Pembangkang tidak selalunya bernasib baik, bahkan sering menjadi mangsa sang penguasa disaat mereka terdesak. Bertanding disebuah medan yang tidak rata serta pengadil yang memihak menjadi lumrah bagi parti politik pembangkang.
Merujuk kepada situasi Selangor saat ini, sebaik tamat PRU-12, Nasib pakatan pembangkang tidak banyak berubah. Bahkan jika diteliti,nasib pakatan bertambah celaka. Lihat beberapa kes yang menimpa pakatan pembangkang, layanan didalam sistem perundangan tidak jauh bezanya,malah adakalanya lebih buruk situasinya.
Terbaru ialah larangan berceramah secara terbuka.Perkara ini tidak banyak berubah. Ceramah anjuran pembangkang terutama di Selangor masih berterusan. Ceramah hanya dibenarkan didalam Dewan sahaja,alasan masih seperti dahulu,kononnya "bahaya".
Persoalannya ialah mengapa UMNO dibenarkan menjalankan ceramah secara terbuka? Rujuk siri ceramah anjuran parti penguasa UMNO diatas nama "Selamatkan Selangor", ianya dianjurkan ditapak terbuka dan bukannya disebuah tempat tertutup yakni Dewan dan sebagainya.Tidakkah ini jelas melanggar arahan pihak berkuasa bahawa ceramah di Selangor hanya boleh diadakan dikawasan tertutup?
Gambaran ini seolah mengiakan tanggapan ramai pihak bahawa Malaysia punya dua udang-undang dengan satu milik UMNO manakala satu untuk pembangkang.Sampai bilakah nasib pembangkang sebegini malang?sudahlah media disekat,program partinya juga dihalang.
Harap pihak berkuasa sudi memahami konsep demokrasi yang sebenar selain dari sibuk pertahan sistem demokrasi ala Malaysia tajaan UMNO.
saudara eddie putra,
BalasPadamSungguh tidak adil, saya dengar ceramah dsai di Batu Pahat di kuasai oleh FRU. Masalahnya mereka buat di dalam dewan. Kini dewan dipenuhi oleh FRU...Ceramah untuk rakyat Johor atau FRU Johor?sungguh tak adil.
salam saudara,
BalasPadamtahniah untuk saudara yang sudah mula menulis kembali.wellcome back. tertanya2 apakah gerangannya masalah yang melanda. walaubagaimanapun, tsunami masih melanda politik tanah air.kita menyerang, mereka bertahan dan begitulah sebaliknya. Selagi kuasa ditangan mereka, selagi itulah mereka akan terus gunakan walaupun ternyata salah. Hanya rakyat celik sahaja yang bangun melawan.teruskan menulis saudara kerana kita akan melawan ikan jerung bukannya ikan bilis.
Semasa gadis sebaya bebas ke sana sini
BalasPadamSemasa remaja seusia ria bersama keluarga
Kebebasannya direntap oleh pendusta
Kebahagiaannya diragut oleh penguasa
Senyumnya manis, hatinya bergelora
Tuturnya sopan, semangatnya membara
Tajam tintanya bukan untuk Anwar
Petah tuturnya bukan untuk Papa
Langkah juangnya demi Rakyat demi Nusa
Pantas tindaknya demi Agama demi Bangsa
Semangat juang disusurnya langsung
Perjuangannya kami turut menyongsong
Nurul Izzah Anwar adalah calon Naib Presiden.
sbb ramai pejuang PkR tidak berjuang berlandas kan iman dan istiqomah.......malah bersikap fasik dan syirik sama seperti melayu umno........sbb tu la payah........PAS nak perintah Malaysia.
BalasPadam