Jumaat, 30 Julai 2010

Sampai Bila Pakatan Mahu Dipijak?

Pembangkang tidak selalunya bernasib baik, bahkan sering menjadi mangsa sang penguasa disaat mereka terdesak. Bertanding disebuah medan yang tidak rata serta pengadil yang memihak menjadi lumrah bagi parti politik pembangkang.

Merujuk kepada situasi Selangor saat ini, sebaik tamat PRU-12, Nasib pakatan pembangkang tidak banyak berubah. Bahkan jika diteliti,nasib pakatan bertambah celaka. Lihat beberapa kes yang menimpa pakatan pembangkang, layanan didalam sistem perundangan tidak jauh bezanya,malah adakalanya lebih buruk situasinya.

Terbaru ialah larangan berceramah secara terbuka.Perkara ini tidak banyak berubah. Ceramah anjuran pembangkang terutama di Selangor masih berterusan. Ceramah hanya dibenarkan didalam Dewan sahaja,alasan masih seperti dahulu,kononnya "bahaya".

Persoalannya ialah mengapa UMNO dibenarkan menjalankan ceramah secara terbuka? Rujuk siri ceramah anjuran parti penguasa UMNO diatas nama "Selamatkan Selangor", ianya dianjurkan ditapak terbuka dan bukannya disebuah tempat tertutup yakni Dewan dan sebagainya.Tidakkah ini jelas melanggar arahan pihak berkuasa bahawa ceramah di Selangor hanya boleh diadakan dikawasan tertutup?

Gambaran ini seolah mengiakan tanggapan ramai pihak bahawa Malaysia punya dua udang-undang dengan satu milik UMNO manakala satu untuk pembangkang.Sampai bilakah nasib pembangkang sebegini malang?sudahlah media disekat,program partinya juga dihalang.

Harap pihak berkuasa sudi memahami konsep demokrasi yang sebenar selain dari sibuk pertahan sistem demokrasi ala Malaysia tajaan UMNO.