Rabu, 30 September 2009

ISA SAMAD MEMANG BIJAK!

Sejurus ditabalkan selaku calon tunggal UMNO-BN bagi PRK DUN Bagan Pinang, Isa Samad dengan nada bersahaja mengatakan bahawa beliau hanya bersalah melanggar kod etika pemilihan UMNO sahaja dan ia tidak boleh disamakan dengan kes RASUAH!

Tambah Isa lagi, lihatlah pada pimpinan pembangkang terutama ketua Pembangkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri P.Pinang, mereka berdua merupakan bekas banduan yang didapati bersalah oleh mahkamah dan masih mampu bertanding serta menang.Oleh itu tidak ada sebab untuk sesiapa mempertikaikan krdebilitinya (isa) untuk diturunkan selaku calon kali ini.

Alahai....Kasihan Isa Samad...alasannya begitu dangkal sekali, mungkin Isa terlupa ataupun sememangnya kurang pengetahuan tentang kes kedua tokoh pembangkang itu. Dalam kes Anwar yang menyebabkan beliau terpenjara selama 6 tahun dahulu, adalah menjadi keraguan bilamana negara digemparkan dengan penemuan rakaman Video V.K Linggam.Dalam video tersebut jelas membuktikan bahawa ada percaturan hakim dibuat oleh beberapa towkey judi dan juga Perdana Menteri.Video yang popular dengan julukan Correct,correct,correct itu, ada dengan jelas menyebut perkataan "kes Anwar" dalam rakaman tersebut.

Malah melalui "SuruhanjayaDiraja" yang dibentuk sejurus desakan dari rakyat juga mencadangkan kepada YDP Agong agar mendakwa kesemua mereka yang terlibat dalam klip tersebut.Namun seperti kebiasaannya fail tersebut tersimpan kemas tanpa perbicaraan.

Mengenai Lim Guan Eng yang dipenjarakan dahulu ,Ianya adalah disebabkan sikapnya yang begitu beria mahu membela nasib budak perempuan MELAYU! Lim mendedahkan bahawa anak gadis MELAYU itu telah dirogol oleh Ketua Menteri! Maklumat diperolehi dari nenek kepada anak gadis tersebut yang begitu sayu melihat keadaan cucunya diperlakukan sedemikian.Saat itu tidak ada satupun orang UMNO yang dikatakan pejuang nasib bangsa melayu sanggup kedepan. Semua mereka hanya memandang sinis dengan tuduhan tersebut laksana "Lembu Kenyang". Akhirnya seperti yang terdedah dalam kandungan klip Correct,Correct, Correct.... Lim pula yang dipenjarakan.

Itulah nasib sebenar kedua tokoh tersebut, mereka terpaksa meringkuk dalam penjara hanya kerana mahukan keadilan! Sudah tentu situasi itu berbeza dengan isu Isa Samad, Kes menabur rasuah atau dalam istilah juak-juak UMNO disebut "garam"! dibicarakan dalam kamar disiplin UMNO. Dalam penghakiman tersebut, lembaga Disiplin telah membuat satu konklusi bahawa Isa telah SALAH kerana rasuah! atau bahasa manja golongan UMNO "POLITIK WANG" sewaktu bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Menurut Tun Dr.M pula, kesalahan Isa sungguh memalukan, beliau menang dengan membeli undi dan bukannya kerana rekod kepimpinannya!!

Tetapi, sudah tentulah UMNO kebanyakan menganggap kes Isa hanyalah perkara biasa, bagi mereka sudah menjadi tradisi dalam UMNO dimana setiap calon yang mahu bertanding jawatan tertinggi wajib memberi sesuatu "Imbuhan" kepada perwakilan.Jika tidak alamatnya BUNGKUS! Seperti nasib Tengku Razaleigh.

Dalam PRK Bagan Pinang ini, aku amat yakin bahawa UNDI POS tersebut akan pergi kepada UMNO-BN sebanyak 90%!!!! Ini bukanlah kerana PD diumumkan sebagai Bandar Tentera Darat (kalau yb UMNO tu tak meninggal,jangan haraplah Najib nak membazir air liur buat perisytiharan tu) Tetapi kerana UNDI POS sudah sekian lama begitu.Ini bermakna, Isa sudah boleh tidur lena kerana belum masuk padang sudah dapat markah percuma! TAHNIAH!

Selasa, 29 September 2009

SELCAT:PERINGATAN ISTIMEWA UNTUK "ORANG ITU!"

UMNO ANGKUH!!!! itulah yang dilaungkan oleh orang itu pada malam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.Kata-kata itu disebut berulangkali oleh orang itu semata-mata mahu rakyat membuka mata terhadap keangkuhan UMNO selama ini.

Orang itu juga menyelitkan beberapa kisah skandal yang membabitkan Parti tertua itu, Pendedahan berkaitan penyelewengan UMNO dalam mengurus tadbir Negeri dan Negara sering menjadi isu hangat oleh penceramah-penceramah Parti Pembangkang. Khalayak pada malam itu mendengar dengan tekun ucapan orang itu yang juga turut berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi kerakusan UMNO sekiranya Parti Pembangkang diangkat menjadi pemerintah kelak.

Khalayak malam itu tidak seperti khalayak dulu, mereka sudah berani untuk lakukan perubahan. Ada dikalangan mereka yang hadhir pada malam tersebut merupakan antara mangsa penindasan Penguasa UMNO. Janji bahawa jika diberi peluang kita akan selongkar dan heret mereka kemuka pengadilan, menjadikan khalayak mula menanam tekad.

Beriltizam pada detik itu...makanya pada tanggal 8 mac 2008, Satu kejutan telah berlaku...Keangkuhan UMNO Selangor tersungkur jatuh. Rakyat mula berpesta meraikan kepuasan...dimana-mana sahaja mereka menyebut tentang penyelewengan UMNO. Rakyat begitu bernafsu untuk mengetahui akan perihal tersebut.Bagi mereka Pakatan Rakyat adalah wira rakyat, PR akan pasti menyelamatkan negeri dari terus diselubungi penindasan.

Maka pendedahan tersebut mula menjadi realiti, rakyat begitu teruja dengan modus operandi UMNO dalam menggelapkan hasil cukai rakyat.Wang pembayar cukai dianggap seolah duit Parti UMNO, Malah lebih mengejutkan tatkala siasatan ketemukan pengeluaran wang secara besar-besaran pada malam PRU oleh Wakil Rakyat UMNO yang sudah tidak tersenarai selaku calon.Kemana mahu dibawa wang itu agaknya?

Malangnya, disaat rakyat menikmati pembongkaran tersebut,Orang yang pernah berkempen sedaya upaya dan melaungkan penolakan UMNO kelihatan seolah mahu membela parti rasuah itu.Lebih menyedihkan orang itu secara langsung membela penyangak tersebut hanya kerana PR menyoal kakitangan kerajaan yang sudah semestinya diarah oleh para penyangak dan jakun-jakun UMNO.

Kes yang melibatkan porfolionya langsung tidak dibicarakan, ramai kakitangan pejabat agama dan agensi kerajaan berkaitan mengeluh melihat juak orang itu yang terlalu sibuk dengan hal kontroversi - dari turun berjumpa mereka dan berdiskusi tentang pembaharuan pentadbiran dibawah kendaliannya.Lihat hal kepala Lembu...orang itu diam seribu bahasa...mengapa??

Ada sumber yang memaklumkan bahawa diakhir pertemuan orang itu didalam mesyuarat baru-baru ini, dia menegaskan akan terus mengeluarkan isu. Ikrarnya sambil menghentak meja beberapa kali bahawa dia tekad akan memperjuangkan matlamatnya itu.Persoalannya adakah orang itu akan menggunakan media sekali lagi untuk memperjuangkan apa yang disebut sebagai perjuangnya itu? apakah dia lupa atau sengaja yang dia itu adalah merupakan ahli mesyuarat kerajaan? Mengapa tidak mahu menggunakan kedudukan serta saluran yang betul untuk menegur? mengapa harus mencontohi sikap orang lain?

KEPADA ORANG ITU AKU INGIN MENGINGATKAN! AKU ADALAH ANTARA ANAK MUDA YANG TELAH MEMBUAT KERJA BODOH BERJUANG UNTUK MENENTANG UMNO! PEMAHAMAN AKU DAN SELURUH ANAK MUDA YANG LAIN IALAH, SEGALA SKANDAL YANG MEMBABITKAN KEPENTINGAN RAKYAT OLEH UMNO WAJIB DIBONGKAR!

ANDAI KATA KITA TEWAS PADA PILIHANRAYA UMUM NANTI DISEBABKAN PENDEDAHAN ITU, KAMI REDHA! INI KERANA CITA-CITA UNTUK MEMBONGKAR SUDAH BERJAYA DAN TERPULANG KEPADA RAKYAT UNTUK MENENTUKANNYA!

JANGAN KAMU CUBA PUNAHKAN HARAPAN KAMI YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MENGANGKAT PERJUANGAN INI, SESUNGGUHNYA KESANGGUPAN KAMI BERDEPAN DENGAN KEGILAAN UMNO INILAH YANG MENYEBABKAN KAMU ANTARA ORANG YANG SEDANG MENIKMATI HASILNYA.

FIKIRKANLAH!

Khamis, 24 September 2009

KHAS untuk ahli politik yang punya dua idealogi


Menyingkap tabir perjuangan asal....Pakatan Rakyat yang dahulunya dikenali sebagai Barisan Alternative adalah sebuah gagasan perubahan. Bermula diera 98, pada saat itu perjuangannya agak kelihatan garang.Setiap minggu akan ada protes jalanan, kesemua protes ini kebanyakkannya disertai oleh rakyat bawahan. Kesedian mereka mengorbankan diri untuk dibedil gas pemedih mata dan air kimia adalah kerana mahukan keadilan, mereka juga mahukan pembelaan memandangkan mereka dari golongan terpinggir.

Anak muda waktu itu menyahut cabaran menentang penguasa zalim oleh kerana didorong perasaan mahu merdeka.Mereka sudah jemu melihat perilaku ahli politik penguasa yang mempamerkan sikap angkuh! Ketuanan Melayu yang dicanangkan selama ini hanyalah untuk mereka yang punya kuasa,sedangkan bagi melayu yang dibawah tak ubah nasibnya selaku hamba.

Kesemua kebangkitan ini berasas dari nafsu yang mahukan perubahan! rakyat begitu impikan seorang wakil rakyat yang bersifat rakyat.Cerita mahupun hikayat pembesar yang berjiwa rakyat begitu membakar jiwa rakyat untuk menemukannya. Itulah harapan mereka, watak pembesar yang rendah diri dan memahami keperluan masyarakat serta memainkan peranan selaku jurubicara rakyat.

Malangnya kesemua harapan itu seringkali dihancurkan oleh mereka yang mendapat mandat. Pelaku politik gemar memilih watak Biawak sebagai citra politik mereka. Kuasa yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat telah menjadi modal mengaut keuntungan peribadi.Kata-kata dan janji hanyalah bersifat retorik, ianya digunakan untuk meraih populariti demi mendaki cerun kepuncak kuasa.

Apakah sejarah mengajar kita? TIDAK! itu jawapan paling tepat.Kejatuhan dinasti atau empayar adalah disebabkan kegagalan menghadam sejarah.Penguasa mula lalai dengan tanggungjawab mengangkat martabat rakyat yang dahulunya dilanyak oleh penjajah.Sikap sedemikian sering terjadi tatkala sudah berada ditampuk kuasa, perasaan tamak mula menyelubungi pemikiran.

Sikap mengejar,mengaut serta menindas adalah merupakan ciri-ciri tepat untuk mengundang musibah Allah SWT. Sudah dijanjikan bahawa kebangkitan rakyat adalah hukuman dari Allah SWT terhadap Kerajaan angkuh, manakala buat mereka ahli politik yang mula curang dengan amanah, sudah pastinya bala kejatuhan yang mengaibkan sudah siap menanti.

Marilah semua kita merenung kembali sejarah tamadun manusia, didalamnya terdapat banyak sekali intipati kecurangan yang membawa kepada keruntuhan tiap empayar tersebut.Adalah menjadi suatu kelewatan pada sesebuah kerajaan yang berada diambang kejatuhan mula mahu memikir untuk berubah.Itu sudah terlambat.....tiada siapa yang mahu percaya lagi. Pada waktu itu rakyat yang teraniaya sudah berdoa dan Allah sudah menerimanya, sesal saat itu sudah tidak berguna lagi. Dosa boleh diampunkan tetapi tidak tatkala SakaratulMaut mula menarik nyawa hingga keparas halkum.

Buat ahli politik yang sudah mula diselubungi sifat TAMAK serta mementingkan diri sendiri.Fikirkanlah.....Negara dan Negeri ini adalah milik kita semua dan bukannya milik kamu semata-mata. Pandanglah pada kejadian bentuk bumi yang dijadikan Allah SWT. Ianya bulat....hari ini diatas pasti esok kita dibawah. Kembalilah kepada matlamat perjuangan asal, renungkanlah kembali kata-kata yang pernah kamu laungkan, bersikaplah sepertimana sebelum kamu punya kuasa. Semua itu akan menyelamatkan kamu dari Bala pencipta yang maha esa. Jika gagal mengambil iktibar dari jatuhnya kerajaan dahulu, semoleknya kamu bersedia pula untuk mengalami nasib yang sama dengan mereka, mungkin kejatuhan kamu lebih perit dan memedihkan.
Janganlah nanti kerana sikap dan cita-cita kamu seorang, bahtera yang juga dinaiki oleh mereka yang bersifat pejuang terus karam bersamamu.


sekian.

Selasa, 22 September 2009

TOLAK ISA: permulaan tamatnya kerjaya ahli politik UMNO?


Sesuai dengan kapasitinya selaku Ketua Umum Umno, Tun Dr.M sekali lagi mencampuri urusan dalaman UMNO. Kali ini ISA menjadi mangsa, alasan yang diberikan oleh TDM ialah ISA terbabit dengan politik wang. Makanya sudah tentu ia tidak sesuai diturunkan selaku calon PRK DUN Bagan Pinang Oktober depan.


Jika meneliti sikap yang ditunjukkan oleh TDM ini, Pimpinan UMNO seperti Ali Rustam, Khir Toyo, Khairy Jamaluddin dan ramai lagi bakal digugurkan dari senarai calon PRU-13. Kesemua mereka ini punya rekod politik wang. Nampaknya kerjaya politik mereka juga bakal berakhir, ini kerana suara TDM dianggap keramat oleh UMNO.


Oleh yang demikian, sentuhan TDM dalam penentuan calon DUN Bagan Pinang adalah penentu nasib kebanyakan ahli politik UMNO. Sekiranya Presiden 'wala' dengan gesaan TDM, maka tamatlah riwayat mereka. Jika Presiden enggan melayani kerenah pengasas UMNO (baru) ini, alamatnya....kerjaya Presiden selaku Perdana Menteri bakal berdepan dengan nasib yang pernah diterima oleh Pak Lah.Alahai..


Isnin, 21 September 2009

SELCAT adalah kehendak rakyat!!!

Semenjak Malaysia dilepaskan oleh penjajah sekitar 52 tahun lalu, Demokrasi yang menjanjikan kuasa diletakkan pada rakyat, mula mengambil tempat. Bermula disitu jugalah kesemua hasil mahsum dimuka bumi ini diisytihar sebagai kepunyaan rakyat Malaysia.

Bagi merancakkan ekonomi negara, kebanyakkan cukai yang diperkenalkan oleh penjajah terus dikekalkan, memandangkan cukai tersebut logik dan positif maksudnya dalam menjana ekonomi.Dengan hasil pungutan cukai inilah digunakan oleh mana-mana Kerajaan yang dipilh oleh rakyat untuk diurus tadbir.Wang cukai ini kemudiannya dilabur dalam pelbagai sektor samada awam ataupun berbentuk swasta (GLC).

Selebihnya disalur terus kepada rakyat melalui program-program masyarakat setempat. Adalah menjadi kewajipan dipihak Kerajaan untuk membentangkan kesemua laporan kewangan Negara dan Negeri kepada rakyat melalui sidang DUN dan Parlimen.Dengan cara ini, setiap sen yang dibayar oleh rakyat diketahui kemana halatujunya.

Adalah tidak munasabah sekali bilamana ada pihak berasa simpati hanya pada kakitangannya semata-mata.Pendengaran awam SELCAT diSelangor telah berjaya membongkar siri penyelewengan wang rakyat! Kesemua jawatankuasa SELCAT terdiri daripada wakil yang dipilih rakyat melalui proses pilihanraya. Makanya sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyiasat kehilangan wang rakyat dalam masa yang singkat.

Tekanan yang diberikan oleh SELCAT juga, pada aku amat wajar - memandangkan selain mereka mewakili kehendak rakyat, mereka juga menekan melalui pendegaran awam! Ini bermakna, kesemua aksi tersebut dipertontonkan pada umum dan sudah tentu tiada siapa yang akan dihumban keluar tingkap.

Sewajarnya kakitangan kerajaan sepatutnya peka dengan amanah yang diberikan. Wang yang digunakan selama ini adalah milik rakyat dan perlu diurus dengan baik. Jika benar ada penyelewengan, kesemua mereka perlu bertanggungjawab sesuai dengan kapasiti mereka selaku pegawai kerajaan.

Adalah begitu dangkal sekali, bilamana perasaan simpati hanya pada mereka, bagaimana pula halnya dengan rakyat yang bertungkus lumus mengikat perut demi melunaskan cukai? bagaimana pula dengan rakyat yang gagal menikmati pembangunan hasil dari titik peluh mereka? Amatlah malang bilamana orang yang berasa simpati ini datangnya dari pilihanrakyat setempat yang sudah tentu mengharapkan pembelaan, sebaliknya gagal memahami aspirasi rakyat yang mahukan perubahan!

Oleh yang demikian, penubuhan SELCAT serta sesi pendegaran awam tentang kehilangan jutaan wang rakyat adalah kehendak rakyat! jika ada yang gagal memahami kehendak dan maksud tersebut, semoleknya berhentilah!

Sabtu, 19 September 2009

Temasya eid ubtuk rakyat:salam lebaran.

Salam lebaran buat semua, Alhamdullilah sekali lagi kita diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk meraikan hari yang mulia ini.Cumanya tahun ini seperti tahun sebelumnya,(mungkin lebih perit) kita terpaksa menyambut dengan cukup sederhana. Tuntutan kos kehidupan dewasa ini cukup melelahkan.

Ekonomi negara semakin merudum, paras KDNK terus mencatat paras yang rendah.Pelaburan asing diMalaysia semakin berkurangan, kita jatuh tertinggal dibelakang negara sekitar.Pun begitu, 1 Malaysia kebingungan melihat tingkah PM dan isterinya yang begitu ghairah menyediakan temasya gemilang hari raya dikediamannya.

Argghh....biarkanlah....bukankah dia PM? hmm...dikesempatan ini aku mengucapkan selamat menyambut eidulfitri buat semua. moga segala amal kita dilimpahkan keberkatan yang lumayan oleh Allah swt.

Rabu, 16 September 2009

no to ISA : YES WE CAN!!!!



Aku sedikitpun tidak merasa terkesan dengan pembebasan 5 tahanan ISA semalam, Pada aku inilah pembebasan "terpilih",Atau mungkin juga istilah pembebasan "Bagan Pinang" lebih sesuai sempena menyambut pilihanraya kecil diDun Bagan Pinang oktober depan.


Aku akan berasa sayu,bangga,gembira dan semua perasaan baik dalam hidup ini tatkala seluruh panca indera aku bisa mendakap berita ISA DIMANSUHKAN!!! jika berita sekadar pembebasan tahanan, bagi aku itu hanyalah satu lagi tambahan penghinaan kepada keluarga mangsa dan seluruh manusia.Pembebasan yang berlaku ekoran penahanan tanpa bicara...... kesalahan tidak jelas dan hanya kertas pertuduhan semata yang menjadi asas untuk menghalalkan tindakan mengurung seseorang.


Bertambah lucunya lagi, apabila ada suara-suara sumbang yang mahu simangsa tahanan mengucapkan terima kasih kepada penguasa.Untuk apa terima kaseh? terima kaseh kerana menahan mangsa selama 7 tahun serta membiarkan keluarganya menangung derita?


Mungkin ada yang setuju dengan saranan bahawa akta ini dipinda ataupun dibuat penambahbaikan, pada aku selagi akta ini mampu menahan seseorang tanpa bicara - selagi itulah aku akan kata ini AKTA ZALIM!!! Manakala buat mereka yang maseh mahu berkuasa dengan bergantung melalui akta ini, makanya selain kamu ZALIM kamu juga BACUL!!

Ahad, 13 September 2009

Nikmat dan keberkatan berbuka puasa,Siva kini sudah menjadi Rahman Abdullah

Pada tahun 2003 aku pernah berbuka puasa dengan ditemani oleh seorang rakan beragama hindu.Beliau bernama Sivaganesh dan merupakan penganut yang berpegang teguh pada ajaran agamanya.Siva pernah membawa "Kavadi" pada sambutan thaipussam sekitar tahun 2000 bertujuan membersihkan diri mengikut kepercayaan agamanya.

Kami berkenalan sewaktu Siva bertugas selaku pengurus panggung wayang diibukota, manakala aku pula bertugas dengan sebuah syarikat produksi perfileman.Ekoran itu aku sering bertemu Siva..apatah lagi Siva kerap juga memberi pas isimewa untuk akses kepanggung tempat beliau bertugas.

Suatu hari dibulan puasa sekitar tahun 2003, aku terpaksa menghantar rol filem disaat menjelangnya waktu berbuka.Ketika itu aku mempelawa Siva untuk bersama-sama menemaniku kesebuah gerai berdekatan Panggung tersebut.Pada mulanya Siva agak keberatan, beliau bimbang dengan menemani aku berbuka akan menyebabkan puasa aku itu terbatal kerana beliau adalah dari penganut bukan agama islam.Pendek kata, mengikut tafsirannya berbuka puasa itu adalah upacara keagamaan,Oleh itu selain orang islam adalah tidak boleh sama sekali mereka yang dari agama lain ikut serta kerana dibimbangi puasa tadi tidak sah.

Tersenyum aku mendengarnya ketika itu, lalu aku berkata padanya bahawa puasa itu adalah tuntuan agama islam agar umatnya lebih berdisiplin dan bermurah hati.Adalah tidak menjadi kesalahan untuk Siva menemani aku kerana aku akan dapat pahala yang lebih. Siva mula mengerut dahi kehairanan....lantas aku menyambung dengan menerangkan berbuka puasa adalah suatu kemestian bagi melengkapkan rukun puasa.Dan pahala berpuasa dibulan ramadhan sangat tinggi nilainya, kesemua amal kebajikan juga dijanjikan dengan pulangan yang paling lumayan berbanding bulan yang lain.

Tambahan pula jika Siva berbuka dan bertanya tentang ramadhan, kebaikkan berpuasa dan tentang ajaran islam, aku akan dapat bonus pahala tambahan kerana berdakwah.

Hampir 7 tahun berlalu....sekali lagi aku ketemu dengan Siva.Pertemuan yang tidak dirancang itu telah berlangsung disebuah bazar ramadhan sekitar ibukota.Yang memeranjatkan Siva menyapa aku dengan memberi salam, sebaik menoleh dan menjawab salam aku mula kebingungan. Manakan tidak, mulanya kusangka keluarga tabligh yang menyapa, tetapi sebaik direnung...aku mula mengenali raut wajah yang memakai serban ini. Inilah SIVA!.... Siva memeluk aku dengan erat sambil menitis airmata.Katanya jika tidak kerana peristiwa berbuka puasa dahulu, beliau tidak akan tahu langsung mengenai Islam. Katanya aku terlupa bahawa puasa juga dari segi sains amatlah baik untuk kesihatan.Berpuasa selama sebulan mampu menyingkirkan segala toksik dalam badan yang terkumpul selama berbulan lamanya.

Siva mula bercerita, selesai berbuka puasa dengan aku 7 tahun lalu.Beliau mula menyemak impak berpuasa mengikut cara islam melalui sains. Sebaik menerima maklumat kebaikkan berpuasa, Siva mula memerhatikan islam.Siva mula bertanya dan membaca tentang kisah Nabi Muhammad SAW yang hematnya baginda merupakan ikon umat islam. Pernah sesekali Siva menyelinap masuk kemajlis tazkirah dan kuliah dengan berpakaian kopiah,berbaju melayu dan berpelikat.Siva akan terus keluar sebelum majlis kuliah selesai bagi mengelak untuk bersembahyang bersama jamaah yang lain.

Siva mula membeli Quran kecil yang punya terjemah bahasa inggeris, beliau mula menyemak dan tak semena-mena berasa seronok dengan berdamping bersama Quran kecil tersebut.Pada suatu hari, Siva kemasjid seperti kebiasaannya bagi mendengar kuliah, beliau datang awal hari itu, Tiba-tiba azan maghrib berkumandang, saat itu Siva berasa amat sayu.Tanpa sedar air matanya berlinang jatuh membasahi pipi.Suara azan itu benar-benar menusuk kalbu, sebaik selesai azan - Siva berlari terus pada imam masjid untuk membuat pengakuan dan mahu memeluk islam.

Sejak pada itu, Rahman telah mengambil tempat didalam kad pengenalannya.Kini Siva amat tenang dan sudahpun berkahwin dengan mualaf juga sepertinya.Aku sungguh teruja dengan kesahnya...tidak kusangka peristiwa berbuka puasa digerai dulu sudah melahirkan Rahman yang berdiri didepanku ini.Sesungguhnya Allah maha mengetahui!

Jumaat, 11 September 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN!!!!


Pendengaran Awam yang dianjurkan oleh SELCAT minggu ini benar-benar mencabar. SELCAT yang ditubuhkan oleh Kerajaan Selangor bertujuan menyediakan sebuah kerajaan yang berintegriti.Makanya bagi menyediakan kondisi tersebut, SELCAT mula menjalankan tugas dengan menyiasat kehilangan jutaan ringgit wang pembayar cukai yang dihabiskan sekelip mata oleh kerajaan terdahulu (UMNO).


Sesi pendengaran telah menyaksikan bagaimana wang rakyat bertukar menjadi wang parti (UMNO)! Para Pegawai Daerah telah bersetuju bahawa amalan sedemikian amat tidak bermoral sama sekali.Bayangkanlah peruntukkan DUN yang sepatutnya dibelanjakan kepada semua rakyat disuatu kawasan DUN telah disalahguna dengan membiayai perbelanjaan Program parti, malah ada laporan yang menunjukkan bahawa pejabat Bahagian juga menggunakan peruntukkan tersebut.


Alahai..aku juga pembayar cukai diSelangor, Cukai itu termasuklah cukai pintu dan tanah dimana jika terlewat melunaskannya maka barangan rumah serta kediaman berhadapan dengan kemungkinan disita.Tetapi MALANGNYA hanya Parti itu sahaja yang mendapat keuntungan dari semua wang pembayar cukai itu.


Dalam sidang itu juga telah diperdengarkan bagaimana seorang bekas ADUN yang tidak lagi dicalonkan oleh partinya masih sempat menyapu bersih kesemua baki peruntukkannya pada malam Pilihanraya. Inilah sikap sebenar mereka yang mengaku kununnya mengamalakan "Tradisi Membela Rakyat" dan kini "Rakyat didahulukan" rupanya tak ubah seperti "Buaya panjang 14".


DULU KINI DAN SELAMANYA.........

Jumaat, 4 September 2009

KEMANA PAKEJ RANSANGAN NAJIB?

Kesempatan bertemu dengan Pak Long malam tadi diisi dengan perbincangan berhubung kondisi ekonomi Negara yang membimbangkan.Agak mengagumkan aku tatkala Pak Long yang hanya bertugas selaku buruh am begitu bijak memilih tajuk.Persoalan Pak Long diungkap dengan keluh kesahnya berdepan dengan kenaikkan harga barang disamping merudumnya pendapatan.

Pakej ransangan RM60 Bilion yang dibentangkan Perdana Menteri suatu ketika dahulu, ia hanya sedap didengar.....jaminan pemulihan ekonomi digunakan agar ribuan juta wang rakyat menjadi halal untuk digunakan.Kemana perginya suntikan itu? Paras Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus merurudum jatuh, eksport dan import kelihatan tidak seimbang. Manakala dasar penswastaan kebanggaan penguasa telah mengakibatkan Negara hilang pengangan keatas Bernas kepada sebuah koporat Hong Kong.

Kesemua peristiwa ini apatah lagi istilah - istilah ekonomi, amatlah sukar difahami oleh orang kampung seperti aku dan Pak Long. Namun melihat BSKL sering mencatat dagangan rendah begitu membimbangkan. Kenyataannya sekarang ialah selain gula ghaib dipasaran, Petrol mula dinaikkan.

Malaysia yang mempunyai bahan mentah seperti Minyak sawit,Petrol dan gas, kayu-kayan, keluli dan berbagai lagi kini kelihatan seolah bertarung untuk hidup. Media arus perdana tampak enggan bicarakan hal ekonomi dengan serius, mereka lebih seronok melapor berita kontroversi yang adakalanya menggugah ikatan kaum diMalaysia.Berita-berita tersebut hanyalah mengundang keseronokkan para-para ketua cawangan (bilis) UMNO untuk terus berkhayal bahawa hanya UMNO yang mampu membela rakyat.

Mungkin Menteri akan berterusan melapor kadar pengangguran masih terkawal berdasarkan rekod yang ada ditangannya, hakikat sekarang kadar penganguran sudah mencecah lebih 1 juta dan ianya seiring dengan peningkatan kes jenayah. Sampai bila rakyat mahu dibuai dengan alunan slogan retorik?

Diakhir pertemuan semalam, Pak Long mula meletak konklusi perbincangan semalam.Katanya RM60 Bilion itu hanya digunakan untuk projek menyelamatkan UMNO dan bukannya rakyat.Sungguh malang nasib rakyat Malaysia kerana UMNO hanya menjuruskan pembelaannya terhadap parti sahaja.Itupun segala hasil hanyalah dapat dinikmati oleh ketua-ketua bahagian manakala siketua-ketua cawangan mungkin T.Shirt Dacing dan sehelai not RM50.00.

Rabu, 2 September 2009

PERAK: Gayong seharusnya bersambut!

Lagi hal Perak....aku antara jutaan khalayak sedang menyaksikan isu di Negeri yang pernah sarat dengan timah ini. Adalah menjadi kemusykilan ramai apabila Zambry kelihatan begitu enggan memanggil sidang DUN berbanding Nizar.

Titah paduka seri Sultan Perak sewaktu pembukaan persidangan DUN bagi penggal ke-2 juga tidak dibahaskan.Mengapa? Apakah benar Zambry gentar untuk berdebat dengan pasukan Nizar yang kini digelar pembangkang oleh media tempatan?

Banyak perkara yang berlaku melibatkan perlembagaan, Oleh yang demikian ramai khalayak begitu teruja untuk menikmati hujah dari kedua belah pihak.Malangnya, kesemua hujah tersebut hanya berlaku didalam sidang media dan tidak disidang DUN.

Usahlah bermain sandiwara, kembalikan gemaan suara wakil-wakil rakyat disidang DUN Perak.Zambry begitu gah mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Perak yang baru, nah! kini beliau harus berani tampil untuk mengadakan persidangan DUN. Usah menyerang dan berselindung disebalik kenyataan media, sebaiknya berpencaklah dipentas yang sedia ada.Aku yakin Nizar tidak akan sesekali menolak pelawaan itu,Gayong seharusnya bersambut!

RAIS YATIM MENOLAK PPSMI?