Selasa, 24 Jun 2008

MAHATHIR VS PAK LAH:pusingan ke-2

Pertembungan 2 tokoh UMNO kini memasuki fasa yang ke-2. Kali ini Tun memilih menyerang dari luar setelah serangan dari dalam hanya mampu mencederakan Pak Lah tidak membunuh.

Serangan Tun bermula dengan memberi kata dua kepada ahli UMNO, samada memilih beliau atau Pak Lah. Kiranya mahukan beliau, ahli wajib turunkan Pak Lah dan beliau akan kembali kedalam UMNO. Begitulah antara serangan terawal Tun terhadap Pak Lah, namun Pak Lah tidak berdiam diri. Beliau kembali menyerang dengan membongkar kes krisis kehakiman lewat 1988.

Serangan ini nampak berjaya melemaskan Tun buat sementara, Tun yang terkenal dengan sifat berani melawannya telah meningkatkan serangan. Terbaru Tun mendakwa ada cubaan menggulingkan Tan Sri Hasan Merican presiden Petronas oleh "orang tingkat 4". Petronas merupakan tempat Tun melempiaskan nasihatnya dan Tan Sri Hasan merupakan orang harapanya.

Kejadian ini dakwa Tun hampir sama dengan kes pemberhentian Tengku Mahalel dari Proton yang juga orang harapan Tun. Dakwa Tun lagi, ini merupakan penghapusan pengaruh Tun dikalangan koporat.

Apa tindakan Pak Lah selepas ini? Mampukah beliau menang dalam pusingan kali ini?...

Rabu, 18 Jun 2008

SANGLANG KOSONG,SAPP TAK PERCAYA:UMNO/BN semakin karam...

Ibarat kapal yang semakin karam akibat dilanda badai tsunami politik 3 bulan lalu, UMNO-BN dikejutkan dengan keputusan luar biasa Mahkamah tinggi Kangar siang tadi.

Keputusan Mahkamah tinggi untuk menerima bantahan yang dikemukakan oleh calon Pas bagi mencabar keputusan PRU Dun Sanglang, telah menggakibatkan kerusi yang disandang oleh wakil UMNO-BN terpaksa dikosongkan.

Ini bermakna Dun Sanglang akan menjadi pembuka tirai medan tempur ideologi pertama selepas 100 hari berlalunya PRU-12, benar-benar menyesakkan UMNO-BN.

Belum sempat menimba air yang bocor masuk kedalam kapal, satu lagi ledakkan dalaman tercetus. SAPP pimpinan datuk Yong Teck Lee membuat kenyataan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap PM menjelang sidang dewan isnin ini.

Keputusan berani Datuk Yong Teck Lee berserta seluruh barisan pimpinan SAPP adalah didorong oleh semangat sayangkan rakyat dan Negara. Ini ekoran keputusan drastik PM menaikkan harga bahan api tanpa punyai alasan kukuh.

Alasan kenaikkan terlalu dangkal, yang jelas jurang kemiskinan terutama di Sabah semakin melebar. Isu kebanjiran pendatang yang semakin menjadi-jadi di Sabah langsung tidak diendahkan kerajaan pimpinan Pak Lah.

Walaupun kerusi SAPP hanya 2 diparlimen, impaknya cukup besar dek kerana mereka benar-benar mewakili suara rakyat yang mahukan keadilan.

Kini kapal UMNO-BN semakin condong kedasar laut, menunggu waktu saat dan ketika untuk KARAM...

Isnin, 16 Jun 2008

ANWAR dapat lampu hijau cabar kesahihan pemecatannya!

Mahkamah hari ini memutuskan Dato'Seri Anwar Ibrahim berhak mencabar kesahihan pemecatannya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Tun Dr Mahathir 10 tahun yang lalu.
Kebenaran ini diberikan oleh 3 panel hakim yang diketuai Richard Malanjum siang tadi.

Berikutan itu kes ini akan didengar oleh Mahkamah rayuan. Anwar akan mencabar keputusan Dr.M yang pada waktu itu memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Keputusan Dr.M waktu itu dikatakan jelas melanggar akta Perlembagaan 43(5) undang-undang perlantikkan Menteri.

Sekiranya Anwar menang kes ini, maka jawatan yang disandangnya harus dipulangkan kembali. Kerajaan juga harus membayar tunggakkan gaji berserta elaun yang sepatutnya diterima Anwar selama 10 tahun.

Ini bermakna PUTRAJAYA SUDAH SEMAKIN HAMPIR...

Selasa, 10 Jun 2008

anakmudaparlimenbatu: PADAH MENGUNDI BN!

Saya selitkan pandangan rakan seperjuangan dari Parlimen Batu berkenaan isu kenaikkan harga minyak:

Inilah padahnya, kita terpaksa menanggung kesusahan bersama dengan rakyat Malaysia yang memangkah BN padahal kita tahu apabila menyokong Pakatan Rakyat akan dijanjikan penurunan harga minyak tetapi mereka tidak percaya.

Subsidi yang diberikan kepada kita ialah subsidi yang begitu merugikan rakyat, padahal contohnya, aku sendiri menunggang motosikal menggunakan petrol dengan harga sekarang dalam masa 3 bulan sahaja menghabiskan subsidi kerajaan selama setahun. Apa daya kita untuk melawan keputusan yang dikatakan adil untuk pemerintah dan untuk rakyat.

Adil untuk orang bergaji besar tetapi tidak adil mcm kami yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meninggi dan dengar ura-ura yang tarif elektrik akan dinaikkan, sememangnya permohonan TNB ini sudah lama diminta.

Inilah pergorbanan rakyat untuk pemerintah hingga rakyat terkorbankan diri sendiri. Hentikanlah tajaan Petronas ke atas F1, Hentikanlah Monson cup dan segala penajaan yang membuangkan duit, lebih baik duit itu dilaburkan untuk kepentingan rakyat.Dengar orang UMNO pun marah akan kenaikan minyak ini, Siapa yang suruh pangkah BN lagi.



Isnin, 9 Jun 2008

HADHARI: Alahai....


Alahai islam HADHARI,

Tajaan DoLAH Badawi,

Dialah imam,dialah wali,

Itulah islam ADA HARI...



Orang kafir menghina nabi,
mereka pertahan sehingga kini,
apa kata islam Hadhari?
Pemimpinnya sabar sehingga kini..

Takut nak meneguri,
nanti hilang majoriti,
Ayah Pin dilangit, Pak LAH diBumi,
Nak jaga pengikut jangan lari,
Kut-kut menang pilihanraya lagi...





Khamis, 5 Jun 2008

ANWAR: UMNO/BN UNDUR!



RAKYAT pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya.Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor ke mana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun.

Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan.

Kemanfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

Justeru itu kami membantah keras dasar Kerajaan Umno-BN yang mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan Umno-BN seharusnya BERUNDUR!

Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

sekian,

Dato Seri Anwar Ibrahim

Bakal Perdana Menteri Malaysia.

Rabu, 4 Jun 2008

petrol: Baru Naik


RM 2.70 seliter petrol dan RM 2.50 seliter bagi diesel adalah merupakan hadiah BN kepada rakyat Malaysia. Hadiah diberi tatakala rakyat berdepan dengan krisis kenaikkan harga bahan makanan dek kerana kekurangan stok makanan, maka diatas sifat prihatinnya kerajaan BN terhadap seluruh rakyat- lalu kenaikkan kos bahan api adalah merupakan satu hadiah paling berharga untuk rakyat.

Kerajaan terpaksa menaikkan kos bahan api ini kerana kantung kerajaan yang berisi wang rakyat hendak dibelanjakan keatas projek impian Perdana Menteri yakni "koridor utara, selatan dan timur". Projek yang menelan ratusan "Bilion" wang rakyat ini hendaklah disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan, para kontraktor dan kroni amat memerlukan wang tersebut demi mempertahankan empayar kekayaan mereka agar tersenarai selaku orang terkaya di Malaysia dan Asia.

Kenaikkan ini pula dijamin hanya untuk rakyat kelas menengah dan atasan, TIDAK kepada rakyat kelas bawahan. Rakyat kelas bawahan akan dibayar apa yang disebut sebagai subsidi sekiranya memperbaharui cukai jalan yang telah tamat tempohnya. Bayaran akan dibuat melalui "wang pos" bagi mengelak berlakunya penyelewengan yang sering berlaku dibawah pentadbiran kerajaan BN. Untuk tempoh setahun sebelum tamatnya cukai jalan, rakyat wajiblah bertahan dengan menanggung kenaikkan bahan api yang terlalu sedikit ini berbanding Negara pengimport minyak yang lain.Suka diingatkan tawaran ini hanya sah untuk pemilik motosikal dan kereta, TIDAK untuk yang berbasikal dan pejalan kaki walaupun rumah mereka atau kehidupan mereka dijana oleh mesin Generator! mereka ini kirim salam hendak merasa subsidi keramat ini.

Disamping itu para peniaga dan pengusaha di beri amaran keras agar tidak menaikkan harga barang makanan serta kos perkhidmatan, kerana kenaikkan kos bahan api tidak kena mengena dengan harga makanan mahupun perkhidmatan. Sekiranya mereka berdegil kerajaan tidak dapat melakukan apa-apa melainkan melahirkan rasa simpati pada rakyat.

Oleh yang demikian seluruh rakyat Malaysia harus bersiap sedia dengan "misteri kehilangan barang keperluan harian" di kedai dan pasaraya berdekatan.Ini merupakan fenomena biasa yang dilalui rakyat sejak Merdeka 50 tahun! tiap kali kerajaan "terpaksa" menaikkan kos bahan api.

Akhir kata, terimalah madah pujangga ini untuk renungan bersama:

"Hari ini Minyak naikLah lagi,

mereka kata tak boleh buat apa lagi,

apa kita nak buat,biarlah tinggal gigi dan gusi,

lain kali undilah BN lagi...."

Selasa, 3 Jun 2008

SUMPAH KERAMAT!!!


Sumpah Keramat Pemuda keADILan beriltizam untuk; Untuk berdiri teguh berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan dengan ikrar:-
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim Menyedari,

Negara Terus Dilanda KezalimanMenginsafi,

Umat Perlukan PerubahanMengakui,

Keadilan Mesti DitegakkanMaka - atas nama kemuliaan dan perjuanganAtas nama kesucian agama

Atas nama kedaulatan negara

Atas nama kehormatan Rakyat Jelata
Kami bersumpah - Selagi ada bulan dan matahari

Selagi hayat dikandung badan

Keadilan tetap kami pertahankan

Kebenaran tetap kami tegakkan
Kezaliman tetap kami benamkan

Pembohongan dan Sandiwara tetap kami hancurkan Jiwa dan nyawa kami taruhkan

Inilah sumpah kami Sumpah Keramat, Pemuda keADILan

Reformasi! Reformasi! Reformasi!