Selasa, 30 September 2008

Perutusan Eid dari Zaid buat Pak LAH

Dalam kesibukkan umat islam bersiap menyambut lebaran tahun ini, Zaid Ibrahim mengutuskan surat buat Pak LAH.

Perutusan tersebut memfokuskan tentang permasalahan undang-undang yang menjadi asas kepada demokrasi Negara. Zaid menyingkap janji-janji dan perilaku BN terutama UMNO semenjak zaman Tunku hinggalah ke zaman Pak LAH.

Penggunaan ISA yang dijuruskan kepada permasalahan penentangan Komunis satu ketika dahulu, bertukar kepada senjata ampuh Penguasa UMNO-BN mengekalkan kuasa.

Bermula dari penangkapan Burhanuddin Al Helmi, seorang tokoh pembangkang yang pada masa itu merupakan YDP PAS, Ditahan hingga akhir hayatnya. Beliau diISAkan oleh Tunku dengan kesalahan yang masih kabur, yang pasti haknya sebagai rakyat Malaysia dicabuli. Beliau ditahan tanpa bicara, ditahan tanpa mampu membela diri diatas kesalahan yang tidak jelas.

Ekoran dari kes penahanan Burhannuddin, kerajaan semakin galak menahan musuh-musuh politiknya. Zaid menyorot peristiwa ops Lalang yang menyaksikan ramai tokoh-tokoh pembangkang disumbat ke kem tahanan Kamunting, dibawah akta ISA itu mereka ditahan tanpa bicara.

Terbaru siri penahanan akta zalim ini dikenakan keatas tokoh pembangkang, walau antara mereka dibebaskan kemudiannya, Namun seorang blogger masih meringkuk di kem tahanan.

Zaid turut mempersoalkan alasan yang diberi oleh kerajaan terhadap penahanan seorang wartawan tempoh hari. Beliau ditahan kerana menyelamatkan dirinya dari ancaman?

Oleh yang demikian selaku seorang pengamal undang-undang, Zaid menyeru kepada Pak LAH agar menganbil tindakkan berani. Satu tindakkan yang lebih jantan yakni "Mansuhkan ISA!!". Sesungguhnya dengan pemansuhan akta zalim ini, akan membuka ruang kebebasan dan keADILan buat seluruh rakyat.

Selain penurunan harga petrol, rakyat juga sudah lama menanti pemansuhan ISA. Pemansuhan ini merupakan hadiah yang paling bermakna buat rakyat yang menyanbut eid mubarak tahun ini. Tamatkanlah era gelita rakyat, berikanlah sinar baru kepada sistem perundangan negara yang kian malap ini.

Semoga Pak LAH menimbangkan perkara ini demi kebaikkan negara yang tercinta. Pemansuhan ini akan menjadikan Pak LAH dikenang selaku Perdana Menteri yang cintakan keADILan. Pak LAH akan lebih dikenang selaku pejuang dari Perdana Menteri sebelumnya.

Ahad, 28 September 2008

raya UNTUK rakyat bukan untuk JAKUN


Salam Eidul fitri buat seluruh teman-teman serta pengunjung blog eddieputra sekalian.



Lebaran tahun ini pastinya ada kelainan, terutama bagi aku yang tinggal dibumi Selangor. Sesuai dengan maksud sambutan Eidul fitri, yakni menyambut kemenangan selepas sebulan menentang nafsu.Di Selangor rakyatnya masih meraikan kemenangan dalam menentang perakus dan perasuah penguasa zalim.

Cuma masih ada lagi yang meratap pilu dibawah khemah-khemah yang dibina atas tapak runtuhan kediaman mereka masing-masing. Runtuhan atas nama pembangunan yang lebih bersifat keuntungan, bukannya bersifat pembelaan rakyat tajaan penguasa terdahulu. Ada juga yang masih tidak keruan mengenangkan tanah yang masih tidak bergeran.Alahai...



Banyak lagi kes-kes tertunggak yang ditinggalkan oleh penguasa terdahulu. Namun aku yakin dan percaya, usaha sedang dijalankan bagi menyelamatkan mereka. Almaklumlah... belum genap setahun lagi kerajaan "PR" memerintah dan kerajaan baru ini masih lagi diganggu dengan mimpi indah dendangan jakun-jakun politik yang menagih habuan.



Jakun-jakun tersebut melagukan sambil mendabik dada "kununnya" mereka orang lama, merekalah yang setengah mampus berjuang untuk menaikkan kerajaan baru ini.cit..pooraahh.



Bagi aku, lantaklah dengan mereka ini, yang penting apa yang dilaungkan mesti dilaksanakan. Kalau mahu diberi habuan pada jakun-jakun tersebut diatas jasa mereka mendendangkan hikayat 1001 malamnya itu, Pastikan segala kes-kes rakyat diselesaikan.



Aku berjuang bukan kerana nama mahupun pangkat, nama dan pangkat boleh diberi pada jakun-jakun tersebut. Aku berjuang diatas nama dan prinsip keadilan, oleh yang demikian aku akan menentang kiranya perjalanan pembelaan nasib rakyat tidak dilaksanakan seperti sepatutnya.



Akhir kalam, ku pohon kemaafan diatas segala salah silap aku selama ini, semoga Eidul Fitri tahun ini menjadi yang paling bermakna buat rakyat dan bukannya jakun-jakun politik meraikan habuan!!

Rabu, 24 September 2008

UMNO yang rakus

Suhu politik negara mula nampak penurunan, kegagalan mendesak sidang Parlimen tergempar dan menilai tahap keselamatan negara yang wajib diberi keutamaan menyebabkan anwar mula memperlahankan rentak. Namun Anwar tetap komited dengan matlamat penubuhan kerajaan baru.

Sokongan dari pelbagai pihak terhadap usaha Anwar dalam menjayakan misinya, nampak menyakinkan rakyat terbanyak.

Disebelah sana suhunya agak tinggi, Almaklumlah pemilihan bakal diadakan tahun ini, lalu aksi cabar-mencabar kian rancak. Hulubalang-hulubalang yang dahulunya menjadi pak pacak, sudah semakin berani bersuara.

Masing-masing mahu menunjuk siapa lebih UMNO dan siapa yang menjadi "petualang" cuba merosakkan sifat keUMNOan dalam rumah UMNO.

Perebutan ini tidak terlepas dari perhatian orang lama UMNO, malah ada hero-hero purba yang berkokok laksana "ayam pencen" minta disabung.

Demikianlah bila kekuatan menjadi lemah, orang yang dahulu mencium tangan kini mula "memulas tangan". Kalau dahulu disanjung bak bulan purnama, sekarang Ditekan semahunya.

Keputusan Pak LAH melantik Shahidan serta beberapa individu dalam organisasi kerajaan dipandang sinis oleh orang tertentu. Tindakkan ini disifatkan sebagai "kununnya" untuk mempertahankan jawatannya yang kian goyah.

Oleh itu, ada suara-suara sinis yang menyeru kepada Ahli UMNO agar nyatakan sokongan terhadap Pak LAH, kerana ada banyak lagi kekosongan jawatan yang perlu diisi. Sekiranya jawatan tersebut telah penuh, maka akan diwujudkan jawatan-jawatan pelik untuk memberi tempat kepada mereka yang menyokong kepimpinannya.

UMNO oh UMNO....rakus sungguh orang-orangnya...buas sungguh tingkah lakunya..

Khamis, 18 September 2008

KOK ANEH....


Beberapa hari ini, aku terlalu sibuk memenuhi jadual yang agak padat. Tambahan lagi program "Harapan Baru Untuk Raya" anjuran group pemikir Muda baru dilancarkan. Walhasil 1000 keping sampul duit raya telah selamat dijual. Alhamdullilah...terima kasih kepada para dermawan sekalian.



Dalam kesibukkan itu, aku juga tidak terlepas dari 16 sept. Pelbagai persoalan diajukan kepada aku oleh orang yang aku kategorikan sebagai insan prihatin.



Antaranya ialah benarkah Anwar sudah punya MP yang cukup? dan mengapa tidak terus sahaja menghadap YDP Agong? fuh... begitulah hebatnya penangan 16 sept, tarikh ini benar-benar berhantu.



16 Sept telahpun melabuhkan tirainya namun ianya meninggalkan beribu persoalan. Media tunggangan pemerintah seolah begitu teruja menemuramah, mereka sibuk kesana sini mencari orang untuk mendapatkan komen berkenaan tarikh keramat itu.



Seperti dijangka, Anwar akan diserang dengan pelbagai cemuhan diatas apa yang disebut kegagalannya dalam mengotakan janji untuk menukar kerajaan yang sedia ada. Walaupun Anwar sebelum ini sudahpun membayangkan, kemungkinan terpaksa mengubah jadual dari 16 kepada 20 sept dek kerana terlalu banyak halangan.



Melihat senario ini, aku punya pendapat bahawa, jelaslah hari ini rakyat Malaysia amat menantikan perubahan kerajaan. Ini dapat dilihat melalui siaran media tempatan yang kononnya mahu menjatuhkan kredibiliti Anwar. Terpancar diwajah rakyat rasa marah pada Anwar yang juga aku boleh tafsirkan sebagai kecewa.



Kecewa kerana rakyat mahukan perubahan, rakyat sudah tidak mahu lagi dipimpin oleh sebuah kerajaan retorik. Rakyat sudah muak dengan tingkah laku juak-juak UMNO yang terus menerus memunggah segala khazanah negara demi kepentingan perut sendiri.



Justeru itu, kegagalan Anwar mengikut jadual 16 sept, bakal mengundang polemik baru politik tanahair. Terbaru diatas desakkan dalaman, yang mahukan Pak LAH mempercepatkan tarikh peralihan kuasanya, telah memaksa beliau melakukan rombakkan kecil kabinet.



Rombakkan ini hanya melibatkan Najib dan Pak LAH, satu keputusan dimana pak LAH menyerahkan Kementerian Kewangan pada Najib dan pada masa yang sama Pak LAH mengambil alih Kementerian Pertahanan.Dengan bangga Pak LAH mendakwa, ini merupakan langkah awal proses peralihan kuasa.



Persoalannya, Mengapa perlunya Pak LAH bertukar Kementerian dengan Najib? Menyingkap sejarah sewaktu proses peralihan antara Mahathir dengan Pak LAH dahulu, Mahathir bertindak melepaskan jawatan yang disandangnya satu persatu kepada Pak LAH dan hinggalah yang terakhir sebagai pelengkap proses peralihan kuasa, jawatan Perdana Menteri Malaysia akhirnya menjadi milik Pak LAH.



Mahathir tidak menyerah dan dalam masa yang sama mengambil jawatan yang lain ketika tempoh peralihan itu berjalan, bagi mengambarkan ianya benar-benar proses peralihan kuasa.



Oleh yang demikian, apa relevannya Pak LAH mengambil Kementerian Pertahanan? Apakah ini merupakan cara baru Peralihan kuasa dizaman HADHARI? kok Aneh....

Selasa, 16 September 2008

Harapan baru untuk RAYA...



Hari Raya bakal menjelang, persiapan tahun ini pasti bersifat ala kadar. Ini kerana rakyat masih terhimpit dengan beban kos sara hidup yang tinggi.

Sang penguasa jelas gagal mengurus tadbir ekonomi dengan baik. Akibatnya yang paling menderita dengan kos sara hidup yang menggila ini,adalah golongan termiskin dan terpinggir dinegara ini.

Hari lebaran yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan bertukar umpama tragedy dek kerana tekanan kos sara hidup yang maha hebat. Bayangkan dipagi syawal, tatkala kita sedang menjamu selera dengan berpakaian serba baru, mereka hanya menjamah roti bercicahkan air sejuk, Pakaian baru pula hanyalah merupakan mimpi disiang hari.

Namun aku percaya, setiap insan diMalaysia amat prihatin. Diatas kepercayaan itulah, maka "Group Pemikir Muda" melancarkan program mengutip dana.

Program ini dinamakan sebagai "Harapan baru untuk Raya". Manakala Produknya merupakan Sampul duit raya yang simboliknya menggambarkan duit raya.

Harga bagi setiap peket yang mengandungi 10 keping sampul ialah sebanyak RM1.50, Dan RM1.00 akan didermakan pada mereka yang tidak berkemampuan agar dapatlah mereka merasai nikmat menyambut syawal yang mulia tahun ini.

Harapan pada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin, marilah bersama kita menjayakan program ini, dan berikanlah meraka "harapan Baru Untuk Raya".

Sambil kita menyambut hari Lebaran yang merupakan hari kemenangan umat islam dalam perang melawan nafsu, Sambil kita angkat kawan-kawan kita yang miskin untuk bersama merayakan hari mulia ini.

Semoga Allah membalas jasa dan budi para penderma yang budiman.InsyaAllah..

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan sampul duit raya ini, sila hantarkan pertanyaan atau tempahan pada alamat email berikut:-mailto:-pit_putra89@yahoo.com.

Ahad, 14 September 2008

ISA??? biasalah tu...

"Saat penguasa mula terdesak" merupakan antara artikel aku yang mendapat rating tertinggi pembacaannya.Kerana apa? Artikel itu menceritakan sejarah, bagaimana perilaku sang penguasa zalim akan bertindak bila berdepan dengan situasi mendesak.

Sejarah juga membuktikan bagaimana arus kebangkitan rakyat serta musibah yang Allah turunkan hingga membawa kepada runtuhnya kerajaan zalim, walaupun sang penguasa "cuba menongkat langit" mempertahankan kekuasaan dengan cara mencengkam rakyat dengan lebih keras.

Namun kuasa Allah melebihi segalanya, suara rakyat merupakan suara keramat.kebangkitan rakyat menentang pemerintah zalim adalah merupakan antara musibah yang Allah janjikan kepada sang penguasa penindas.

Beberapa hari ini kita ditayangkan dengan siri tangkapan para pejuang perubahan. Seperti biasa mereka ditahan tanpa bicara, dan alasan klisenya "mereka boleh mengancam keselamatan negara".hmm...

Bagi aku, dalam melihat senario terkini politik Malaysia, ini merupakan perkara biasa. aku akan berasa aneh kiranya tiada adegan tangkapan seperti sekarang. Mengapa? Kerana, jika Malaysia ini sistem kehakimannya punya ketelusan, punya kebebasan media, punya hak bersuara dan I.S.A. dimansuhkan, bermakna UMNO telahpun selamat dimuziumkan.

Jadi Sekarang UMNO masih berkuasa, maka kita terpaksa akur... bukankah majority pengundi Malaysia yang memilih UMNO-BN untuk terus berkuasa! walau tidak punya 2/3 suara diparlimen? Oleh yang demikian kita wajib taat kepada penguasa UMNO yang jelas zalim, walaupun kita tidak memangkah malah memandangpun lambang dacing semasa pilihanraya umum yang lalu.

Kita harus hormati para pengundi yang harga maruahnya mungkin sekitar RM200, dengan modal sebanyak itulah mereka telah menggatalkan tangan memangkah lambang dacing tersebut. Kerana mereka mahu dilayan selaku RAJA SEHARI, dipayung dan dihantar oleh kereta berlambang dacing..diberikan wang saku maka kita semua terpaksalah menjalani kehidupan seperti KHADAM selama 5 tahun.

Kini ekonomi negara kian parah, inflasi tinggi seiring dengan harga bahan api yang merupakan keperluan asas rakyat. Menjelang sambutan hari raya tahun ini, mula terdengar rintihan hati rakyat yang mengeluh.. mungkin terpaksa membatalkan niat beraya dikampung.

Air mata ayah dan bonda juga pastinya turun mencurah dipagi raya mengenangkan rengekkan cucu kesayangan yang terpaksa beraya dibandar.

Sampai bila kita akan berkeadaan begini? sampai kapan pak! entahlah... nasib...nasib...

Jumaat, 12 September 2008

Deklarasi Permatang Pauh

Inilah merupakan pegangan aku dalam mengharungi liku perjuangan yang penuh pancaroba ini.

Disebabkan pegangan ini jugalah aku telah dihumban keluar oleh ayah yang berpegang teguh dengan "mazhab UMNO" serta berkiblatkan PWTC.

Kerana berpegang pada ikrar ini jugalah aku terpaksa menderita berkerusi roda akibat ditendang FRU selama 1 tahun.

Kerana teguhnya pendirian aku terhadap ikrar ini jugalah, maka aku dianggap "gila" oleh teman-teman yang tidak pernah faham apa erti perjuangan. Bagi mereka cukuplah dengan kehidupan mereka yang senantiasa dilimpahi keseronokkan selaku remaja, daripada membebankan diri turun kejalanraya menuntut keADILan.

Kerana degilnya aku dengan ikrar ini jugalah, menyebabkan aku terpaksa bermalam diPULAPOL dan lokap Dang Wangi.

Kini genaplah 10 tahun aku menggenggam erat ikrar keramat ini, Segala kesengsaraan mulai menampakkan sinar kemenangan.

Namun aku tetap seperti dahulu, kais pagi makan pagi...badi 10 tahun menentang penguasa zalim masih terasa dan seolah kekal.

Cuma kadang ada jemputan kumpulan anak muda, yang berminat untuk mendengar pandangan dan seruan aku dalam perjuangan yang tidak berkesudahan ini.

Aku percaya dengan pegangan ini, justeru itu aku akan terus tetap berjuang menentang kezaliman!

Biar seksa,biar pedih dan biar azab sekalipun aku akan hadap.

LAWAN TETAP LAWAN!

Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud “tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami”;

Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat;


Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula;


Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:

Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua,yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin;membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Democrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;

Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia kezaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.

Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.

Permatang Pauh12 September 1998
ANWAR IBRAHIM

Khamis, 11 September 2008

Surat Terbuka untuk kerajaan Selangor


PERMOHONAN GERAN KG SRI INDAH (A/B) DAN CADANGAN BAYARAN PREMIUM SECARA ANSURAN

Kehadapan Tan Sri Menteri Besar Selangor yang dihormati. Merujuk kepada perkara diatas, kami mewakili penduduk Kampung Sri Indah Sungai Buloh, merayu diatas keprihatinan Y.A.B agar menyelesaikan masalah kami yang sudahpun berlanjutan hampir 20 tahun.

Permasalahan ini hadir akibat permainan politik “retorik” dari sang penguasa Zalim yakni UMNO-BN,sewaktu mereka masih berkuasa sedikit masa dahulu.Sering kali kami penduduk kampong dilagukan dengan berita indah kononnya akan diberikan geran bila tiba Pilihan raya umum, namun ianya akan berlalu begitu sahaja tatkala Pru selesai.

Kami penduduk Kampung yakin dan percaya, arus perubahan yang berlaku pada 8 mac lalu, merupakan sinar buat kami. Tumbangnya kerajaan penindas BN dan naiknya kerajaan PAKATAN RAKYAT yang meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas utama dasar kerajaan, dapat membantu menyelesaikan kemelut Geran yang menyesakkan ini.

Oleh yang demikian, kehadiran kertas kerja ringkas ini diharap mampu menjadi ruang pembuka jalan kepada perkara yang menyangkut permasalahan melayu terpinggir.Kerjasama Tan Sri selaku Menteri Besar yang prihatin kepada nasib marhein amatlah kami hargai.

PENGENALAN

Kg Sri Indah terdiri daripada dua kampung, iaitu Kampung Sri Indah (A) dan kampung Sri Indah B). Kedua-dua kampung ini mula dibuka sejak tahun 1989.

Sebab pembukaan Kampung Sri Indah ini terbahagi kepada dua perkara, iaitu;

a. Pemindahan setinggan di dua tempat yang berasingan, iaitu Selayang Bahagia dan Jinjang, Kepong. Ini berlaku kepada Kampung Sri Indah (A)
b. Penempatan tambahan dari Kampung Melayu, dan ianya adalah tawaran kepada rakyat yang menyewa lama di Kampung Melayu, Sg Buloh. Ini berlaku kepada Kampung Sri Indah (B).

Walaupun penempatan ini bermula semenjak 1989, tetapi sehingga kini tidak mempunyai sebarang geran. Begitujuga, sebelum ini sudah ada usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mendapatkan geran, tetapi tidak menghasilkan sebarang natijah, sebaliknya "gula-gula" pilihanraya yang sering dimainkan oleh parti terdahulu demi mengaut keuntungan politik.

Justeru itu, bagi memberi gambaran secara umum tentang keadaan dan nasib rakyat di kampung ini, kehadiran kertas ini sebagai rayuan terhadap keperhatinan pihak kerajaan.

BILANGAN PENEMPATAN

Penempatan Kg Sri Indah (A) seramai 740 penempatan.

Penempatan Kg Sri Indah (B) seramai 128 penempatan.

STATUS PERMOHONAN

Permohonan tanah ini telah diluluskan pada tahun 2005 dengan penyerahan borang 5 A (sila rujuk pejabat tanah Gombak) bagi penempatan Sri Indah B, manakala bagi penempatan Sri Indah A pada tahun 2007.

Berikutan itu, segelintir pihak penduduk yang berkemampuan telah melakukan pembayaran Premiun, namun begitu, geran tetap tidak dikeluarkan sehingga kini.

Lihat lampiran A dan B

Berikutan itu masih wujud lagi sebilangan besar penduduk yang tidak dapat melunaskan bayaran premium, disebabkan bayaran premium yang tinggi, disamping ketidakmampuan pihak penduduk melunaskan bayaran itu secara tunai.

RAYUAN KAMI

Rayuan kami terhadap pihak kerajaan yang menjadikan kebajikan rakyat sebagai urusan utama agar melakukan perkara berikut;

a. memberikan geran kepada mereka yang telah membayar premium.
b. Merayu agar pihak kerajaan membenarkan bayaran premium secara ansuran, dengan bayaran yang serendah RM 200.00 sahaja sebulan.

PENUTUP

Diharapkan segala permasalahan kami ini dapat diambil perhatian oleh pihak kerajaan Selangor dibawah kekuasaan Pakatan Rakyat yang menjadikan Kebajikan rakyat sebagai perkara utama.

Mudah-mudahan segala usaha ini mendapat keberkatan di sisi Allah, juga menjadi bekalan akhirat di kala mengadap Allah SWT.


Yang benar;

Wan Ji bin Wan Hussin Al-Bakistani (PAS Subang) &
Mohd Radzi bin Mohd Aris @ Edieputra (PKR Subang)
7 september 2008

Selasa, 9 September 2008

Sitcom Mat Ezam kembali lagi!

Beberapa malam yang lepas, aku terlalu sibuk memenuhi jadual. Hingga aku terlepas peluang menyaksikan satu wawancara di tv9. Aku berasa agak terkilan kerana terlepas peluang itu, kerana bagiku ianya merupakan satu lagi hiburan mesti tonton.Tambahan lagi pelakonnya terkenal dengan aksi menyumpah, justeru rugi yang teramat sangat bila terlepas peluang menonton sitcom terbarunya.

Namun aku diberikan satu akses rakaman dihalaman internet dari rakan yang juga terlepas siaran hiburan ini. Tidak membazir masa, aku pantas mengakses ke halaman tersebut.

Seperti diduga, rakaman ini cukup menarik... ianya melibatkan seorang manusia yang cukup terkenal dengan lafaz sumpahnya. "Wawancara Mat Ezam!" begitulah lebih kurang bunyinya dan dalam slot 'hujjah" kali ini Ezam dipasangkan dengan seorang bertaraf Profesor (kangkung).

Tajuknya sudah boleh mengeletek perut ku yang sedia slim ini, "Melayu dalam ketakutan" (UMNO yang dalam ketakutan,sebab nak karam)Dalam hujah ini, ezam digasak oleh moderator dengan pelbagai soalan Panas, antaranya berkenaan DEB (Dasar Ekonomi Barua). Dengan berlagak bijak, Ezam mendabik dada mengatakan bahawa beliaulah satu-satunya insan diMalaysia yang masuk penjara kerana menentang rasuah!.Alahai...Mungkin Mat Ezam terlupa nak sebut yang beliau juga merupakan insan pertama yang kembali kepangkuan perasuah yang pernah dia sumpah-seranah dulu.

Mat Ezam seperti biasa akan tercungap malah kadang tersembur air liur, bilamana cuba mendeklamasikan suara dan gaya bekas sifunya dahulu (Anwar Ibrahim).Dalam rancangan ini juga Mat Ezam tidak keseorangan, Beliau ditemani seorang rakan yang bertaraf profesor ( Sijil beli kot) untuk mengharungi perjuangan sitcom kebangsaannya.

Prof tersebut juga nyata seorang yang lebih bijak dari Ezam. Buktinya, bila moderator mula mengaju soalan berkaitan 16 Sept dengan pantas beliau menjawab:-"ianya langsung tidak demokratik". Moderator bertanya lagi, bagaimana dengan perkara yang sama pernah dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN diperingkat Negeri (kejatuhan Pas bilamana 2 ahli DUN melompat masuk kedalam sangkar UMNO-BN),adakah ianya Demokratik?

Maka laksana insan yang maha bijak,Prof(kangkung) menjawab dengan rasa tanpa segan silunya bahawa:- "Ianya tidak mengapa,kerana perbezaan kerusi terlalu kecil (dua kerusi je, Anwar minta 30) tambahan lagi gabungan itu baru dan bukannya lama seperti UMNO-BN"...Pulakkk dohh..

Demikianlah ringkasan dari rancangan yang bersiaran diTV9 tempoh hari. Jelas ianya setanding dengan drama telenovela hindustan Penang yang agak hangat sekarang ini. Walaupun Rancangan bualbicara Mat Ezam tidak bersiri, namun ia tetap mampu membuatkan aku ketawa.Tahniah diucapkan pada Mat Ezam kerana kekal dengan momentum mengarutnya.Buat Profesor(kangkung) syabas! kedangkalan anda menghiburkan.

Isnin, 8 September 2008

santapan rohani: Dari mata turun kehati...

Kita ingin memiliki hati yang bersih, Kitapun harus tahu mana jalan- jalan yang membuat hati kita menjadi kotor.



Ternyata kita sering mendengar pepatah "Dari mata turun kehati," Ertinya- Mata yang tidak terjaga, bisa mengakibatkan hatipun menjadi kotor dan membuta.



Ketrampilan kita menahan pandangan dari apa yang diharamkan Allah, InshaAllah akan membuat hati kita tetap bercahaya. Oleh kerana itu menundukkan pandangan adalah amalan yang paling utama.



Marilah kita palingkan pandangan kita dari lawan jenis yang tidak halal kita lihat. Jauhkan pandangan kita dari kemilau dunia yang hanya membuat kita diperbudak oleh keinginan semata.



Dan tahan pandangan kita, dari merendahkan, meremehkan siapapun jua. Mata memghantar kita kepada keinginan... seandainya keinginan itu diredhai oleh Allah.... Maka mata kita menjadi penonton amal soleh kita.



Tetapi jikalau keinginan itu justeru maksiat kepada Allah. Maka kuncinya jagalah pandanganmu....

Jumaat, 5 September 2008

Anwar menyergah!! UMNO mula gelabah

war Topik 16 Sept semakin hangat dibicarakan. Pelbagai ramalan dan teori telah dibentangkan dimedan internet yang menjadi ruang untuk rakyat berwacana menyatakan pandangan serta luahan rasa keprihatinan mereka terhadap negara.

Perdebatan berkenaan satu peristiwa yang bakal berlaku pada tanggal 16 Sept 08 juga menjadikan meja-meja diwarung,cafe dan gerai gerai selaku pentas bagi rakyat melempiaskan hujah masing-masing.

Semuanya bermula dengan Anwar Sebaik keputusan PRU-12 diumumkan. Keputusan yang digelar tsunami politik ini menyaksikan kemaraan Pakatan Rakyat dari 1 negeri kepada 5 negeri dengan tambahan satu wilayah.

Terbaru kemenangan besar Anwar dipilihanraya kecil PPauh menambah kekuatan tarikh 16 sept. Dunia juga berdebar menantikan tarikh yang sudah mula dianggap keramat itu.Berjaya atau Tidak?

Kalau dilihat rekod Anwar sebelum ini, jelas setiap tuturnya mempunyai asas. Anwar tidak akan sesekali membiarkan dirinya diperlekehkan, apatahlagi kembalinya kepersada politik tanahair disambut dengan kemenangan besar melalui gagasan Pakatan Rakyat pimpinannya sekaligus mencatat sejarah politik tanahair.

Oleh yang demikian mana mungkin Anwar omong kosong dalam kisah 16 sept ini. Keyakinan ini dapat dilihat pabila Pak LAH terpaksa berkunjung keSabah beberapa kali sebaik berakhir PRU-12. Tidak cukup dengan itu, Pak LAH menambah belanja dalam bajet apa yang disebut "Bajet Prihatin" bagi menunjukkan kasihnya pada Sabah dan Sarawak.

Malang bagi UMNO-BN... Anwar mula menyergah dengan mengatakan, sudah punya ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan baru. Seolah menggelabah dengan sergahan itu, lantas dikutipnya tandatangan setiap ahli Parlimen Sabah bagi menyatakan kononnya tetap setia bersama Pak LAH.Alahai... sayangnya tidak semua yang menurunkan tandatangan.

Senario ini cukup menggusarkan pewaris tahkta Presiden UMNO 2010. Ini kerana Najib amat memahami bekas bos lamanya itu, Najib pernah berkhidmat malah terlibat dengan percaturan strategi Anwar sewaktu tokoh pembangkang itu menerajui Pemuda UMNO sedikit masa dahulu.

Jadi tidak hairanlah tatkala melihat kerisauan mula terpancar diwajah Najib disaat Anwar menyergah.Mungkinkah juga bertindak atas kerisauan akibat gerun dengan langkah Anwar , maka ahli BNBBC bakal menyeberang laut dalam waktu terdekat ini? Dan khabarnya mereka hanya akan pulang ke tanahair pada 19 sept 08.

Terkenang pesanan Tun dalam menyaksikan kemaraan politik Anwar: "Anwar mampu membuat sesuatu diluar dugaan". Renungkanlah..

Rabu, 3 September 2008

PENTINGNYA 16 SEPTEMBER!

Heboh disana-sini orang memperkatakan tentang tarikh 16 sept, Sambil menghirup segelas kopi tongkat ali, topik berkenaan 16 sept dibahaskan secara hangat dikedai-kedai kopi,warung-warung dan gerai-gerai ditepi jalan.

Tidak ramai anak muda yang tahu betapa pentingnya tarikh 16 sept sebelum ini, malah golongan lamapun kurang pengetahuan tentang peristiwa tersebut. Kini ianya menjadi misteri, tarikh ini mula dianggap penting semenjak berakhirnya PRU-12 yang lalu.Laungan Anwar yang mahu membentuk kerajaan pusat yang baru pada 16 sept, menyebabkan tarikh ini menjadi keramat.

Rakyat mula mencari, terutama golongan muda,mengapakah Anwar memilih 16 sept tidak 31 ogos?

Kalau disingkap sejarah pembentukkan Negara, tanggal 16 sept merupakan kemasukkan secara rasminya Sabah dan Sarawak kedalam Persekutuan Tanah Melayu. Dengan kemasukkan ini, maka terbentuklah negara Malaysia dipeta dunia.

Maknanya, 16 sept merupakan tarikh yang begitu penting buat negara, sama pentingnya dengan 31 ogos. Malangnya tarikh 16 sept kurang dibicarakan sebelum ini menyebabkan ianya hampir dilupai oleh rakyat Malaysia.

Persoalan timbul bilamana Anwar mula mencadangkan tarikh 16 sept diistihar selaku cuti umum bagi negara. Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz menyambut idea tersebut dengan mengumumkan 16 sept merupakan hari cuti umum buat rakyat Kelantan. "Perlukah diadakan sambutan 16 Sept?" Bagi aku ianya PERLU! kerana ianya hari yang melambangkan penyatuan bangsa Malaysia.

Malaysia wajib menyambut 16 sept selaku hari "perpaduan", tidak ada yang rugi kiranya tanggal 16 Sept diistiharkan sebagai cuti umum. Kerana selain rakyat dapat mengenang perlunya perpaduan, Ekonomi negara juga akan berputar tatkala rakyat mula berbelanja pada hari tersebut. Kitaran wang melalui proses jual beli yang bakal berlaku pada hari tersebut dapat membantu pergerakkan ekonomi sekaligus merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru itu, tidak ada alasan untuk pihak tertentu yang menolak peristiharan cuti umum 16 sept, melainkan punya agenda politik semata. Aku dengan ini mencadangkan tarikh ini disambut sebagai "HARI PERPADUAN NEGARA".