Rabu, 4 Februari 2009

PERAK:- ilmu baru aku dapat

Selama aku dilahirkan,dibesarkan,disekolahkan dan menjadi rakyat Malaysia, Semalam aku telah mendapat satu ilmu pengetahuan yang cukup ilmiah. Aku juga yakin bahawa ilmu yang aku perolehi semalam, merupakan ilmu yang juga baru buat seluruh rakyat Malaysia seperti aku.Makanya aku akan catitkan ilmu ini kedalam buku kecil yang selalu menjadi teman setiaku agar aku tidak mudah lupa dikemudian hari.


Ilmu pengetahuan yang kumaksudkan ialah berkaitan sistem pilhanraya yang menjadi asas kepada budaya demokrasi.Baru kini aku mendapat tahu, seandainya Perdana Menteri mahu membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilhanraya umum, dan keinginan Perdana Menteri itu telah mendapat perkenan YDP Agong...belum tentu ianya menjadi kenyataan.


Hal ini disebabkan Malaysia punya satu suruhanjaya yang bertanggungjawab mengurus dan menjalankan pilihanraya, dan suruhanjaya ini digelar "suruhanjaya pilihanraya" (SPR). SPR rupanya memiliki kuasa yang agak hebat selama ini, dimana mereka boleh "membakul sampahkan" keperluan demokrasi. Mereka dikatakan punya hak untuk menolak sebarang arahan mengadakan pilihanraya baik umum mahupun kecil sekaligus menafikan keinginan makcik,pakcik,kakak,abang dan adik yang berusia 21 tahun serta sudah mendaftar sebagai pengundi melunaskan impian mereka dalam memilih wakil untuk membela nasib mereka.


Justru melihat kekuasaan SPR ini, aku nasihatkan kepada semua agar tidak terasa aneh sekiranya PRU ke-13 gagal dilangsungkan...Kerana SPR terpaksa membuat keputusan sedemikian demi mengelakkan berlakunya percanggahan perundangan. Hmmm..bagi yang punya buku kecil, diharap dapat mencatitkan pengetahuan baru ini. Semoga dimasa depan kita tidak akan berasa canggung dengan keputusan SPR tersebut.

2 ulasan:

  1. Salam...
    Betul ke?? ni mesti ada tujuan lain ni...ada kepentingan pihak-pihak tertentu, harap rakyat bangkit bersuara dan hapuskan sistem yang lebih zalim dari ISA ni.

    SHANA

    BalasPadam
  2. Inilah masanya Adun2 nak cari duit lebih,
    kalau adun pkr bolih lompat keparti bebas
    utk memberi laluan kpd BN memerintah Perak.
    Tak mustahil lepas ini, jugak kerana duit,
    Adun BN akn melompat keparti bebas, utk
    memberi laluan pkr memerintah Perak semula.

    Apa pulak ketika itu tindakan Sultan Perak,
    untuk melantik semula MB dlm Pkr.

    BalasPadam