Khamis, 8 Oktober 2009

PEMUDA PAS DITETAK: tercipta yang baru atau ulangan sejarah lampau?

Umum telahpun mengetahui bahawa suatu serangan telahpun dilancarkan terhadap markas induk Pemuda PAS lewat malam tadi.Serangan ganas itu telah menyebabkan beberapa pemuda terutama unit amal PAS cedera parah akibat ditetak.

Jika kita menyingkap sejarah, PAS sememangnya sering menjadi sasaran kaum anarki seperti ini.Lihat pada serangan Memali dan beberapa lagi siri keganasan yang meragut korban dipihak PAS. Kali terakhir ialah diBatu Burok Terengganu, dimana serangan peluru hidup telah menyinggah tepat ketubuh pemuda PAS.Alhamdullilah serangan tersebut tidak berupaya menaikkan lagi statistik korban dipihak Pemuda PAS.

Aku setuju dengan pendapat pemuda PAS, bahawa serangan malam tadi bermotifkan provokasi. Ini kerana laporan khas tinjauan sekitar PRK Bagan Pinang yang terbaru, PAS berjaya memecah dominasi UMNO diDUN tersebut. Keadaan disana mulai seimbang iaitu 50-50 diantara PAS dan UMNO,manakala laporan tidak rasmi menyebut pihak tentera yang menguasai undi POS mula condong kearah PAS.

Makanya peristiwa kemunculan kaum anarki semalam merupakan manifestasi dari laporan-laporan tersebut.Tambahan pula Anwar dan Tok Guru Nik Aziz diberitakan akan diturunkan malam esok untuk bersama jentera Pakatan Rakyat disana. Nah! apakah ini yang menggusarkan mereka? barangkali pihak tertentu mulai bimbang dengan impak yang bakal diberikan oleh kedua tokoh pembangkang ini, dan serangan kaum anarki itu sekadar mengulangi sejarah lampau.Harus juga kita semua ingat tentang bagaimana sikap disaat penguasa zalim mula terdesak, mereka sering hilang pertimbangan.Buktinya renunglah sejarah Firaun dan Namrud!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan