Khamis, 26 Februari 2009

MALAYSIA SEMAKIN LUCU DAN ANEH!

Aku berasa teramat aneh dan adakalanya lucu, bilamana melihat situasi politik negara kebelakangan ini. Aneh bila melihat "sidang media" telahpun mengambil peranan "sidang DUN" dalam menentukan halatuju sesebuah negeri.

Peristiwa diPerak...pasti akan dikenang oleh generasi akan datang sebagai suatu drama sitkom komedi. Masakan tidak, 3 ADUN lompat hanya menyatakan sokongan kepada UMNO-BN dalam "sidang media" sudah mampu membuatkan Dr.Zambry bergelar Menteri Besar. Mungkin Perak akan menggunakan "sidang media" selepas ini bagi membahas usul ataupun pembentangan belanjawan negeri. Ini merupakan suatu pembaharuan apatah lagi "sidang media" tidak punya "TUAN SPEAKER!" yang boleh menggantung mereka.ALAHAI..

DiSelangor agak melucukan perjalanan politiknya saat ini, dimana-mana sahaja ketika ini...baik dikedai kopi, pasar ikan mahupun kebun Abg Din Bunga akan kedengaranlah akan kita kisah "Lembu dengan Lexusnya".Cerita ini cukup menarik minat warga terutama golongan marhaen negeri maju itu, Sungguhpun begitu... alkisah "Apartment Mekah" yang dibeli menggunakan wang kerajaan Negeri (duit rakyat la bro..) tetapi tercatit nama orang persendirian selaku pemiliknya, telah menjadi suatu berita hangat yang menggemparkan rakyat negeri tersebut. Ianya juga membuatkan dahi Jono dan keluarganya berkerut memikirkannya...memandangkan mereka sekeluarga masih tinggal didalam sebuah khemah yang dibina diatas tapak runtuhan kediaman "setinggan" mereka, Sudah tentu amat sukar buat mereka membayang akan rupa bentuk "Apartmen Mekah" yang menjadi sebutan ramai itu.

Manakala melihat kepada kondisi ekonomi negara mutakhir ini, sudah tentu kita tidak dapat lari dari memusatkan perhatian kita kepada Menteri Kewangan - yang diketahui ramai sebagai pengubah gaya hidup rakyat Malaysia.( dia juga dikatakan bijak menghilangkan orang) Khabarnya pak menteri tersebut bakal membentangkan "bajet perangsang mini" ( juga disebut sebagai BAJET MEMBERANGSANGKAN BINI ) demi menyelamatkan ekonomi negara dari terus menjunam kelembah kehancuran.

Akhir sekali berkenaan pilihanraya kecil yang semakin bertambah, Satu ketika adakalanya aku merasa aneh dengan situasi tersebut. Kelihatan seolah, hampir setiap bulan kita akan menghadapi Pilihanraya Kecil. Dan lebih Aneh" sekali bilamana menyaksikan keputusannya yang pasti memihak kepada pembangkang, ermm...apakah rakyat sudah lupa akan jasa UMNO-BN membina jalanraya, court Badminton, Sekolah serta perhentian bas selama ini? Namun aku paling setuju dengan pendapat "Pak Long" aku, bahawa Pilihanraya kecil tidak akan berkesudahan selagi Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri dan Bakal Perdana Menteri UMNO-BN (itupun kalau LAH letak jawatan) menjadi duta Malaysia Ke Monggolia.

Khamis, 19 Februari 2009

ribut diPERAK


Semenjak pengumuman Speaker Dun Perak mengenai penggantungan MB berserta 6 exconya, khabar angin mula bertiup kencang. Khabarnya 2 adun iaitu Hee dari Jelapang dan Dato Nasa dari Bota bakal mengumumkan perletakkan jawatan Dun masing-masing.


Sebelum ini juga, kedengaran 2 ADUN lompat PKR telah menghantar wakil bertemu dengan Anwar sebelum tokoh itu berangkat keDoha. Pertemuan singkat tersebut bagi memohon perundingan antara mereka dan Anwar, namun Anwar meletakkan syarat bahawa mereka mestilah terlebih dahulu mengumumkan perletakkan jawatan mereka dan barulah pintu rundingan dibuka semula.


Kesemua berita tersebut seandainya benar,telah meletakkan KERAjaan UMNO-BN Perak seolah telur dihujung tanduk.Pastinya MB UMNO tidak mahu diadakan persidangan DUN bagi mengelakkan berlakunya usul undi tidak percaya terhadap KERAjaan UMNO-BN Perak. Mengambil kira keputusan Speaker malam tadi, ketika ini kedudukkan kerusi DUN Perak ialah 24 dari UMNO-BN termasuk bebas dan 28 dari PAKATAN RAKYAT. Ini bermakna Pakatan Rakyat kembali menjadi majoriti didalam sidang Dun tersebut.


Maka ketika ini juga, telah kedengaran suatu berita bahawa satu Delegasi dari UMNO telahpun keistana bagi membincangkan isu ini, dan ada kemungkinan mereka memohon untuk membubarkan DUN Perak bagi memberi laluan kepada Pilihanraya tergempar diadakan.


Hmm...melihat kesemua situasi terbaru diPerak ketika ini, Menyebabkan aku mula teringat suatu kisah sejarah lampau yang pernah berlaku ditanah besar CINA. Pada tahun 878 sebelum masehi, telah naik satu kaisar yang bernama Ji Hu menggantikan saudaranya Yi Wang sebagai Maharaja bagi kerajaan ZHOU. Beliau memakai gelaran LI WANG, memerintah selama 30 tahun dan merupakan seorang penguasa yang mementingkan diri sendiri serta hidup boros.


Bangsawan Zhao telah menasihatinya dengan menyampaikan ketidakpuasan rakyat terhadap dirinya. Namun beliau enggan melayan, sebaliknya memerintahkan menangkap dan dibunuh setiap orang yang cuba membicarakan kejelekkannya. Hal ini tentu sahaja meruntuhkan Pamor dinasti ZHOU, sehingga raja-raja kecil dibawah naungannya sudah tidak mahu lagi mengunjungi istana bagi menunjukkan mereka sudah mula hilang rasa hormat.Manakala rakyat jelata sudah tidak berani memprotes maharaja dek kerana mula bimbang akan keselamatan diri dan keluarga.


LI WANG sipenguasa mula mendabik dada kepada menterinya dengan mengatakan rakyat sudah tidak berani membicarakan kejelekkannya.Para Menteri berterusan menasihati sang raja bahawa seorang raja harus memperlakukan rakyatnya dengan baik, kerana kemarahan rakyat dapat menumbangkan sang raja satu hari kelak. Sang penguasa nampak enggan mematuhi nasihat dari para menteri, maka benarlah seperti yang dikata...3tahun kemudian kerajaan ZHOU runtuh melalui suatu kebangkitan rakyat.


Jumaat, 13 Februari 2009

HIDUP MELAYU???biar betul!!!



Arakian kedengaranlah akan kita kembali laungan HIDUP MELAYU diseluruh pelusuk tanahair saat ini, Laungan datang dari mereka yang mengelarkan diri selaku pembela melayu.





Dikhabarkan ketika ini, kununnnya telah tergadainya tanah rezab melayu ketangan kaum lain oleh seorang insan bernama ir.Nizar.Benarkah begitu? Maka marilah kita membaca keterangan dari ir.Nizar sendiri, samada benarkah beliau telah menggadai hak orang melayu seperti didakwa oleh sebuah parti bernama UMNO mutakhir ini.berikut adalah jawapan beliau:-





Assalamualaikum





Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.



Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.
Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.



Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.



Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.



Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.



Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.



Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.



Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:



22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.



5,000 ekar di Bruas



1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)



12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.



200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! )



Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).



Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.



Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.



Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.



Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!



Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.



Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).



Demikianlah jawapan dari ir.Nizar kepada kita semua, Makanya sudah terang lagi bersuluh...siapakah yang sebenarnya mengkhianati akan hak melayu!! Sesungguhnya penggadaian tanah rezab melayu secara terancang ini tidaklah berlaku setakat diPerak sahaja, bahkan seluruh tanahair bernama Malaysia ini sedang berdepan dengan penggadaian tersebut.



Oleh yang demikian, laungan Hidup Melayu oleh mereka yang sedang menggelarkan diri selaku pembela bangsa melayu, dilihat seperti laksana ayam togel sedang mengepak menunjuk jaguh...sedang bulunya habis bertaburan.



ps; bak kata Pak Long aku yang duduk diKuang "Lu Pikir La Sendiri!!!"

Khamis, 12 Februari 2009

Kemeriahan sambutan diCHANGKAT JERING!

Demikianlah sambutan yang diberikan keatas YB Changkat Jering oleh rakyat kawasannya saat ini. Adapun kemeriahan sambutan tersebut adalah ekoran dari keberanian yang ditunjukkan oleh YB mereka dalam mengharungi perjuangannya selama ini.

Apa lagi nak dikata...hmm...apakah gelaran Yang Berhormat juga telah bertukar kepada Y.... B.......?

Sabtu, 7 Februari 2009

Salahkan ANWAR????come on Brader..


Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.


Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.


Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka.

Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya.

Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan.

Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!


Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.


Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.


Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!

Jumaat, 6 Februari 2009

Pakatan rakyat tersungkur tanda UMNO BAKAL TERKUBUR.




.Drama rampasan Perak belum ada tanda akan berakhir, kelihatan ianya semakin panas. Demokrasi diperkosa manakala Perlembagaan dilacurkan. Mungkin inilah apa yang dibanggakan pemimpin UMNO-BN sebagai "Demokrasi ala Malaysia", dimana matlamat menghalalkan cara.

Sebentar tadi Menteri Besar pilihan majoriti rakyat Perak serta barisan Exconya telah diusir keluar dari pejabat. Segala barangan milik peribadi mereka telah dihumban keluar, jelas hak mereka juga telah dicabuli.Rakyat Perak telah mula memasang lampu kenderaan disiang hari, Hon kenderaan juga kedengaran bingit disana-sini tanda protes dari mereka yang tidak redha dengan rampasan kuasa tersebut.



Sebentar nanti..diberitakan akan ada satu majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, ini akan menjadikan sistem Demokrasi ala Malaysia bertambah unik. Setelah kesemua Negeri naungan Pakatan Rakyat mempunyai 2 Ketua Kampung, kini Perak bakal mencipta sejarah dimana akan punya 2 Menteri Besar. Melihat situasi ini, maka akan timbul persoalan dari mereka yang punya akal fikiran waras...

1.Bolehkah ini berlaku?

2.Mengapa UMNO-BN tidak mahu adakan pilihanraya?

3.Kalaupun dikatakan punya majoriti Dun, Mengapa terlalu gopoh sehingga tidak boleh menanti sidang Dun april ini dan usulkan undi tidak percaya,bukankah itu lebih tertib?


jawapannya mudah sekali:-


1. Boleh! kerana sesuai dengan slogan "Malaysia Boleh!" maka matlamat telah menghalalkan cara. Tidak ada apa yang salah dan pelik sekiranya ia memberi keuntungan pada UMNO-BN.

2.Setelah dilanda tsunami pada 8 mac,diikuti pula dengan kebangkitan luar biasa rakyat diP.Pauh dan K.Terengganu. UMNO sedar bahawa keupayaan Partinya semakin uzur, ini diperakui sendiri oleh Tun M dan beberapa pimpinannya sendiri. Justeru menyedari rakyat sudah mula muak dengan kebobrokkan sistem pemerintahan naungan UMNO-BN , maka pilihanraya bukanlah jalan terbaik buat UMNO untuk mempertahankan kekuasaannya.

3.Sejak bilakah UMNO mengamalkan ketertiban? Kegopohan mereka tanpa menanti persidangan DUN Perak April ini adalah disebabkan, mahu menyelamatkan imej bakal Presidennya yang semakin tercalar. Disamping itu juga,Kemungkinan kantung-kantung mereka telah mulai kering, makanya segala kontrak-kontrak para kroni mesti diluluskan dengan kadar segera.

Demikianlah jawapan untuk ketiga-tiga persoalan diatas, Walaubagaimanapun ramai pemerhati politik meramalkan, sekiranya Jatuh kerajaan pilihan majoriti rakyat Perak melalui rampasan kuasa hari ini, itu petanda jelas bahawa UMNO bakal berkubur pada PRU-13.(lihat semula kenyataan Tun Mahathir)

Khamis, 5 Februari 2009

Perak:- Apa kata rakyat??


Berikut sedutan sidang media Pakatan Rakyat diKediaman Rasmi Menteri Besar Perak sebentar tadi.


DS Nizar:- Beliau diperintah mengadapSultan tengahari tadi dan dimaklumkan oleh Sultan untuk meletakjawatan. Nizar bagaimanapun meminta Sultan untuk memahami peruntukan perlembagaan supaya membubarkan dewan kerana kerusi Dewan undang negerisekarang ialah BN 28, PR 28 dan bebas 3. Tiada pihak yang mempunyai majoriti.


majoriti yang diperkatakan oleh Umno tidak tepat kerana 3ADUN yang terlibat sedang menghadapi proses mahkamah. Sekiranya mahkamah melucutkan jawatan mereka, maka DUN Perak akan 'tergantung'.Maka dengan itu, beliau memohon supaya DUN Perak dibubarkan.selepasmenimbangkan semua peruntukan perlembagaan, maka dS Nizar memaklumkanbahawa beliau tidak akan meletak jawatan, sehinggalah prosesperundangan diselesaaikan.- DS nizar juga memohon supaya hak rakyat dikembalikan.

DS Anwar Ibrahim:- Meminta supaya perlembagaan dipatuhi dan Satu delegasi Pakatan rakyat akan memohon untuk menemui Sultan.-cara najib merampas kuasa membahayakan amalan demokrasi dimana polis digunakan untuk mengepung SUK.- Meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

Hj.Hadi.-Pas menyokong apa-apa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kuasakepada rakyat.- Pas berpendapat, Nizar masih lagi Menteri Besar sehinggalah segala proses undang-undang terlaksana.- Apa yang berlakuhari ini amat mengecewakan, terutamanya apabila pencabulan undang-undang telah dihalalkan. Sekiranya pencabulan ini dibenarkan, ia mencipta satu perkara yang boleh membahayakan negara.

YB. Lim kitSiang.- Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sikap yang akan ditunjukkan oleh Najib apabila menjadi Perdana Menteri kelak.- Kecewa kerana polis telah digunakan dan MB dan EXCO dilarang memasuki SUK,walaupun beliau masih lagi belum menerima surat samada dipecat,disingkir ataupun sudah tidak diperlukan lagi.- Apa yang berlaku hari ini, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa amat memalukan.- Najib perlu membuat satu pilihanraya Dewan undangan negeri,bagi memastikan hak rakyat dikembalikan.



Anda bagaimana? setuju sekiranya diadakan Pilihanraya Tergempar Dun Perak?



--

PERAK:-DRAMA RAMPASAN YANG PENUH HIKMAH

Telefon bimbit aku telah gagal berfungsi dengan baik malam tadi, ini disebabkan kemasukkan beratus panggilan serta SMS telah menyebabkan baterinya hilang keupayaan. Kesemua panggilan dan SMS itu mahu menanyakan berita tentang "DRAMA RAMPASAN PERAK", Rileks...ia belum berakhir...Baginda Sultan masih belum buat keputusan samada membenarkan KERAjaan BN kembali memerintah, ataupun membubarkan DUN bagi menyerahkan keputusan kepada rakyat Perak untuk memilih siapa yang sepatutnya menerajui negeri itu.


Melihat suasana Perak, pertamanya aku memanjat syukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan ujian sebegini. Bagi aku sebagai hambanya..kita wajib menerima apa sahaja anugerah Allah SWT samada berbentuk kesenangan mahupun keperitan.Kedua-duanya harus diterima dengan hati yang lapang kerana Allah maha adil lagi maha penyayang.


Ujian ini juga sebenarnya menguji tahap kesetiaan sesama kita dalam mengharungi perjuangan yang tidak berkesudahan ini. Ianya juga telah membuka wajah sebenar disebalik topeng yang selama ini mempamerkan perwatakkan lembut serta sering mengalunkan kata-kata kononnya setia. Biasalah...dalam setandan pisang tidak semuanya baik,ada juga yang busuk,dan sebaiknya bila ketemu yang busuk itu sewajar disingkirkan dari tandan.


Mengulas aksi lompat yang menjadi punca kerajaan PR Perak bergoncang, Biarlah mereka pergi dari terus menjadi duri dalam daging. Pun begitu kita harus faham bahawa perjuangan masih panjang, Musa juga pernah tewas beberapa kali sebelum berjaya menumpaskan "Firaun". Makanya Kita saat ini tidak harus gusar, sebaliknya kita harus kembali memperkukuhkan jentera bagi memperkuat semangat bersama Dato Seri ir.Nizar dalam mengharungi saat-saat getir ini.


Ingat.."Suara rakyat suara keramat! kita terima apa sahaja keputusan rakyat seandainya DUN dibubarkan, buat UMNO BN, kamu baru sahaja menunjukkan siapa kalian yang sebenarnya...kami sebut 16 Sept...kamu kata tidak bermoral...nah! adakah apa yang berlaku hari ini menunjukkan kamu lebih bermoral?


Dato Seri ir.Nizar..kamu adalah pejuang sejati..walaupun berdepan dengan cabaran hebat ini, kamu tidak berpeluk tubuh dan mengurungkan diri dirumah. Aku kagum dengan keberanianmu, sesungguhnya kamu adalah Menteri Besar Perak paling terbaik yang pernah muncul dalam sejarah Perak!

Rabu, 4 Februari 2009

PERAK :-amaran MAHATHIR


1. Saya kembali ke tanahair dari Djibouti dan mendengar berkenaan Ahli Yang Berhormat UMNO Perak keluar parti dan masuk Keadilan (PKR).

2. Kemudian saya dengar pula dua orang ahli PKR hilang. Bila mereka dijumpai cerita yang didengar ialah mereka sudah keluar daripada PKR.

3. Dan banyaklah berita angin berkenaan ahli-ahli Yang Berhormat yang akan lompat dari parti ke parti.

4. Dahulu UMNO dan Barisan Nasional telah cuba sekat kejadian lompat melompat dengan mensyaratkan tiap calon tandatangan surat letak jawatan sebagai ahli Yang Berhormat tanpa tarikh. Kononnya jika setelah jadi ahli Yang Berhormat mereka ingin lompat masuk parti lain maka surat letak jawatan yang telah di tanda tangani oleh mereka akan dihantar kepada Speaker (Tuan Yang di Pertua Dewan) dan dengan itu akan terlucutlan anugerah Yang Berhormat mereka.

5. Malangnya perbuatan ini didapati tidak sah daripada segi undang-undang. Jika mereka ingin keluar daripada parti maka mereka sendiri perlu keluarkan surat yang diperbuat oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka pada ketika itu untuk disampaikan kepada Tuan Speaker.

6. Saya percaya surat yang diperbuat oleh mereka tanpa tarikh dahulu akan ditolak oleh Tuan Speaker. Oleh itu mereka akan kekal sebagai Ahli Dewan walaupun mereka lompat ke parti lain atau mereka akan jadi ahli bebas.

7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.

8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.

9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.


10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.

PERAK:- ilmu baru aku dapat

Selama aku dilahirkan,dibesarkan,disekolahkan dan menjadi rakyat Malaysia, Semalam aku telah mendapat satu ilmu pengetahuan yang cukup ilmiah. Aku juga yakin bahawa ilmu yang aku perolehi semalam, merupakan ilmu yang juga baru buat seluruh rakyat Malaysia seperti aku.Makanya aku akan catitkan ilmu ini kedalam buku kecil yang selalu menjadi teman setiaku agar aku tidak mudah lupa dikemudian hari.


Ilmu pengetahuan yang kumaksudkan ialah berkaitan sistem pilhanraya yang menjadi asas kepada budaya demokrasi.Baru kini aku mendapat tahu, seandainya Perdana Menteri mahu membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilhanraya umum, dan keinginan Perdana Menteri itu telah mendapat perkenan YDP Agong...belum tentu ianya menjadi kenyataan.


Hal ini disebabkan Malaysia punya satu suruhanjaya yang bertanggungjawab mengurus dan menjalankan pilihanraya, dan suruhanjaya ini digelar "suruhanjaya pilihanraya" (SPR). SPR rupanya memiliki kuasa yang agak hebat selama ini, dimana mereka boleh "membakul sampahkan" keperluan demokrasi. Mereka dikatakan punya hak untuk menolak sebarang arahan mengadakan pilihanraya baik umum mahupun kecil sekaligus menafikan keinginan makcik,pakcik,kakak,abang dan adik yang berusia 21 tahun serta sudah mendaftar sebagai pengundi melunaskan impian mereka dalam memilih wakil untuk membela nasib mereka.


Justru melihat kekuasaan SPR ini, aku nasihatkan kepada semua agar tidak terasa aneh sekiranya PRU ke-13 gagal dilangsungkan...Kerana SPR terpaksa membuat keputusan sedemikian demi mengelakkan berlakunya percanggahan perundangan. Hmmm..bagi yang punya buku kecil, diharap dapat mencatitkan pengetahuan baru ini. Semoga dimasa depan kita tidak akan berasa canggung dengan keputusan SPR tersebut.

Isnin, 2 Februari 2009

PERAK!!! RILEKS...GAME BARU START


Sebaik menerima keputusan pilihanraya umum pada malam 8 mac yang lalu, aku terus membisikkan pada seorang teman bahawa PRU ini tidak akan berakhir. Aku begitu yakin kerana menyaksikan kemaraan mendadak Parti Pembangkang ketika itu, dan yang paling menarik BN hilang duapertiga majoritinya.



Maka aku menduga bahawa peristiwa ini akan berlanjutan sehingga PRU seterusnya, atau mungkin lebih panjang lagi. Aku dapat rasakan yang UMNO tidak akan begitu mudah menyerah...tambahan pula, mereka sudah berkuasa terlalu lama. Mungkin Pak Lah yang terkenal dengan perwatakkan lembutnya akan mengaku kalah...tetapi tidak bagi Najib. Najib mempunyai nilai sentimental terhadap parti ini, keluarganya bergantung harap kepada survival UMNO untuk terus hidup.


Maka Najib sekali-kali tidak akan mengaku kalah.Beliau akan menggunakan apa saja cara untuk meneruskan dinasti ini, kebetulan pula situasi yang dihadapinya kali ini...pernah menimpa ayahnya iaitu Tun Razak dulu. Tun Razak berjaya melepasinya, cuma jangka hayat tokoh itu tidak lama.Najib sedar bahawa resepi kejayaan ayahnya tidak relevan untuk digunapakai waktu ini, zaman sudah berubah...anak muda sudah tidak terikat dengan pemikiran perjuangan kebangsaan, mereka dahagakan pembaharuan dan sudah jemu dengan retorik kebangsaan.



Untuk itu, Najib harus memikirkan dengan teliti isi kandungan resepi agar mampu menyelamatkan dinastinya. UMNO wajib diselamatkan oleh Najib, jika tidak...seluruh kerabatnya berdepan dengan bencana.Yang paling menyesakkan Najib saat ini ialah berkenaan musuhnya, musuh ini pernah menggoncang ketuanan bapanya diera 70an dulu. Kegoncangan itu menyebabkan bapanya terpaksa menawarkan kerusi Menteri kepada musuhnya itu. Dan yang paling menggusarkan ialah, musuhnya ini pernah menjadi bos kepada Najib.Hmm...mahu tidak mahu Najib terpaksa menghadap musuhnya ini yang bernama Anwar Ibrahim.



Anwar pula terkenal dengan sifat kedegilannya, beliau juga mempunyai sifat tidak mudah berputus asa. Manakala menyerah pada Takdir bukanlah prinsip Anwar, sebaliknya kecekalan jiwa dalam mengharungi perjuangan merupakan pegangan kuat tokoh ini dari dulu hingga sekarang. Anwar sudah pasti tidak akan mengalah lagi, Apatah lagi musuhnya kali ini hanyalah bersifat cicak mengkarung.



Penderitaan selama dipenjara menjadi pembakar semangatnya, justeru pernah silap percaturan..Anwar sudah tentu lebih bersedia kali ini. Jarang ada orang yang punya peluang sepertinya, . Anwar cukup bernasib baik, walaupun beliau dipijak,dicerca dan dihina serta dipenjarakan oleh penguasa..namun masih punya peluang yang kedua untuk meneruskan pertarungan.Oleh itu menebus maruahnya yang dijijak selama ini, sudah tentu menjadi keutamaan Anwar dalam pusingan kedua ini.

Ini juga merupakan pusingan akhir bagi mereka, samada Dinasti bangsawan Najib terus kekal ataupun hembusan Mantera Anwar akan melenyapkan empayar Razak serta seluruh organisasinya sekaligus menjadi bahan arkib untuk tatapan anak cucu kita dimasa hadapan.



Jika dilihat diatas kertas, sudah tentu Najib punya kelebihan untuk menang pusingan ini, namun harus diingat! Anwar pernah berperang dengan bapa Najib, dan peperangan itu dimenangi olehnya..Dan perkara yang paling penting untuk Najib tahu ialah "Anwar mampu membuat sesuatu diluar jangkaan". Oleh yang demikian, aku kira peristiwa kekalutan diPerak adalah merupakan langkah awal bagi permulaan pertarungan ini. Dan pastinya selepas ini akan lebih hangat serta sengit lagi, Aku juga berkeyakinan penuh bahawa disaat itu, jiwa kita semua akan bergoncang kuat tatkala melihat pertarungan yang sebenar.Kita tunggu babak seterusnya...

Ahad, 1 Februari 2009

ALKISAH PERAK....


Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah.


Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.


Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN Umno ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali kedalam Umno dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar. Umno memerlukan Nasruddin kembali kedalam Umno, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, Umno masih gagal merampas Perak dari PR.


Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin..” Altantuya telah mati dan Bala telah hilang.” Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama?”
Apa yang berlaku?


Perancangan Umno untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, Umno tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup ‘kemaluan’ beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.


Walaubagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN Umno kedalam PKR untuk menghalang perancangan Umno ini.


Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui ‘kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin keKuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.


Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN Umno yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….


Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh Umno untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam Umno, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali kedalam Umno. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!


Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak Umno ini. tetapi apa yang jelas, Umno begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan ‘kemaluan’ Najib yang hilang.


Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah Umno selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata ..”Relax!”


No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.


Kecuali kalau Umno main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.


Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.

NAJIB NAK RAMPAS PERAK!!!..APA PANDANGAN KALIAN???


–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–Ipoh, 31 Januari 2009

Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.
Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.


Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.


Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato’ Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.


Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.


HAJI OSMAN ABDUL RAHMANPengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak


Respon aku...


Desas desus semakin kuat..Kerajaan Pakatan Rakyat Perak berdepan situasi getir. 2 Exco yang datang dari PKR telah hilang selama 4 hari, berita angin bertiup kencang mengatakan kedua mereka bakal menyertai UMNO-BN.


Dikhabarkan juga siang nanti menjadi penentu, samada jadi atau tidak Bakal Presiden UMNO membuat pengumuman kemasukkan tersebut. Sekiranya benar, aku sudah dapat membayangkan... bagaimana jenis liputan media terutama TV3 dalam isu ini. Pasti ianya sehebat sambutan tahun baru diKLCC, ini kerana penguasa sudah lama dirundung malang.Satu persatu kerusinya hilang...rakyat semakin meluat, justeru mengalami kesialan semenjak 8 mac...bakal Presiden UMNO terpaksa berbuat sesuatu agar gerombolannya tidak terus lemas.


Sudah kita melihat dan mendengar suara rakyat berkenaan ADUN Bota berpindah Parti...bagaimana pula reaksi kalian semua sekiranya 2 Exco ini menyertai gerombolan?? Aku menanti respon dari kalian...