Jumaat, 30 Oktober 2009

Yahya Sahri : satu contoh dan pengajaran!


Baru keluar???? aku ingat dah keluar lama dah! itu reaksi awal aku terhadap isu ADUN MESRA Be eNd Port Klang. Sikapnya yang selama ini bermain tarik tali membuatkan aku hilang perhatian terhadap ADUN LOMPAT terbaru ini. malas nak pikir!


Alasan yang diberikan kononya curiga dengan Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya juga tidak menggemparkan aku.Apatah lagi menyedari disebelahnya adalah orang kanan mat sumpah, so..apa lagi skrip terbaik yang mampu dikarang selain isu itu! hehehe....alahai


Aku melihat sikap sesetengah pimpinan mutakhir ini cukup menjelekan, kalau dalam pidato masing-masing cukup berapi menyahut cabaran dan berani mendepani tekanan waimma apa sekalipun..chewaahh.. "Kusangka panas hingga kepetang,rupanya hujan ditengah hari" itulah pepatah paling sesuai untuk kondisi mereka sekarang. Jaguh-jaguh yang kononya mahu menggalas aspirasi rakyat sebelum menang, kini kelihatan mula mencatur agenda peribadi. Malah lebih memualkan aku bilamana ada segelintir pemimpin yang dah mula perasan!!!!! Ptuih


Pada aku saat ini ialah, biarlah semua yang berasa nak keluar tu pergi! ketiadaan mereka itu memudahkan para pejuang yang lain menfokuskan kepada matlamat asal perjuangan yakni menuntut perubahan dan keadilan. Bagi semua aktivis dan reformis selama ini PKR bukanlah semata - mata badan politik tetapi ianya adalah wadah yang membawa pencerahan.


Memahami bahawa perubahan itu sifatnya adalah berterusan dan ianya tiada masa istirehat, maka sampai kini kesemua aktivis dan reformis tulen masih berdiri kukuh mempertahankan prinsip! Itu bedanya antara pejuang dengan pelaku politik.


Aku kagum dengan seorang tokoh diSelangor yang bernama Yahya Sahri. walau tidak punya hubungan rapat namun memerhati sosok pejuang ini benar-benar mengesankan aku. Yahya tidak sesekali berpaling walau dicemuh dan difitnah. Tekad dan iltizam beliau benar-benar teruji suatu waktu dahulu. Saat itu aku menjangkakan bahawa kemungkinan beliau akan mengambil tindakan keluar Parti. Sori beb...ini Yahya bukan calang jawa! ini jawa keterunan pendekar!


Alhamdullilah sangkaan aku meleset, ternyata beliau seorang yang berprinsip dan bermaruah. Setelah sekian lama bergelumang dengan tekanan maha dahsyat dari UMNO mungkin menjadikan Yahya Sahri begitu kental hingga kini. Inilah antara contoh pejuang tulin!! Makanya YB-YB serta semua ahli parti sekalian jadikanlah Yahya Sahri sebagai contoh dalam perjuangan, "Membujur lalu Melintang Patah!"


Lawan tetap Lawan!

Selasa, 27 Oktober 2009

PDRM: anggota bawah lebih bermaruah!

Hari ini aku berkesempatan ngobrol dengan seorang anggota Polis Trafik. Perbualan singkat ini terjadi apabila aku ditahan kerana tidak mengenakan tali pinggang keledar ketika memandu.Setelah mengaku dan menandatangani autograf Trafik, anggota tersebut menanyakan padaku apakah aku orang PKR?

Tergamam sekejap.....aku lantas bertanya kembali padanya,macam mana beliau tahu.Anggota terbabit dengan selamba menunjukkan sticker kecil dicermin kereta aku. Aku senyum dan bertanya lagi apakah beliau tidak selesa dengan lambang itu?

Tau apa yang jadi?? Punyalah tak kusangka..anggota itu dengan lantang memaki hamun UMNO! PERGH....Suspen beb! kata beliau pada aku UMNO adalah sebuah parti yang tidak mengenang budi, tak fikir tentang masalah orang dibawah terutama anggota berpangkat rendah sepertinya. Tambahnya lagi kesengsaraan mengharungi operasi tanpa elaun selain gaji rendah menyebabkan ada anggota yang hilang tumpuan sewaktu menjalankan tugas.

Sebab itulah mereka ketepikan soal prinsip apabila ada yang menghulur. Bayangkanlah pabila ada sesuatu acara besar melibatkan pak-pak menteri atau acara Pilihanraya, mereka anggota Polis terpaksa berpanas dan berhujan mengawal keadaan. Sudahlah tiada elaun, kena maki lagi dengan orang ramai akibat polisi keras pihak atasan PDRM.

Setiap perkara yang diputuskan oleh pegawai berpangkat tinggi dengan Pak Menteri dibuat ditempat berhawa dingin. Tetapi kesan dari perkara tersebut akan ditanggung oleh anggota bawahan sepertinya. Anggota yang hanya bergaji kecil inilah yang akan diherdik dan dimaki orang ramai yang tidak puas hati.

Kata beliau lagi, mereka anggota bawahan kebanyakkannya tidak mengambil kisah dengan caci maki tersebut. Ini kerana mereka sudah mangli dengan kondisi seperti itu, Cuma sedih dengan sikap segelintir penyalahguna kuasa dalam pasukan PDRM telah menyebabkan anggota yang lain menanggung beban. Sayu hati aku dengar rintihannya, sedang aku asyik kusyuk mendengar ceramahnya - tidak perasan akan aku bahawa beberapa anggota yang menjalankan operasi tadi turut berdiri dibelakangku mendengar ucapan berapi rakan setugas mereka.

Mengakhiri sesi perbualan tersebut, mereka menyatakan pada aku bahawa mereka akan menyokong penuh PKR terutama ANWAR IBRAHIM! nak percaya atau tidak terpulanglah. Mereka berharap sangat pada PRU-12 yang lalu Anwar berjaya membentuk kerajaan sekaligus membela maruah mereka yang semakin tercemar.

Sebetulnya acapkali aku mendengar rintihan anggota berpangkat rendah sepertinya.Cuma kali ini rintihan ini lebih keras! Sebab itulah aku tidak pernah pukul rata semua anggota PDRM. Mereka adalah mangsa keadaan, pihak atasan mengaut keuntungan dan nama - tetapi anggota bawahan yang menerima hukuman.

Kepada semua anggota bawahan PDRM, aku mengucapkan selamat bertugas. Jasa kalian sangat besar manakala maruah kalian cukup tinggi ketimbang pangkat pihak atasan anda. InshaAllah kita lakukan perubahan jika diberi kesempatan.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Belanjawan skema


Seharian mendengar pembentangan Bajet semalam cukup melelahkan, seperti biasa bajet ini juga disebut untuk rakyat! hahaha....itu biasalah,aku belum dengar mana-mana negara yang akan gelar bajet mereka adalah bajet kroni atau yang sama waktu dengannya.


Tahun ini samalah seperti tahun-tahun sebelumnya, sungguhpun aku lemah dalam ekonomi - namun aku seperti rakyat yang lain, hanya menanti apa yang mahu dinaikkan dan apa pula yang mahu diturunkan. Bajet tahun ini dikatakan agak kecil berbanding tahun lepas, katanya bajet ini akan mampu memulihkan ekonomi yang sedia tenat.Argghh itu ayat standard beb...tapi pak ekonomi siapa yang akan pulih? yang dibawah atau diatas?


Dalam bajet tahun ini juga terselit gula-gula buat rakyat bawahan seperti aku, biasalah mesti kena ada pemanis beb...barula rakyat tak memekak.Tapi setakat gula-gula RM 500 dan pelepasan cukai 1% mana cukup pak jib oiii!! sudahlah pelepasan cukai berbeza antara WPI dengan wilayah yang lain, ini tidak adil! kata kemakmuran bersama, oleh itu mengapa harus ada perbedaan? EDAN!


Hal yang aku nantikan dalam bajet ini ialah penetapan tangga gaji wajib bayar sektor swasta kepada RM 900.00 sebulan, malangnya tak kunjung tiba.Yang dibagi skim pencen! oklah kot.Penguasaan 30% bumiputra dalam syarikat yang ditetapkan dalam DEB langsung tidak dibicarakan perlaksanaannya, memang setiap syarikat dibumi Malaysia ini menurut kehendak DEB demi menjaga ketuanan melayu itu tadi, tapi....yang 30% tu diisi hanya dihieraki bawahan sahaja. Lihatlah kesemua syarikat besar milik non bumi, yaaa...mereka patuth pada penetapan bahawa harus punya 30% bumiputra dalam syarikat itu, tapi dimana pak? semua mereka itu adalah ofis boy,pengawal keselamatan, pemandu syarikat,kerani dan kalau nak tinggi sikitpun pengurus cawangan! adusss!!! inilah ketuanan melayu wahai tuan-tuan melayu sekalian...kahkahakah


Hari ini pun seperti biasa melompat-lompatlah media penguasa memainkan kononya inilah bajet rakyat.Siap ada tajuk lagi "Kemakmuran Bersama" perghh...skema betul....siapa yang makmur?Kalau ada yang perasan semalam Pak Jib ada sebut gelombang penswastaan...ayat ini adalah ayat lembut dan tak ramai orang melayu yang paham, apatah lagi ketua cawangan UMNO dikampung abang Din Bunga.hahahaha... kesian beb... tak mengapalah...biarlah aku terangkan akan maksud disebalik perkataan "DASAR PENSWASTAAN" tu. Maksudnya ialah...jeng..jeng..fuh suspen ni...maknanya ialah Pak Jib nak jual kompeni kerajaanla pak pin oiiiii....hahahaha..entah mengapa secara tiba-tiba aku terbayang lambang "SIME DARBY".Syokla Ketuanan Melayu lepas ni! siapalah ketuanan yang bertuah terpilih memiliknya. Syarat pemilikkan mesti ada komisen!!


Mungkin ada yang gembira bila lihat muka depan akhbar hari ini, tajuk pula cukup gempak "Bajet rakyat" disamping itu ada pula Tuan-tuan melayu komen bahawa bajet ini confirm akan bawa Malaysia lebih maju dan ekonomi akan stabil gila.hahahaha....aku malas nak percaya sebab tahun lepaspun cakap macam tu juga, dan aku yakin tahun depan bentang bajet barupun ada ayat macam tu juga percayalah! tapi abang Omar tetap kena bakar lemang untuk cari pendapatan lebih,Pak Long pula tetap kena kerja shift kilang kaca milik ehem..ehemm..Pak Ya pula kehulu kehilir dengan lori sampah....waduh...bukankah mereka ini bangsa melayu? patutnya mereka ini TUAN, tapi mengapa jadi begini?kok aneh! haaaa....mesti ada yang jawab...depa yang malas dan tak cekap cari peluang! dah tu kenapa nak salahkan kerajaan? kahkahakah....Hanya Korupsi yang lebih mengenali UMNO!

Khamis, 22 Oktober 2009

Kerusi Tian Chua: Batu ujian UMNO Perak.

Pembubaran DUN Perak merupakan satu pertaruhan besar, sebarang keputusan akan mempengaruhi keputusan Pilihanraya umum ke-13 kelak. Makanya UMNO perlu teliti dalam soal ini, bukanlah suatu yang mudah untuk bertukar menjadi pembangkang setelah 52 tahun berkuasa.

Untuk menguji pengaruh sebelum turun ke gelanggang diPerak, UMNO perlu mencari satu lagi medan pertempuran yang berpihak padanya. Kemenangan diBagan Pinang sukar diolah keberhasilannya memandangkan kekuatan Isa melebihi kekuatan UMNO disana. Oleh yang demikian, menawan kerusi milik pembangkang adalah jalan yang terbaik buat UMNO, apatah lagi jika kerusi itu merupakan kawasan Parlimen.

Umum mengetahui akan keputusan terhadap Tian Chua ahli Parlimen Batu pagi tadi, Tian telah didapati bersalah kerana menggigit seorang anggota Polis sewaktu beliau diheret dan kepalanya dihentak dengan gari oleh anggota polis yang menahan beliau.Tapi siapa Tian untuk mencabar penderaan terhadapnya?

Keputusan Mahkamah pagi tadi sebenarya sudah diduga, kerana Malaysia punya persepsi bahawa seseorang itu akan dianggap jahat dan zalim hanya dengan menolak sebelah tangan anggota polis dibahunya bagi tujuan mempertahankan diri dari terus dibalun oleh anggota berkenaan. Amatlah jarang sekali keputusan berpihak kepada mangsa deraan Polis, walaupun jelas kesan hentakkan dan adakalanya menyebabkan kematian.

Biarlah....berbalik kepada keputusan pagi tadi, berdasarkan keputusan yang lepas, Sudah pastinya hukuman yang bakal dihadapi oleh Tian akan menyebabkan kehilangan kerusi Parlimen Batu. Dengan itu satu pilihanraya kecil akan diadakan disana bagi menguji kekuatan UMNO-BN dalam menyediakan diri mereka untuk bertempur dimedan panas yakni Perak.

Keputusan yang berpihak kepada UMNO-BN nanti akan diguna semaksimum mungkin bagi mempengaruhi rakyat Perak. UMNO perlu menang besar diPerak, ini kerana Najib mahukan mandat baru untuk mentadbir. Najib khabarnya begitu rimas dengan keadaan sekarang, sudahlah kebanyakan ahli MP UMNO adalah orang Pak Lah, ditambah pula dengan kurangnya majoriti penguasaan diParlimen.

Kondisi sedemikian cukup melelahkan Najib, malah ada suara-suara dalam UMNO yang masih mempertikaikan kemampuannya selaku pemimpin parti tertua itu. Untuk itulah Najib mahukan Pilihanraya Umum diadakan segera! dengan cara itu beliau akan dapat menyingkirkan kesemua anasir-anasir buruk dalam mengharungi karier politiknya. Khabarnya kemaraan mendadak Muhyiddin dalam UMNO juga kurang disenangi Presine UMNO itu.

Apakah yang akan berlaku esok?

Rabu, 21 Oktober 2009

Perak datang lagi

Desas - desus pembubaran DUN Perak semakin kencang, UMNO-BN khabarnya sudah giat membuat persediaan untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat. Pembubaran ini sememangnya sudah lama dirancang oleh UMNO memandangkan situasi selepas rampasan kuasa, UMNO terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah yang menyesakkan.

Janji yang ditabur pada ADUN lompat sukar ditunaikan,UMNO berasa begitu berbelah bagi samada mahu mengikut kehendak kedua ADUN itu atupun tidak.Natijah dari keputusan tersebut akan membuatkan UMNO Perak bakal bergoncang. Akar umbi tampak tidak menyenangi pucuk pimpinan baru Negeri tersebut, tambahan pula jawatan Exco gagal diisi dan ditangani dengan baik oleh pimpinan itu sebaik UMNO kembali berkuasa.

Jalan terbaik buat UMNO ialah bersetuju membubarkan DUN dan berdepan dengan kehendak rakyat.Tapi itu bukanlah jalan yang mudah buat mereka, UMNO Perak tercari-cari rentak demi mengekalkan kuasa mereka dibumi Darul Rhiduan itu.

Dalam pada masa itu, kerenah 2 ADUN yang tidak putus-putus menagih janji telah menambah beban UMNO yang sedia ada. Namun melihat kepada keputusan Bagan Pinang, dimana Isa Samad menang bergaya menewaskan PAS. UMNO mahu mengekalkan momentum kemenangan disana bagi mempengaruhi pengundi di Perak.

Lantaran itulah pelbagai persiapan untuk Pilihanraya Negeri mula disiapkan, UMNO mahu menjadikan keputusan Pilihanraya Negeri selaku kayu pengukur untuk Pilihanraya Umum ke-13. Oleh yang demikian, UMNO Perak wajib menang tanpa mengambil kira berapa banyak kos yang perlu dilaburkan. Ada khabar mengatakan, andai Perak berjaya ditawan semula oleh UMNO, Maka Najib akan mengumumkan Pembubaran Parlimen seterusnya menyaksikan Pilihanraya Umum ke-13 berlangsung.

Antara strategi yang diguna pakai oleh dalam menuju kearah pembubaran DUN Perak, kesemua media sudah mula menyerang pimpinan Pakatan Rakyat. Sasaran serangan ini lebih tertumpu kepada Ketua Pembangkang dan beberapa pimpinan tertinggi PKR. Kesemua isu akan dimanipulasi agar rakyat lebih menumpukan kepada masalah yang kononnya sedang membara didalam PKR dan Pakatan Rakyat.

Serangan media ini akan menjadi lebih hebat tatkala tarikh pembubaran semakin hampir, Namun begitu, dipihak Ketua Pembangkang serta seluruh pimpinan PR sudah menghidu akan taktik kotor ini. Anwar sudahpun mengerah jentera PKR bersiap sedia, manakala rakan komponen yang lain juga turut mengambil langkah yang sama. Melihat kepada Anwar, beliau kelihatan sudah begitu bersedia untuk berdepan dengan Pilihanraya peringkat Negeri tersebut.

Sama-samalah kita semua nantikan ulasan dari Tokoh Pembangkang itu berhubung senario terbaru Perak dalam masa seminggu ini.Beliau nampak tidak sabar untuk berdepan parti tertua dalam pertarungan diPerak nanti.

Selasa, 20 Oktober 2009

Sabah dan Sarawak

Aku menyambut baik tindakan penguasa yang mengisytiharkan 16 Sept selaku cuti umum.Walaupun dalam pada masa yang sama Tun M dilihat sinis memberi komentar peribadinya terhadap pengumuman ini.

Namun ada ketempangan dalam pengumuman tersebut, cuti itu tidak dilaksana dengan bersungguh oleh penguasa bilamana ianya tidak diwartakan kepada pihak swasta. Jika perkara ini dibiarkan, nampaknya perisyitiharan itu tidak ikhlas sama sekali.Ia bolehlah diibaratkan seperti mencampakkan gula-gula kepada sekumpulan anak kecil yang sedang merengek.

Walaubagaimanapun aku sokong dengan tindakan penguasa mewartakan 16 Sept selaku hari Malaysia. Setelah hampir 50 tahun kita bersama, baru kini kita semua dikenang sebagai keluarga. Inilah hasil dari pemikiran Anwar Ibrahim, jika tidak kerana beliau begitu bersungguh menyebut dan melaungkan kepentingan tarikh itu, nescaya sampai hari ini penguasa tidak akan berusaha untuk meraikannya.

Syabas pada penguasa kerana berani menghadapi kenyataan, walaupun aku berasa pengumuman itu membawa maksud yang tersirat dalam mengekalkan penguasaan mereka keatas kedua negeri kepulauan Borneo itu.

Isnin, 19 Oktober 2009

jihad dalam kehidupan

Mengimbau detik kejayaan islam suatu waktu dahulu,pasti kita ketemu dengan sikap para pemimpin terdahulu yang punya jiwa besar dan berhikmah. Memahami erti jihad yang mendalam dengan menjadikan keseluruhan kehidupannya untuk berjihad atas nama Allah.

Dalam konsep jihad, jika diteliti ianya punya makna dan cara yang luas serta pelbagai.Perang adalah jalan terakhir kerana Islam amat menghargai nyawa. Keberanian berdepan dengan musuh tidak semestinya dimedan perang semata-mata, sebaliknya berhujah dengan fakta yang kukuh serta memahami bahawa Islam adalah agama yang membawa kebenaran dan pencerahan.

Memandang musuh dengan sifat kasihan diatas kejahilan mereka merupakan ketinggian akal budi umat islam.Pemimpin islam hendaklah membuang sejauh yang mungkin sifat prejudis dan menghargai percanggahan pendapat sebagai suatu lumrah kehidupan.
Tidak sedikitpun maruah islam tercalar jika berterusan menganjur perundingan, sebaliknya ia akan menaikkan martabat Islam sesuai dengan penganjurannya kearah kebaikkan.Sebagai umat islam, kita seharusnya memberikan kaedah atau alternatif kepada sesuatu perkara yang ditegah.

Sebagai contoh, Allah mengharamkan Riba manakala Rasullullah S.A.W pula memberikan kaedah yang lain dalam urusan jual beli bagi mengelakkan berlakunya Riba. Dengan cara itu islam terlihat sebagai suatu agama yang membimbing dan tidak mengongkong.Ibarat empangan air, sudah tentulah empangan tersebut tidak mampu menahan takungan air selama-lamanya.Maka dilorongkan air tersebut dengan teratur dan sesuailah dengan sifat air yang sememangnya mengalir.

Oleh yang demikian, umum menyedari bahawa setiap manusia mempunyai nafsu dan keinginan.Makanya tiap keinginan itu harus dibimbing agar ianya teratur dan tidak melanggar etika islam seterusnya mendatangkan musibah kepada manusia.Janganlah kita hanya memandang kepada hukum semata-mata, sebaiknya melihat kepada jalan alternatif penyelesaiannya seperti yang pernah dilakukan Rasullullah serta imam 4 yang lain.

Menghukum tanpa menyelesaikan sesuatu perkara akan mengakibatkan pemberontakkan dan mengundang musibah, samalah seperti empangan yang hanya menyekat tanpa mengalirkan air.Nescaya empangan tersebut pasti akan pecah dan akan mengakibatkan malapetaka besar kepada kehidupan sekelilingnya.

Justeru itu, kesanggupan berwacana secara ilmiah dalam mencari titik penyelesaian juga dikira jihad.Sepertimana yang kita tahu jihad bukanlah dimata pedang semata-mata, ianya harus diadaptasi kepada seluruh kehidupan kita dalam meniti cabaran selaku hamba Allah S.W.T.

Rabu, 14 Oktober 2009

Perhimpunan UMNO Hanyalah Retorik Edan!

Bagan Pinang sudah selesai,Perhimpunan UMNO pula sedang berlangsung, tiada apa yang menarik melainkan kata-kata berupa retorik seperti selalu.Caci maki terhadap pimpinan Pembangkang sudah sememangnya lumrah dalam Perhimpunan Agung Umno.Cumanya kali ini ada sedikit kelainan, UMNO mula bicara soal perubahan!

Laungan kearah proses perubahan kelihatan tawar, penekanan berhubung perubahan sikap menunggu dan meminta sudah acapkali disebut oleh semua Presiden UMNO sebelum ini.Malah ianya sudah menjadi tajuk yang wajib disentuh dalam kertas ucapan masing-masing. Malangnya perlaksanaan kearah itu tiada.

UMNO kelihatan kali ini sukar mencari rentak 1Malaysia yang menjadi produk barunya.Isu pembelaan bangsa masih menjadi taruhan, sedang sudah 50 tahun berlalu nasib Melayu miskin dan terpinggir kekal mendominasi carta kemiskinan tegar.Kelunakan menghamburkan kata-kata semangat demi menunjukkan kesungguhan kerah pembelaan namun skandal korupsi masih terpalit dimuka.

Isu kehilangan tanah rezab Melayu, kehilangan saham bumiputra serta gejala sosial dikalangan pemuda akibat pengangguran tidak dibicarakan. Plan untuk meraih kembali dukungan anak muda untuk menyokong UMNO kelihatan menaikan sentimen golongan itu kekal menjadi agenda utama.Perlaksanaannya pula dengan menabur gula-gula seperti kononnya menyediakan peluang pekerjaan dilihat jelas tidak realistik.

Umum mengetahui bahawa kondisi ekonomi negara tidak begitu sihat, tambahan pula iklim ekonomi global masih tidak menentu.Dengan mempunyai hasil bumi dan punya dagangan bahan mentah,sewajarnya Malaysia mampu mengekalkan paras KDNK sekitar 5% sekurang-kurangnya.Namun Kerajaan tidak mengambil inisatif untuk mempertingkatkan eksport negara sebaliknya berterusan mencurahkan puluhan bilion wang Negara keatas projek bertaraf meganya.lihat projek F1 Malaysia.

Dengan itu mana mungkin mampu mewujudkan sebegitu banyak peluang pekerjaan? Harapan untuk mendengar para jaguh UMNO menyentuh penyelesaian kepada ekonomi orang Melayu jauh sekali.Yang hanya dikupas lebih berkisar kepada isu menaikkan sentimen kepartian dan kebangsaan yang sudah terbukti tidak kemana.

Karya Ronggo Warsito "Zaman Edan" yang menyentuh perihal sikap masyarakat gemar mengangkat puak zalim, sebenarnya merupakan sebuah karya yang mahu memecah kebuntuan minda takut yang sekian lama membelenggu masyarakat.Menyeru dalam lenggok sastera agar bangkit dari zaman gila dengan berani menolak fikiran jumud.Gesaan dengan keluhan pula semata-mata mahu menyedarkan masyarakat agar berani keluar dari kepungan kezaliman dan berani membuat perubahan kearah kebaikkan.

Jika UMNO benar-benar memahami karya tersebut,molek kiranya para ahli UMNO mengangkat martabatnya dengan menyiasat longgokan harta para pimpinan atasannya selama ini.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Siapa wajib berterima kaseh??

Entah mengapa perkataan "rakyat harus berterima kaseh pada Kerajaan" atau "rakyat harus mengenang budi Kerajaan" sering dijadikan modal sang penguasa.Peringatan tersebut pada aku amatlah dangkal.

Ini kerana dalam sistem Demokrasi, rakyat punya kuasa untuk memilih sesiapapun untuk menerajui mereka.Oleh itu,sudah tentulah rakyat akan memilih sesiapa yang dirasakan boleh menjamin kehidupan mereka menjadi lebih baik. Manakala mereka yang dipilih harus menjalankan tanggungjawab seperti membina infrastruktur selain menjana pertumbuhan ekonomi demi keselesaan rakyat tadi.

Oleh yang demikian, mereka yang diangkat mentadbir harus berterima kaseh kepada rakyat kerana memberi peluang kepada partinya untuk mentadbir Negara.Makanya tidak timbul sama sekali bahawa rakyat harus berasa terhutang budi pada sipenguasa.

Selama Malaysia Merdeka, negara ini hanya dipimpin oleh sebuah parti gabungan yang dinamakan BN.Selama itulah kelihatan para pimpinannya mempunyai gaya hidup mewah hasil menjadi pemerintah.Akibat terlalu lama berkuasa jugalah membuatkan pimpinan penguasa hilang pertimbangan dalam membezakan hak rakyat dengan hak mereka. Sering terjadi dalam pengagihan ekonomi terutama bagi kaum terbesar negara ini iaitu Melayu terpamer kecurangan. Laungan pembelaan hanyalah bersifat retorik semata-mata, ianya dilaungkan bertujuan mengelabui penglihatan rakyat daripada mempertikaikan kemewahan luar biasa mereka.

Selama lebih 50 tahun rakyat memberi peluang kepada mereka untuk mengangkat martabat rakyat, malangnya selama itu jugalah orang melayu maseh mendominasi peratusan yang tinggi dalam carta kemiskinan tegar.Dalam tempoh yang panjang itu juga, tidak sekalipun rakyat menerima ucapan terima kaseh sebaliknya disuruh berterima kaseh! Untuk apa Terima Kaseh? apakah hanya kerana pembinaan sekolah,universiti, jalanraya,sistem pembentungan,elektrik,pengangkutan awam dan banyak lagi kemudahan yang sememangnya wajib disediakan?

Bukankah rakyat memilih penguasa untuk mendapatkan keselesaan tersebut? jika gagal diberi nescaya rakyat akan memilih yang lain untuk mentadbir sekaligus mendapatkan prasarana tersebut.Harus diingat!dalam sistem Demokrasi rakyatlah yang menjadi tuan, rakyat punya hak untuk memilih siapa sahaja yang dirasakan layak.

Mari renung sedalamnya,Jika diselediki kesemua kemudahan awam tersebut telahpun diswastakan, ini bermakna kesemua pembinaan dan penjanaan infrastuktur telah menjadi satu projek yang berprofil tinggi untuk diagihkan.Nah! disinilah membuatkan para pimpinan tersebut mampu hidup mewah hasil wang rakyat yang dilaburkan dalam tiap projek tersebut.

Justeru telah lama berada dipuncak kuasa sehinga mendapat pelbagai kebesaran, penguasa sebenarnya amat terhutang budi dengan rakyat.Makanya adalah lebih baik penguasa mula belajar untuk berterima kaseh pada rakyat!



Khamis, 8 Oktober 2009

PEMUDA PAS DITETAK: tercipta yang baru atau ulangan sejarah lampau?

Umum telahpun mengetahui bahawa suatu serangan telahpun dilancarkan terhadap markas induk Pemuda PAS lewat malam tadi.Serangan ganas itu telah menyebabkan beberapa pemuda terutama unit amal PAS cedera parah akibat ditetak.

Jika kita menyingkap sejarah, PAS sememangnya sering menjadi sasaran kaum anarki seperti ini.Lihat pada serangan Memali dan beberapa lagi siri keganasan yang meragut korban dipihak PAS. Kali terakhir ialah diBatu Burok Terengganu, dimana serangan peluru hidup telah menyinggah tepat ketubuh pemuda PAS.Alhamdullilah serangan tersebut tidak berupaya menaikkan lagi statistik korban dipihak Pemuda PAS.

Aku setuju dengan pendapat pemuda PAS, bahawa serangan malam tadi bermotifkan provokasi. Ini kerana laporan khas tinjauan sekitar PRK Bagan Pinang yang terbaru, PAS berjaya memecah dominasi UMNO diDUN tersebut. Keadaan disana mulai seimbang iaitu 50-50 diantara PAS dan UMNO,manakala laporan tidak rasmi menyebut pihak tentera yang menguasai undi POS mula condong kearah PAS.

Makanya peristiwa kemunculan kaum anarki semalam merupakan manifestasi dari laporan-laporan tersebut.Tambahan pula Anwar dan Tok Guru Nik Aziz diberitakan akan diturunkan malam esok untuk bersama jentera Pakatan Rakyat disana. Nah! apakah ini yang menggusarkan mereka? barangkali pihak tertentu mulai bimbang dengan impak yang bakal diberikan oleh kedua tokoh pembangkang ini, dan serangan kaum anarki itu sekadar mengulangi sejarah lampau.Harus juga kita semua ingat tentang bagaimana sikap disaat penguasa zalim mula terdesak, mereka sering hilang pertimbangan.Buktinya renunglah sejarah Firaun dan Namrud!

Selasa, 6 Oktober 2009

Tinjauan keBagan Pinang:AMUK dan AL-BAKISTANI

Semalam aku berkesempatan turun keBagan Pinang bersama Al-Bakistani bagi meninjau suasana disana.Dengan membatalkan kesemua program kami bertolak selepas Maghrib menuju Port Dickson.Sepanjang perjalanan aku melayan keletah Al-Bakistani yang asyik melayan lagu berbentuk metal dari kumpulan AMUK.Terpegun melihat Al-Bakistani turut sama menyanyi lagu jeritan Batinku versi metal.Hahaha...tersembul urat leher tatkala beliau cuba meniru suara Bandi!!Sejurus tiba di pekan PD, aku dan Al-Bakistani solat diMasjid Bagan Pinang,berhampiran Masjid tersebut dimaklumkan oleh jemaah disana adalah ceramah Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Aku melihat suasana agak suram walaupun sudah masuk hari ke-3, PAS maseh meneruskan pendekatan ceramah manakala UMNO kekal dengan program berkonsepkan bangsawan.Disana-sini terdapat khemah-khemah yang mewah disediakan oleh UMNO disamping makanan dihidangkan KHAS buat pengunjung dan pengundi Bagan Pinang.

Kurang pasti samada artis turut diheret sama kemajlis kempen UMNO kali ini,tapi itu bukanlah perkara luar biasa bagi parti penguasa itu.Jentera PR secara peribadinya aku melihat agak perlahan. Mungkin itu adalah strategi atau mungkin sahaja lemah sebaik melihat lambakan Undi POS yang terlampau.

Pada hemat aku, kita tidak seharus gusar dengan penangan tersebut.Kita telah dididik sekian lama agar terus berjuang waimma apa terjadi sekalipun.Bak kata pepatah "membujur lalu melintang patah" mungkin UMNO akan menang dalam PRK kali ini.Tetapi biarlah kita kalah kerana MELAWAN!

Selamat berjuang sahabat seperjuangan diBagan Pinang, Semuga dilimpahkan kekuatan dalam menempuh cabaran dari penguasa UMNO.

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Isnin, 5 Oktober 2009

sayu buat sicomel.

Setelah kian lama berusaha....malam tadi suatu kenyataan tepat menyinggah ketelinga.Kenyataan yang bisa membuat aku lemah serta hilang upaya....ianya bagai halilintar yang menerkam mangsa tanpa sedikit ehsan.

Aku mula tertarik dan mula menyayanginya kerana terpikat dengan sikap nakal dan keanak-anakkan yang dipamerkan olehnya.Menyingkap kenangan awal pertemuan tatkala aku berada dalam kekusutan, dia menerpa masuk kedalam lingkunganku.Aku saat itu cukup buntu memikirkan masalah serta kehilangan yang bakal aku tempuh.

Namun dia amat tangkas mengisi ruangan itu, dia benar-benar membuat perasaanku tenang.Dengan caranya itu, ditambah pula pengalamanku yang pernah kehilangan, aku mula bimbang. Kebimbangan bahawa apakah mungkin aku juga akan kehilangan sicomel ini?

Bertitik tolak pada itu,perasaan yang sepatutnya tenang mula berasa sedikit risau.Aku benar-benar mahu memilikinya, hati aku begitu kuat menjerit mengarah agar aku berbuat sesuatu.Aku mula berusaha sedaya upaya untuk memiliknya secara mutlak, namun ia bukanlah suatu yang mudah....kelihatan seolah ada sesuatu yang menghalang.

Dan malam tadi berita akan kebenaran bahawa sememangnya telah lama wujud tembok pemisah antara kami berdua.Hmmm....aku bingung..dan sukar untuk membuat keputusan.Sicomel itu telah benar-benar menjerut hatiku hingga sukar akalku membuat pertimbangan.Apakah aku patut MELUPAKANNYA? atau mungkin saja terus berusaha? entahlah...

Jumaat, 2 Oktober 2009

Menjelang Bagan Pinang

Menjelang PRK Bagan Pinang, esok adalah hari penamaan calon bagi merebut kerusi DUN tersebut. Lazimnya jika kerusi itu adalah kawasan UMNO, Maka hari penamaan calon dan membuang undi akan jatuh pada hari cuti umum.Ini bagi memudahkan penyokong UMNO keluar mengundi dengan begitu selesa sekali.

Laporan utusan menyebut SPR mensasarkan sebanyak 80% pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada 11 okt depan. Aku setuju dengan sasaran tersebut, almaklumlah cuti umum. Oleh yang demikian, secara peribadi aku juga ada membuat perkiraan bagi meramal keputusan PRK kali ini.

Memandangkan kawasan PRK ini sudah dipenuhi dengan undi POS, manakala UMNO kelihatan semakin terdesak memerlukan kemenangan ekoran kekalahan demi kekalahan yang diterimanya pada PRK lepas. Sudah tentulah Undi POS akan memihak kepada mereka dan aku yakin ianya sebanyak 90% akan jatuh memihak kepada UMNO.

Justeru memiliki undi bonus sebelum memasuki medan pertarungan, UMNO hanya perlu menggerakkan ahlinya untuk keluar mengundi ,dan hari yang dipilih oleh SPR amatlah membantu jentera UMNO kali ini.

Makanya UMNO akan menang besar dan mungkin mencecah 8 ribu undi setelah dicampur dengan Undi POS sebanyak 4ribu.Manakala calon PAS akan hanya mampu meraih sekitar 4ribu lebih sahaja TANPA KEHADIRAN UNDI POS kedalam kantungnya.Pada Masa itu UMNO akan mendabik bahawa rakyat sudah bersama mereka. Media milik penguasa pasti akan mencanangkan "1Malaysia" yang menjadi produk terbaru selepas Hadhari sudah mendapat dukungan penuh rakyat Malaysia.HAHAHAHAHA.....

Malangnya kemenangan melalui undi POS ini hanyalah akan disambut dengan girang oleh Pak Abu Seman dan Pak Ipin cawangan Sri Indah. Manakala rakyat 1Malaysia akan menyambutnya dengan melaungkan POOOODAAAHHH!