Isnin, 2 Februari 2009

PERAK!!! RILEKS...GAME BARU START


Sebaik menerima keputusan pilihanraya umum pada malam 8 mac yang lalu, aku terus membisikkan pada seorang teman bahawa PRU ini tidak akan berakhir. Aku begitu yakin kerana menyaksikan kemaraan mendadak Parti Pembangkang ketika itu, dan yang paling menarik BN hilang duapertiga majoritinya.



Maka aku menduga bahawa peristiwa ini akan berlanjutan sehingga PRU seterusnya, atau mungkin lebih panjang lagi. Aku dapat rasakan yang UMNO tidak akan begitu mudah menyerah...tambahan pula, mereka sudah berkuasa terlalu lama. Mungkin Pak Lah yang terkenal dengan perwatakkan lembutnya akan mengaku kalah...tetapi tidak bagi Najib. Najib mempunyai nilai sentimental terhadap parti ini, keluarganya bergantung harap kepada survival UMNO untuk terus hidup.


Maka Najib sekali-kali tidak akan mengaku kalah.Beliau akan menggunakan apa saja cara untuk meneruskan dinasti ini, kebetulan pula situasi yang dihadapinya kali ini...pernah menimpa ayahnya iaitu Tun Razak dulu. Tun Razak berjaya melepasinya, cuma jangka hayat tokoh itu tidak lama.Najib sedar bahawa resepi kejayaan ayahnya tidak relevan untuk digunapakai waktu ini, zaman sudah berubah...anak muda sudah tidak terikat dengan pemikiran perjuangan kebangsaan, mereka dahagakan pembaharuan dan sudah jemu dengan retorik kebangsaan.



Untuk itu, Najib harus memikirkan dengan teliti isi kandungan resepi agar mampu menyelamatkan dinastinya. UMNO wajib diselamatkan oleh Najib, jika tidak...seluruh kerabatnya berdepan dengan bencana.Yang paling menyesakkan Najib saat ini ialah berkenaan musuhnya, musuh ini pernah menggoncang ketuanan bapanya diera 70an dulu. Kegoncangan itu menyebabkan bapanya terpaksa menawarkan kerusi Menteri kepada musuhnya itu. Dan yang paling menggusarkan ialah, musuhnya ini pernah menjadi bos kepada Najib.Hmm...mahu tidak mahu Najib terpaksa menghadap musuhnya ini yang bernama Anwar Ibrahim.



Anwar pula terkenal dengan sifat kedegilannya, beliau juga mempunyai sifat tidak mudah berputus asa. Manakala menyerah pada Takdir bukanlah prinsip Anwar, sebaliknya kecekalan jiwa dalam mengharungi perjuangan merupakan pegangan kuat tokoh ini dari dulu hingga sekarang. Anwar sudah pasti tidak akan mengalah lagi, Apatah lagi musuhnya kali ini hanyalah bersifat cicak mengkarung.



Penderitaan selama dipenjara menjadi pembakar semangatnya, justeru pernah silap percaturan..Anwar sudah tentu lebih bersedia kali ini. Jarang ada orang yang punya peluang sepertinya, . Anwar cukup bernasib baik, walaupun beliau dipijak,dicerca dan dihina serta dipenjarakan oleh penguasa..namun masih punya peluang yang kedua untuk meneruskan pertarungan.Oleh itu menebus maruahnya yang dijijak selama ini, sudah tentu menjadi keutamaan Anwar dalam pusingan kedua ini.

Ini juga merupakan pusingan akhir bagi mereka, samada Dinasti bangsawan Najib terus kekal ataupun hembusan Mantera Anwar akan melenyapkan empayar Razak serta seluruh organisasinya sekaligus menjadi bahan arkib untuk tatapan anak cucu kita dimasa hadapan.



Jika dilihat diatas kertas, sudah tentu Najib punya kelebihan untuk menang pusingan ini, namun harus diingat! Anwar pernah berperang dengan bapa Najib, dan peperangan itu dimenangi olehnya..Dan perkara yang paling penting untuk Najib tahu ialah "Anwar mampu membuat sesuatu diluar jangkaan". Oleh yang demikian, aku kira peristiwa kekalutan diPerak adalah merupakan langkah awal bagi permulaan pertarungan ini. Dan pastinya selepas ini akan lebih hangat serta sengit lagi, Aku juga berkeyakinan penuh bahawa disaat itu, jiwa kita semua akan bergoncang kuat tatkala melihat pertarungan yang sebenar.Kita tunggu babak seterusnya...

4 ulasan:

  1. Salam..
    Nak gelak pun ada bila baca artikel ni..
    Baca dari mula macam sebuah cerita dalam filem, rasa berdebar-debar....
    Saya cuma doakan pada yang maha esa, bagilah kemenangan kepada hambanya yang pernah di cerca dan tidak kenal erti putus asa.

    SHANA

    BalasPadam
  2. SHANA,

    salam...itulah politik. adakalanya seram dan kadangkala nak tergelak, tapi biasanya menangis..

    Manakala perasaan berdebar-debar bagaikan menonton filem pula merupakan seni dalam permainan politik.

    BalasPadam
  3. Tunggu dan lihat episod2 menarik dlm politik Malaysia selepas ini..
    Permainan politik baru saja bermula...bersedia untuk kita menyaksikan detik2 kejatuhan empayar pemerintahan UMNO selama 50 tahun...
    Lihat sahaja kejatuhan Empayar Rom setelah sekian lama gah berkuasa..
    Kalau Diktator spt suharto dpt ditumbangkan oleh rakyat Indonesia,kenapa tidak rakyat malaysia utk menolak Najib Razak!

    BalasPadam
  4. benda yng paling kotor di dunia ni adalah ....... politik, tunggu dan lihat bab seterusnya

    BalasPadam