Kesempatan bertemu dengan Pak Long malam tadi diisi dengan perbincangan berhubung kondisi ekonomi Negara yang membimbangkan.Agak mengagumkan aku tatkala Pak Long yang hanya bertugas selaku buruh am begitu bijak memilih tajuk.Persoalan Pak Long diungkap dengan keluh kesahnya berdepan dengan kenaikkan harga barang disamping merudumnya pendapatan.
Pakej ransangan RM60 Bilion yang dibentangkan Perdana Menteri suatu ketika dahulu, ia hanya sedap didengar.....jaminan pemulihan ekonomi digunakan agar ribuan juta wang rakyat menjadi halal untuk digunakan.Kemana perginya suntikan itu? Paras Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus merurudum jatuh, eksport dan import kelihatan tidak seimbang. Manakala dasar penswastaan kebanggaan penguasa telah mengakibatkan Negara hilang pengangan keatas Bernas kepada sebuah koporat Hong Kong.
Kesemua peristiwa ini apatah lagi istilah - istilah ekonomi, amatlah sukar difahami oleh orang kampung seperti aku dan Pak Long. Namun melihat BSKL sering mencatat dagangan rendah begitu membimbangkan. Kenyataannya sekarang ialah selain gula ghaib dipasaran, Petrol mula dinaikkan.
Malaysia yang mempunyai bahan mentah seperti Minyak sawit,Petrol dan gas, kayu-kayan, keluli dan berbagai lagi kini kelihatan seolah bertarung untuk hidup. Media arus perdana tampak enggan bicarakan hal ekonomi dengan serius, mereka lebih seronok melapor berita kontroversi yang adakalanya menggugah ikatan kaum diMalaysia.Berita-berita tersebut hanyalah mengundang keseronokkan para-para ketua cawangan (bilis) UMNO untuk terus berkhayal bahawa hanya UMNO yang mampu membela rakyat.
Mungkin Menteri akan berterusan melapor kadar pengangguran masih terkawal berdasarkan rekod yang ada ditangannya, hakikat sekarang kadar penganguran sudah mencecah lebih 1 juta dan ianya seiring dengan peningkatan kes jenayah. Sampai bila rakyat mahu dibuai dengan alunan slogan retorik?
Diakhir pertemuan semalam, Pak Long mula meletak konklusi perbincangan semalam.Katanya RM60 Bilion itu hanya digunakan untuk projek menyelamatkan UMNO dan bukannya rakyat.Sungguh malang nasib rakyat Malaysia kerana UMNO hanya menjuruskan pembelaannya terhadap parti sahaja.Itupun segala hasil hanyalah dapat dinikmati oleh ketua-ketua bahagian manakala siketua-ketua cawangan mungkin T.Shirt Dacing dan sehelai not RM50.00.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan