDANA MENTERI MALAYSIA!

Jumaat, 16 Mei 2008

KERESAHAN TOKOH KETUANAN RETORIK UMNO

"Mampukah UMNO melepasi OGOS depan" merupakan persoalan yang bermain dibenak tokoh ketuanan elit melayu UMNO. Terbayang nasib hidup selaku banduan tatkala kes rasuah mereka didedahkan, Maka pelbagai isu dibangkitkan bagi menaikkan amarah rakyat terutama orang melayu.

Dicanang kepada rakyat isu "ketuanan Melayu" serta moral dan etika, agar seluruh rakyat membenci PAKATAN RAKYAT sekaligus menyelamatkan kantung-kantung mereka yang berisi wang rakyat.

Tetapi sehingga kini rakyat tidak mengendahkan paluan gendang sumbang yang dimainkan oleh tokoh Melayu UMNO. Rakyat sudah MASAK dengan kata-kata retorik yang dilaungkan sejak 50 tahun kita MERDEKA.

Hanya cicak mengkarung diperingkat cawangan yang bergelar "ketua cawangan UMNO" berterusan menyalak menunjukkan jaguh agar terpilih sebagai ketua JKKK tajaan PLB. Alahai...

Khamis, 15 Mei 2008

FAKTOR BLOGGER UMNO TEWAS

PRU-12 benar-benar mengubah landskap politik tanahair, terkini blog yang dahulu dianggap parasit politik tetapi kini diperakui pengaruhnya.

Semenjak berakhirnya PRU 12 yang mana menyaksikan kegagalan UMNO/BN mempertahankan majoriti dua pertiganya, para pemimpin UMNO mula berlumba membuka blog masing-masing. Perkembangan luar biasa ini terjadi pabila laporan bedah siasat kekalahan besar UMNO/BN disebabkan faktor blogger. Ini diperakui oleh PM yang seakan menyesal dengan mengabaikan teknologi IT ini.

Hari ini para pemimpin UMNO sedang rancak dengan blog masing-masing sehingga terlupa dengan segala tohmahan yang pernah dilemparkan kepada blogger tanahair. Ibarat meludah kelangit jatuh kemuka sendiri istilah yang paling tepat untuk blogger UMNO/BN. Kasihan...

Rabu, 14 Mei 2008

BERAS OH BERAS!


Harga beras yang melambung mutakhir ini, amat membimbangkan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Pelbagai saranan diberikan kepada seluruh rakyat agar menukar beras kepada makanan lain kononnya bagi mengimbangi harga beras yang sedang menggila dipasaran.

Kemelut ini digambarkan oleh pihak kerajaan seolah terlalu sukar unuk diselesaikan. Benarkah? Sekiranya pihak kerajaan gagal memecah kebuntuan kenaikkan harga beras ini, sudilah kiranya saya memberi satu dua bentuk cadangan untuk dikongsi bersama-agar dapat kita keluar dari permasalahan ini.

Cadangan saya, adalah lebih baik sekiranya kerajaan menurunkan harga kos bahan api. Umum mengetahui kenaikkan bahan tersebut menjadi punca kenaikkan kos sara hidup rakyat. Ini kerana bahan api merupakan bahan asas keperluan hidup, sekiranya diturunkan mungkin sebagai permulaan 30 sen- pasti dapat menurunkan kos kehidupan yang terpaksa ditempuh oleh rakyat.

Yang kedua, berkenaan penetapan gaji minima bagi sektor swasta. Adalah lebih baik ditetapkan sebanyak RM 900 sebagai gaji permulaan. Rakyat yang bekerja disektor swasta, kebiasaannya kurang mendapat "benefit" seperti kakitangan kerajaan. Oleh yang demikian adalah munasabah kiranya pihak kerajaan menetapkan tangga gaji sebanyak itu agar dapat meringankan beban mereka.

Kedua-dua cadangan tersebut mungkin boleh digunapakai oleh pihak kerajaan dalam menangani polemik beras mutakahir ini. Usahlah menabur janji manis kononnya kerajaan amat prihatin dengan permasalahan rakyat, tetapi retorik semata.

Harap Pak Menteri yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu ini, dapat membaca cadangan saya dengan akal yang dingin. Kerana saya juga sebahagian dari rakyat kebanyakkan yang terbeban dengan konflik beras ini.

ANWAR:PM ke 6 Sept depan





Landskap politik MALAYSIA bakal berubah dari politik "perkauman" kepada "perpaduan kaum" september depan, berikutan kembalinya "Putera Rakyat" Dato Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6.





Umum mengetahui PRU ke-12 yang berlangsung Mac lalu, satu lonjakkan kebangkitan rakyat yang mahukan "perubahan" telah menolak politik mainan UMNO/BN serta janji retoriknya. Lonjakkan yang disebut "tsunami politik" ini amat menggemparkan "ketuanan melayu UMNO" khususnya. Mereka mula dilanda perasaan gusar, ditambah pula Negeri yang digelar "crown state" yakni Selangor jatuh ketangan PAKATAN RAKYAT.





Anwar berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga UMNO/BN sekaligus menempah sejarah yang tak mungkin dapat dilupakan. Kerusi sasaran sebelum PRU12 sebanyak 60 meningkat kepada 82 kerusi parlimen yang berjaya ditawan oleh PAKATAN RAKYAT, merupakan isyarat Anwar telah meletakkan sebelah kakinya ke Putrajaya.





UMNO/BN cuba menongkat langit dengan menafikan kenyataan yang bakal mereka hadapi. Para pemimpin UMNO sudah mula berkira-kira untuk lari, yang tinggal bertempik kononnya "ketuanan Melayu" hanyalah ketua-ketua cawangan UMNO.





Kini jelas "Harapan Baru Untuk Malaysia" yang menjadi sandaran seluruh rakyat akan menjadi kenyataan, sebaik sahaja kerusi parlimen yang pada mulanya 30 telah menjadi 40 kerusi tambahan menyertai PAKATAN RAKYAT.





Anwar akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 pada september depan, sekaligus melenyapkan pemerintahan zalim . "Ketuanan Rakyat" menjadi realiti tatkala Anwar mengangkat sumpah selaku PM Malaysia yang baru kelak.

Isnin, 12 Mei 2008

ISU KARPAL: Kain rentang diTerengganu?


Mutakhir ini dunia politik MALAYSIA heboh memperkatakan isu YB Karpal menghina raja. Manakala isu pokok yang menjadi permasalahan rakyat kurang mendapat tempat Media arus perdana.
Agak menghairankan bilamana PM sendiri mengarah anak buahnya membuat laporan polis terhadap YB Karpal ekoran pertikaian berkenaan Raja Melayu diParlimen tempoh hari.
Seluruh rakyat Malaysia pernah digemparkan dengan isu kain rentang yang jelas ditujukan terhadap DYMM sultan Terengganu Mac lalu. Perkataan yang terpampang di atas kain rentang tersebut benar menghina Kesultanan Melayu!. Maka atas rasa bertanggungjawab Dewan Pemuda PAS serta AMK Malaysia membuat laporan polis.
Walhasil sehingga kini tiada berita. Malah PM ketika itu langsung tidak bersuara. Apa dah jadi?

KONTRAK SOSIAL: satu retorik?

Prof diraja Dr Ungku Abdul Aziz hari ini mendakwa bahawa tidak wujud kontrak sosial secara fizikal antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.Bercakap selaku salah seorang panelis forum ulangtahun ke-25 Dasar Pandang Ke Timur di Shah Alam hari ini, beliau berkata tidak wujud kontrak sosial seumpama itu.Panelis lain termasuklah mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Ismail Adam.Sebaliknya, kata Ungku Aziz, sosial kontrak itu merupakan satu fantasi yang diwujudkan oleh ahli-ahli politik bergantung kepada kepentingan mereka.Ungku Aziz berkata, kontrak sosial itu sepatutnya dipanggil ‘kontrak' untuk menjustifikasikan tindakan afirmatif dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk kumpulan paling memerlukannya.Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut dan berkata beliau akan berbuat demikian di forum yang lain.Dr Mahathir tidak setujuBercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Dr Mahathir bagaimanapun tidak bersetuju dengan Ungku Aziz dan menegaskan bahawa kontrak sosial wujud walaupun tidak dalam bentuk bertulis.Jelasnya, kontrak sosial memang tidak ditulis secara rasmi, tetapi kefahaman tentangnya memang wujud di kalangan pemimpim utama Perikatan - Tengku Abdul Rahman dan pemimpin Perikatan yang lain ketika itu."Kefahaman kontrak sosial itu, yang harus di kongsi bersama ialah bagaimana Tengku Abdul Rahman memberikan satu juta kerakyatan kepada bangsa Cina, dengan harapan mereka memberi sokongan dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan," katanya.Katanya, kefahaman kontrak sosial itu juga memberi kesan terhadap perlembagaan apabila ia memberi hak kepada orang Melayu dan juga memberi hak kepada orang Cina dan India."Bukan sahaja Melayu akan menjadi bahasa rasmi yang diajar di sekolah-sekolah kebangsaan, tetapi bahasa Cina dan India juga diajar di sekolah-sekolah masing-masing.Dan itu hak-hak yang diberikan," jelasnya yang juga mantan presiden Umno.Hak semua kaum"Dan orang Melayu tidak boleh mempersoal dan mencabar hak kewarganegaraan orang Cina dan India dan di situ kita dapat melihat keseimbangannya," tambahnya.Beliau berkata, begitu juga dengan agama. Islam yang telah menjadi agama rasmi negara dan semua orang bebas untuk mempraktikkan kefahaman agama mereka tanpa perasaan takut."Rakyat selalu bercakap tentang hak orang Melayu dalam parlimen, tetapi tidak melihat hak orang Cina (dan India) dalam perlembagaan," tambahnya.Menurutnya, kontrak sosial ini meliputi perkongsian kuasa, kuasa dalam politik, perkongsian ekonomi dan pertumbuhannya.Dan daripada pertumbuhan itu, katanya, ia diagihkan sebahagian besar kepada orang Melayu dan bumiputera. Kontrak sosial itu memang tidak ditulis tetapi ia termasuk semua aspek sosialisasi dalam negara ini.

ERA BARU: satu Transformasi perjuangan

Mula mengenali erti perjuangan pada tahun 98, dimana satu tragedi "mahazalim" menimpa keatas putera harapan rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim. Peristiwa itu menggegarkan bukan sahaja diMalaysia malah dunia. Ianya menyebabkan jiwa saya begitu memberontak untuk turut sama menyertai ribuan masyarakat prihatin menentang KEZALIMAN.
Ketika itu usia saya hanya belasan tahun. Tetapi semangat yang ditunjukkan oleh saudara yang lebih berusia, benar-benar membakar jiwa muda saya. Saya menanam tekad untuk berjuang sebaik sahaja "Deklarasi Permatang Pauh" dilancarkan. Laungan REFORMASI menandakan para pejuang keADILan bersiap sedia bertempur dengan pendukung"KEZALIMAN".
Maka bermulalah saat gelita, pabila sang penguasa menggunakan kuasa menekan para pejuang serta rakyat yang mahukan perubahan dan keADILan. Siri penangkapanpun bermula dengan Dato Seri Anwar menjadi mangsa pertama diheret,dihumban kedalam lokap dan dipukul setengah mati.
Walaupun pelbagai ancaman dan penindasan diperlakukan keatas kami, Namun dengan "Tekad semangat perjuangan", ditambah kata-kata semangat yang berbunyi cabaran "kalau takut dengan risiko,jangan bicara soal perjuangan" oleh Dato Seri Anwar ibrahim kami pegang sebagai prinsip perjuangan.
Dipihak keluarga, Ayah langsung tidak boleh terima perjuangan yang saya sertai. Baginya perjuangan ini sia-sia dan takkan kemana. Saya tetap dengan pendirian saya, perjuangan ini "Relevan", visinya jelas dan kami pasti berjaya satu hari nanti. Dek kerana ayah kekal dengan perjuangan "kebangsaannya" maka diputuskan hubungannya dengan saya.
Semangat saya semakin membara dengan cabaran ayah, saya tekad memperjuangkan visi keADILan. saya percaya akan ada sinar baru yang akan menjelma satu hari nanti membawa kecerahan kepada perjuangan yang diliputi kegelitaan ini.
Saya harungi perjuangan ini selama hampir 10 tahun, pelbagai keperitan dan kepayahan saya tempuh penuh yakin. tidak pernah terlintas difikiran untuk berundur walau setapak, Walaupun ada teman yang mula lari dari medan perjuangan atas alasan "TEKANAN".
Alhamdulilah, berkat tekad serta berpegang teguh dengan prinsip perjuangan. Tahun 2008 bermula detik baru dalam kehidupan saya. Sinar yang saya harap selama ini mula muncul menerangi perjuangan saya. Kalau dahulu saya dituduh berkhayal kini suara ghaib itu sudah mula berubah nada. Rakan yang hilang mula muncul kembali, Perjuangan yang bermula diatas jalanraya telah diangkat martabatnya oleh rakyat keperingkat pentas bergemerlapan. Saya masih kekal dengan tekad dan prinsip perjuangan yang saya pegang selama ini. saya masih belum puas, selagi keADILan belum tertegak dengan hakikinya bermakna saya akan kekal selaku pejuang. Saya berasa bangga tatkala melihat HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA kini mula menjadi sandaran seluruh rakyat yang mahukan "Ketuanan Rakyat"!
eddieputra