Khamis, 5 Februari 2009

PERAK:-DRAMA RAMPASAN YANG PENUH HIKMAH

Telefon bimbit aku telah gagal berfungsi dengan baik malam tadi, ini disebabkan kemasukkan beratus panggilan serta SMS telah menyebabkan baterinya hilang keupayaan. Kesemua panggilan dan SMS itu mahu menanyakan berita tentang "DRAMA RAMPASAN PERAK", Rileks...ia belum berakhir...Baginda Sultan masih belum buat keputusan samada membenarkan KERAjaan BN kembali memerintah, ataupun membubarkan DUN bagi menyerahkan keputusan kepada rakyat Perak untuk memilih siapa yang sepatutnya menerajui negeri itu.


Melihat suasana Perak, pertamanya aku memanjat syukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan ujian sebegini. Bagi aku sebagai hambanya..kita wajib menerima apa sahaja anugerah Allah SWT samada berbentuk kesenangan mahupun keperitan.Kedua-duanya harus diterima dengan hati yang lapang kerana Allah maha adil lagi maha penyayang.


Ujian ini juga sebenarnya menguji tahap kesetiaan sesama kita dalam mengharungi perjuangan yang tidak berkesudahan ini. Ianya juga telah membuka wajah sebenar disebalik topeng yang selama ini mempamerkan perwatakkan lembut serta sering mengalunkan kata-kata kononnya setia. Biasalah...dalam setandan pisang tidak semuanya baik,ada juga yang busuk,dan sebaiknya bila ketemu yang busuk itu sewajar disingkirkan dari tandan.


Mengulas aksi lompat yang menjadi punca kerajaan PR Perak bergoncang, Biarlah mereka pergi dari terus menjadi duri dalam daging. Pun begitu kita harus faham bahawa perjuangan masih panjang, Musa juga pernah tewas beberapa kali sebelum berjaya menumpaskan "Firaun". Makanya Kita saat ini tidak harus gusar, sebaliknya kita harus kembali memperkukuhkan jentera bagi memperkuat semangat bersama Dato Seri ir.Nizar dalam mengharungi saat-saat getir ini.


Ingat.."Suara rakyat suara keramat! kita terima apa sahaja keputusan rakyat seandainya DUN dibubarkan, buat UMNO BN, kamu baru sahaja menunjukkan siapa kalian yang sebenarnya...kami sebut 16 Sept...kamu kata tidak bermoral...nah! adakah apa yang berlaku hari ini menunjukkan kamu lebih bermoral?


Dato Seri ir.Nizar..kamu adalah pejuang sejati..walaupun berdepan dengan cabaran hebat ini, kamu tidak berpeluk tubuh dan mengurungkan diri dirumah. Aku kagum dengan keberanianmu, sesungguhnya kamu adalah Menteri Besar Perak paling terbaik yang pernah muncul dalam sejarah Perak!

1 ulasan:

  1. salam..
    Bahana memberi peluang bertanding pada orang yang tak layak..bahana memberi tanggungjawab pada orang yang mengaku bijak tapi sebenarnya gila..

    Tak apalah jika BN perintah Perak kelak nanti ada PRU13, jika rakyat Perak mahukan PR, mereka akan undi PR. Suara rakyat suara keramat..itu yang perlu kita pegang. Saya bukan orang politik, tapi doa saya akan mengiringi perjuangan PR sampai bila-bila.

    SHANA

    BalasPadam