Sabtu, 30 Mei 2009

Penanti dan harapan


Kesempatan menjenguk kePenanti 2 hari yang lalu, menjadi pangalaman begitu berharga pada aku.Suasana kelihatan suram tanpa perang poster yang ketara,namun jentera PKR tampak cukup semangat menjalankan tanggungjawab masing-masing.Pilihanraya kecil kali ini mencatat sejarahnya tersendiri,UMNO-BN tidak bertanding.Mungkin PKR terlalu banyak menekan siPenguasa, lantaran itulah UMNO seakan merajuk untuk turut serta kedalam PRK Penanti.

Makanya PRK Penanti dilihat seperti raya tanpa ketupat, Mujurlah ada salah seorang dari calon bebas yang mempamerkan ketrampilan laksana UMNO.Keupayaan beliau mengaktifkan bilik gerakkan sendiri serta punya petugas dan mampu mengeluarkan poster yang agak banyak,cukup membuatkan orang ramai merasakan seolah UMNO yang bertanding. Manakala media berterusan memberi liputan agak meluas tentang aktivitinya juga seakan membenarkan tanggapan umum tentang siapa dibelakang calon tersebut.

Hal ini sedikit sebanyak menghidupkan suasana yang agak muram diPenanti.Majlis ceramah dan penerangan disusun dengan rancak.Kehadhiran khalayak kesetiap lapangan ceramah, memperlihatkan bahawa masyarakat setempat amat dahagakan maklumat.Mungkin sahaja mereka jelak dengan laporan media tunggangan penguasa yang sering melapor berita berbentuk picisan serta berat sebelah.

Aku juga berkesempatan menyertai rombongan Anwar ke Kuala Perlis bagi memenuhi undangan ahli UMNO disana.Undangan ini agak berbeza dari sebelumnya, kali ini mereka menjemput Anwar untuk menerima penyerahan mereka untuk bersama berjuang merealisasikan Agenda Perubahan.7 cawangan UMNO bubar serta merta, dicelah-celah keramaian itu…aku melihat dengan jelas riak wajah mereka yang begitu muak dengan politik mainan pimpinan atasan UMNO.

Mereka tanpa rasa gentar telah menempelak sikap UMNO yang gemar bermain dengan retorik.Menyedari ekonomi Negara kian menjunam kesan dari sikap penguasa yang gagal merancang, mereka melaungkan PERUBAHAN! Mereka sudah bosan dengan laporan PM kononnya berjiwa rakyat turun menjengah beberapa kawasan miskin.Sikap itu hanyalah berupa mencari publisiti murahan,cukuplah mengunakan rakyat kelas ketiga sebagai modal politik,sedang kerenah birokrasi dan diskriminasi bukan sahaja pada kaum malah antara golongan kaya,pertengahan dan bawahan masih menebal dalam pentadbirannya.Semua ini mencerminkan pemerintahan pecah perintah yang sekian lama diamalkan kerajaan UMNO-BN.

Melihat keadaan ini, Penanti tidak harus dipandang enteng.Para pengundi mengalas harapan besar rakyat Malaysia keseluruhannya.Peningkatan undi calon dari PKR akan memberi isyarat jelas kepada penguasa…bahawa rakyat menolak polisi 1Malaysia yang kelihatan retorik semata-mata.Hakikatnya UMNO masih bergelumang dengan kerakusan dan kezalimannya.Hak rakyat dicabuli tanpa rasa ihsan,tekanan terhadap suara rakyat begitu kuat sehingga menenggelamkan asas sebenar demokrasi.

Sabtu, 23 Mei 2009

PENANTI umno diMANEK URAI

(tenangnya hidup tanpa UMNO-BN,semua orang boleh kawan)


Hari yang dari sebelumnya, jika dahulu...seringkali media Penguasa menggambarkan bahawa para penyokong pembangkang kononnya "GANAS".Oleh sebab itu...Pasukan Keselamatan terpaksa dikerah seramai mungkin bagi mengawal keadaan dikawasan yang mengadakan Pilihanraya Kecil.Bajetnya sudah tentu menelan jutaan ringgit wang rakyat!

Makanya hari ini terbuktilah bahawa bukanlah ahli atau para penyokong parti-parti pembangkang yang gemar menimbulkan kekecohan,sebaliknya ia datang dari gelagat ahli atau para penyokong upahan parti UMNO-BN! Proses penamaan calon pagi ini berlangsung dalam suasana yang cukup damai. Anggota keselamatan juga ramai yang tersenyum sambil meraikan suasana santai dalam tugas.

Peristiwa diPenanti ini merupakan sejarah yang amat berharga, Najib selaku Presiden baru UMNO(Baru) telah mengambil tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh Tunku,Tun Razak,Tun Hussein, Tun M(apanama) dan Tun Lah. Malah Tun Lah yang dicop sebagai Presiden paling lembik dalam sejarah UMNOpun tidak pernah bertindak sedemikian rupa.

Keputusan yang diambil oleh Najib berdasarkan alasan mahu menjimatkan wang rakyat, setuju! bukan sahaja benar-benar menjimatkan,bahkan ianya cukup tenang! Pun begitu, UMNO tidak akan sesekali membiarkan ketenangan diPenanti merebak ke Manek Urai. Oleh yang demikian, UMNO berasa sedikit keberanian untuk mencuba nasib sekali lagi disana memandangkan pemegang rekod menTKOkan UMNO selama ini sudah lagi tiada. alahai....

(aman sungguh rasanya)

Jumaat, 22 Mei 2009

ZAMBRY MENANG: dah agak dah......


Sejak pagi tadi aku menerima sms yang bertanya tentang keputusan Kes antara Nizar dan Zambry, jujurnya aku mengatakan pada mereka semua..bahawa aku punya keyakinan yang Zambry akan MENANG kes ini!

Walhasil,ramailah yang marah pada aku hahaha...termasuk Pak Long aku sendiri! dipejabat juga begitu, rakan-rakan walaupun sudah punya pengalaman... namun kelihatan masih mahu meletakkan harapan tinggi agar kemenangan berpihak pada Nizar. Sebetulnya aku juga begitu, mahukan Nizar kembali sebagai MB dan terus membubarkan DUN agar rakyat dapat memilih siapa yang paling layak menerajui Darul Ridzuan.Tetapi mengenangkan sudah mangli (istilah kedah) dengan cara politik diMalaysia, makanya meletakkan harapan yang begitu tinggi hanyalah sia-sia....inikan Demokrasi ala Malaysia.

Akhirnya termaktublah sebentar tadi, Zambry dikatakan SAH selaku MB Perak! walaupun ada yang berasa aneh dengan keputusan tersebut tatkala cuba melihat kes ini dari sudut perundangan dan perlembagaan, aku nasihatkan...adalah sebaiknya anda semua kembali menghayati slogan "MALAYSIA BOLEH!' serta menikmati demokrasi ala malaysia ini. Dengan cara ini anda semua akan menjadi setenang aku!hahaha


pak long: " lepaih nih Zambry pi bubar DUN Perak, sebab BN da siap cuci bilik gerakkan depa."

UMNO TIDAK BERTANDING DIPERAK.....?


Keputusan UMNO-BN untuk tidak turun bertanding diPenanti bakal menjadi sejarah diMalaysia, Tambahan pula alasan yang diberikan "kununnya" mahu mengelakkan pembaziran wang rakyat, disamping menolak apa yang disebut sebagai "helah pembangkang".


Melihat keputusan serta alasan yang diberikan itu, ia hanyalah mempamerkan sikap bacul Presiden UMNO itu sendiri.Bahkan sikap bekas Presidennya yang sering dikatakan lembik dahulu dilihat lebih berani! Permatang Pauh yang menyaksikan penyandangnya Wan Azizah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga penyandang asal kerusi tersebut, keputusan itu disambut oleh Pak Lah dengan tetap menurunkan calon....walaupun ada terdapat suara-suara yang mahu UMNO-BN menarik diri ekoran kawasan tersebut merupakan kubu kuat Pembangkang.


Pak Lah mungkin tersenyum melihat situasi UMNO saat ini, dengan keputusan yang mencatat sejarah ini...jelaslah bahawa kemungkinan besar Najib yang menjadi penyumbang besar kepada punca kekalahan UMNO-BN dalam PRU-12 lalu. Bimbang dengan kemungkinan tersebut, makanya Najib mengambil keputusan agar UMNO tidak menurunkan calon dalam PRK Penanti.Dengan cara itu, dapatlah hendaknya Najib mengelak daripada dianggap sebagai liabiliti kepada parti tertua itu.


Hmmm......Apakah juga nanti, tatkala sudah tidak mampu mengelak...dimana DUN Perak terpaksa dibubarkan.Apa mungkin Najib akan sekali lagi bertindak untuk melarang partinya daripada menurut serta menentang gagasan Pembangkang diPerak? Bukankah Najib sudah menyebut..."tidak perlu bubarkan DUN Perak, Ini kerana ianya merupakan pembaziran wang rakyat sekiranya Pilihanraya DUN diadakan".


Oleh yang demikian, ahli UMNO sewajarnya sudah boleh melihat siapa sebenarnya beban dalam parti tersebut.Atau mungkin sahaja Parti UMNO sememangnya sudahpun diBEBAN dengan para koruptor?

Rabu, 20 Mei 2009

agen yahudi??


Alahai...buat kesekian kalinya,panglima-panglima UMNO masih mahu berpencak menggunakan senjata tumpul.Perihal Anwar yang dikatakan agen yahudi sering menjadi modal sang perawi gerombolan demi meraih dukungan rakyat yang semakin jelek dengan pimpinan UMNO-BN.

Dilabel sebagai Agen itu-ini bukanlah perkara baru buat Anwar, ianya telah dimain sejak Anwar memimpin gerakkan mahasiswa ABIM.Anwar Dikatakan pada waktu itu sebagai Agen Libya,namun demikian...sebaik Anwar menjejakkan kakinya kedalam UMNO, kesemua tuduhan serta label Agennya lenyap.

Setelah Anwar dilucutkan jawatan dari kerajaan seterusnya ditendang keluar dari UMNO, Laungan agen kembali bergema.Kali ini Anwar dikatakan selaku agen Yahudi pula,Aneh...dari libya keCIA hmm.... Pertuduhan ini dibuat hanya bersandarkan hubungan baik Anwar dengan beberapa tokoh dunia.UMNO oh UMNO tanpa mereka sedari,di bawah kerajaan Umno-BN jugalah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Malaysia-Amerika Syarikat begitu hebat digerakkan dalam keadaan FTA ini ditentang oleh kebanyakan ahli ekonomi dan rakyat peringkat pertengahan.


Kebergantungan ekonomi Malaysia ke atas Amerika Syarikat juga memperlihatkan ia menyumbang hampir 53.2 peratus jumlah eksport Malaysia sehingga Jun 2008. Ini pastinya berlaku di bawah pentadbiran Umno-BN tanpa sebarang campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Malah, Umno sendiri pada tahun 2002 sanggup menggadai sebanyak RM4.6 juta wang rakyat hanya semata-mata mahu mengupah pelobi Yahudi, Jack A. Abramoff untuk mengatur pertemuan antara Mahathir Mohamad dengan Presiden George Bush.Sesuai dengan perumpamaan "MENGETUK DULANG PAKU SERPIH,MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH!"

Ahad, 17 Mei 2009

Jangan salahkan Najib kerana isu Perak????


Perdana Menteri 1 Malaysia semalam menggesa kepada semua rakyat agar tidak sesekali "menyalahkannya" dengan apa yang telah terjadi diPerak mutakhir ini.Sebagai Pie Mmm rakyat, beliau juga kembali mengingatkan rakyat 1Malaysia tentang siapa yang memulakan dahulu isu lompat sebelum ini.HAHAHA......


Wahai Pie Mmm,1 Malaysia tahu apa beza dua isu dan cara diantara kamu dengan ketua Pembangkang tersebut.Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat.BN juga mengarahkan 49 MPnya ke Taiwan bagi mempelajari teknologi pertanian selama lapan hari.


Tindakan BN ini menimbulkan keraguan, adakah benar terdapat MP BN yang akan melompat parti ke PR, tambahan pula ketika itu bulan puasa, bulan Ramadhan yang sepatutnya MP bersama rakyat di kawasan mereka. BN juga menawarkan habuan kepada 2 Adun PKR berkenaan, dengan jumlah wang yang "seumur hidup makan tak habis".. Adakah DSAI ada menawarkan apa-apa habuan kepada mereka yang lompat parti dalam isu 16 Sept dulu..?? Tidak ada.. DSAI bukan pemimpin kerajaan yang boleh beli jet peribadi.. Isu habuan 50 juta ini telah diakui oleh seorang pemimpin PKR bahagian melalui akuan bersumpahnya. Ini juga diakui oleh bekas timbalan Menteri Pertahanan. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib.


Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.


Oleh yang demikian, tidak perlulah Najib berasa gundah dengan apa yang telah berlaku diPerak...Sebaliknya adalah lebih baik bubarkan sahaja DUN dan serahkan kembali kuasa kepada Rakyat.Bukankah Najib serta gerombolan yankin bahawa rakyat masih bersama U.M.NO?

Jumaat, 15 Mei 2009

SOALAN UNTUK PM ONE MALAYSIA

Aku ada satu soalan untuk Perdana Menteri 1 Malaysia..... jika ditakdirkan, 3 ADUN lompat tersebut kembali menukar sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat, apakah MB Zambry akan mengikut jejak MB ir.Nizar dengan memohon perkenan Paduka Sri Sultan Perak untuk membubarkan DUN?
Jika tidak, apakah Paduka Sri Sultan terpaksa melantik semula MB dari kalangan Pakatan Rakyat,ekoran UMNO-BN pada ketika itu telah hilang dukungan majoritinya? Sekiranya hal ini berlaku, sudah tentulah Perak akan mencatat rekod MB paling ramai pada penggal kali ini.Alahai..
Rumit bukan? apapun "MALAYSIA BOLEH!"

Khamis, 14 Mei 2009

UMNO:Berpijaklah dibumi yang nyata


Mengikut telahan ketua umum UMNO, BN akan mengalami kekalahan yang paling memalukan jika DUN Perak dibubarkan.Oleh yang demikian sebagai seorang bekas penguasa, Beliau menyarankan agar tidak perlu membazir wang dan masa untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat hanya untuk KALAH! Ckuplah dengan memanggil satu sidang khas dan usul undi tidak percaya sahaja walaupun keputusan mahkamah yang mengesahkan Nizar selaku MB ditangguhkan.Alahai....


Maka tepatlah telahan rakyat keseruluhannya, UMNO-BN pasti berkubur diPerak jika Nizar berjaya membubarkan DUN. Begitulah sepertimana yang kerap terjadi, saat penguasa mula terdesak....mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kekuasaannya.Malangnya....kesemua penguasa tersebut tetap tersungkur tatkala berdepan dengan KUASA RAKYAT! Sejarah telah membuktikan melalui kisah Namrud dengan keangkuhanya dan Firaun dengan kesombongannya.



Pak Long: "patutle liat bebeno nak bubar DUN, takut lingkup rupenye.kahkahkah

selesaikanlah perak najib oiiii

Cabaran Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim kepada PM One Malaysia lewat malam tadi, pastinya akan ddisambut hambar oleh Najib. Alasan kegawatan ekonomi menjadi alasan dangkal Najib bagi mengelak cabaran tersebut.

Aku hairan,mengapa Najib gemar menggunakan alasan tersebut? bukankah dengan membiarkan kemelut politik perak yang mana Najib sendiri memulakannya....akan menyebabkan para pelabur hilang keyakinan terhadap keutuhan politik negara? Para pelabur sudah tentu mengambil sikap tunggu dan lihat, dengan sikap ini,makanya ekonomi negara akan menguncup manakala ramailah rakyat hilang pekerjaan.

Hmmm.....Sudahlah wahai PM one Malaysia! hentikanlah sandiwara,terimalah kenyataan serta muhasabah .Kamu kata rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam pentadbiran KERAjaan kamu,oleh yang demikian buktikanlah! bubarkan DUN dan tamatkanlah drama Perak yang menyesakkan ini.


Pak Long: tobat lahum la puak UMNO ni berani! cit

Rabu, 13 Mei 2009

PERAK DENGAN AKSINYA

Drama Perak memasuki babad barunya, malah kali ini telatahnya lebih menarik! Dato Seri Nizar yang dinafikan haknya selama 3 bulan, telah memperolehi kebenarannya diMahkamah.Walaupun teman-teman sekalian kelihatan begitu gembira dengan peristiwa tersebut, Aku tetap serta masih mampu mengawal diri.
Berkat pegangan kukuh terhadap slogan "MALAYSIA BOLEH!"...makanya keputusan esok hari, dimana "RAYUAN KERAjaan KUDETA" diterima, Aku masih mampu tersenyum. Nampaknya krisis perlembagaan Perak semakin kacau, Aku teramat yakin dan percaya...telatah yang lebih luar biasa akan berlaku diPerak dalam hari-hari yang mendatang.Oleh yang demikian, aku mengajak rakan-rakan sekalian...marilah kita meneliti babad-babad yang penuh dengan aksi selepas ini.Jangan berasa pelik,hairan atau aneh......kerana inilah "DEMOKRASI ALA MALAYSIA!!!!"

PakLong: selamat menonton babak yang seterusnya!

Selasa, 5 Mei 2009

PERAK:-MALAYSIA BOLEH!


Demokrasi ala Malaysia, apa lagi nak dikata? Tempoh hari aku berkesempatan ngobrol panjang dengan Pak Long. Beliau antara insan yang paling aku hormat, sikap merendah diri serta tawadhu pada perjuangan menjadikan Pak Long insan yang mudah didekati.

Cumanya Pak Long seolah gagal memahami konsep demokrasi ala Malaysia, persoalan "Mengapa" atau "Pasai Apa?"( dialek Kedah) sering menjadi mainan dibibirnya.Mungkin juga beliau tidak mempunyai pendidikkan tinggi laksana Profesor yang membolehkan beliau membuat telahan.Namun, Pak Long juga bukan sembarangan, beliau pernah merantau ke Jepun sekitar tahun 80an dahulu.

Perak merupakan situasi yang bisa membuatkan dahi Pak Long berkerut, Persoalan "Pasai Apa?" pasti terpacul dimulutnya tatkala berita negeri itu disogokkan kepadanya, apatah lagi jika ianya datang dari Utusan dan TV3 suku.Bagi Pak Long saban hari situasi Perak kelihatan semakin aneh, bingung memikirkan samada boleh atau tidak hal yang sedemikian berlaku?

Lantaran itu beliau memilih aku sebagai rujukkan,Sambil "pekena" kopi tongkat ali...Pak Long mulakan bicara seraya berkata"Boleh ka jadi macam tu" tanya pak long merujuk drama Perak kepadaku. Makanya, aku sebagai anak muda menjawab,"BOLEH!". Tiada apa yang aneh diMalaysia, aku mengingatkan Pak Long akan perihal slogan "Malaysia Boleh" yang amat popular diMalaysia suatu waktu dahulu.Ianya jelas menunjukkan bahawa tiada apa yang mustahil diMalaysia, asal sahaja keputusan itu mampu menyelamatkan kedudukkan penguasa,ia pasti berlaku.

Adakalanya aku merasakan undang-undang itu hanya untuk pihak oposisi,manakala penguasa berhak merubah demi mencapai matlamat politiknya.Matlamat menghalalkan cara, oleh yang demikian aku suka mengingatkan kepada semua,agar jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi pada 7mei ini. Tarikh tersebut dengan bersaksikan dewan rakyat, pastinya akan menjadi suatu lagi peristiwa aneh buat mereka yang berpandukan sistem perundangan,Tetapi tidak bagi mereka yang amat memahami "DEMOKRASI ALA MALAYSIA!".


Pak Long;- zamri! mai secawan!!

Jumaat, 1 Mei 2009

suara hati...

Coretan rasa dari lubuk hati kecil aku, sukar untuk ditafsirkan dalam karangan seperti selalu.....adakalanya aku dihujani dengan persoalan akan kemahuanku,kehendakku serta keinginan yang masih belum tercapai. Apakah aku layak bergelar pejuang? apa tuntutanku? mengapa aku menyepi tatkala mereka berpencak sambil mendabik sombong dengan kekuatan yang sementara?

Sepi sedang menanti
Dipenghujung sebuah mimpi
Kembara rimba Fantasi yang tak bertepi
Jadi resah sang realiti

Hanya rasa dendam tersimpan dijiwa
Jadi alasan yang meruntuh kecewa
Hilang rasa sedar apa kemungkinannya
Bila kubur masa digali semula

Biar bumi dipijak
Langit pasti tak berganjak
Biarlah kebenaranmu berkata tidak
Namun ku tetap bergolak

Aku sendiri
Takkan peduli
Masa yang pergi
Kutuntut kembali
Walau ilahi
telahpun berjanji
Untung dan rugi
pasti diadili