Ahad, 17 Mei 2009

Jangan salahkan Najib kerana isu Perak????


Perdana Menteri 1 Malaysia semalam menggesa kepada semua rakyat agar tidak sesekali "menyalahkannya" dengan apa yang telah terjadi diPerak mutakhir ini.Sebagai Pie Mmm rakyat, beliau juga kembali mengingatkan rakyat 1Malaysia tentang siapa yang memulakan dahulu isu lompat sebelum ini.HAHAHA......


Wahai Pie Mmm,1 Malaysia tahu apa beza dua isu dan cara diantara kamu dengan ketua Pembangkang tersebut.Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat.BN juga mengarahkan 49 MPnya ke Taiwan bagi mempelajari teknologi pertanian selama lapan hari.


Tindakan BN ini menimbulkan keraguan, adakah benar terdapat MP BN yang akan melompat parti ke PR, tambahan pula ketika itu bulan puasa, bulan Ramadhan yang sepatutnya MP bersama rakyat di kawasan mereka. BN juga menawarkan habuan kepada 2 Adun PKR berkenaan, dengan jumlah wang yang "seumur hidup makan tak habis".. Adakah DSAI ada menawarkan apa-apa habuan kepada mereka yang lompat parti dalam isu 16 Sept dulu..?? Tidak ada.. DSAI bukan pemimpin kerajaan yang boleh beli jet peribadi.. Isu habuan 50 juta ini telah diakui oleh seorang pemimpin PKR bahagian melalui akuan bersumpahnya. Ini juga diakui oleh bekas timbalan Menteri Pertahanan. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib.


Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.


Oleh yang demikian, tidak perlulah Najib berasa gundah dengan apa yang telah berlaku diPerak...Sebaliknya adalah lebih baik bubarkan sahaja DUN dan serahkan kembali kuasa kepada Rakyat.Bukankah Najib serta gerombolan yankin bahawa rakyat masih bersama U.M.NO?

2 ulasan:

  1. pembetulan....
    *anwar tidak gopoh sepertimana najib* ermmm... najib bukan gopoh... tapi gelojoh dan rakus... isu di perak pula menjerlahkan lagi sifat kebodohan Piee Mmmm 1 ni... dalam gelojoh... rakus dan kebodohan yang kian menjerlah kini memperlihatkan pulak kekalutan yang saban hari makin ketara kelihatan laksana kulit kepala Piee Mmmm yang makin terhakis memikirkan strategi apa lg yg tinggal bersama helaian2 rambutnyerrr yg tinggal....

    p/s... syok gak kena teh kat taqwa sambil sedut asap tembakau kampung...

    BalasPadam
  2. terima kasih diatas pembetulan tersebut.

    p/s: kalau syok,leh lepak lagi.hahaha

    BalasPadam