Khamis, 5 Jun 2008

ANWAR: UMNO/BN UNDUR!



RAKYAT pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya.Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor ke mana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun.

Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan.

Kemanfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

Justeru itu kami membantah keras dasar Kerajaan Umno-BN yang mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan Umno-BN seharusnya BERUNDUR!

Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

sekian,

Dato Seri Anwar Ibrahim

Bakal Perdana Menteri Malaysia.

1 ulasan:

  1. Inilah padahnya, kita terpaksa menanggung kesusahan bersama dengan rakyat Malaysia yang memangkah BN padahal kita tahu apabila menyokong Pakatan Rakyat akan dijanjikan penurunan harga minyak tetapi mereka tidak percaya. Subsidi yang diberikan kepada kita ialah subsidi yang begitu merugikan rakyat, padahal contohnya, aku sendiri menunggang motosikal menggunakan petrol dengan harga sekarang dalam masa 3 bulan sahaja menghabiskan subsidi kerajaan selama setahun. Apa daya kita untuk melawan keputusan yang dikatakan adil untuk pemerintah dan untuk rakyat. Adil untuk orang bergaji besar tetapi tidak adil mcm kami yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meninggi dan dengar ura-ura yang tarif elektrik akan dinaikkan, sememangnya permohonan TNB ini sudah lama diminta. Inilah pergorbanan rakyat untuk pemerintah hingga rakyat terkorbankan diri sendiri. Hentikanlah tajaan Petronas ke atas F1, Hentikanlah Monson cup dan segala penajaan yang membuangkan duit, lebih baik duit itu dilaburkan untuk kepentingan rakyat.

    Dengar orang UMNO pun marah akan kenaikan minyak ini, Siapa yang suruh pangkah BN lagi.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam