Isnin, 2009 Julai 06

Demokrasi vs DEMOCRAZY

Menjadi seorang yang bercanggah pendapat dengan pihak berkuasa diMalaysia, bukanlah satu perkara yang menarik.Apatah lagi jika seseorang itu menyertai pertubuhan yang punya organisasi yang tersusun. Biarpun ia jelas hak yang terkandung dalam perlembagaan negara, namun ianya jarang malah adakalanya seolah hak tersebut tidak pernah tertulis didalam lembaran perlembagaan negara.

Perbezaan pendapat dalam sesuatu isu terutama yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat adalah merupakan perkara yang perlu dalam sebuah negara demokrasi. Sesuatu isu wajib didebatkan demi mencari keputusan terbaik. Perkara ini sememangnya mudah diamalkan jika penguasa benar-benar mementingkan intergriti dalam pentadbirannya serta mendukung semangat bernegara. Tetapi ianya tentu sekali tidak kepada sipenguasa diktaktor, mengamalkan sistem demokrasi ala acuan sendiri sudahpun menjadi lumrah sipemerintah zalim.

Perlembagaan diolah mengikut kepentingan sendiri,manakala undang-undang digunakan untuk menekan rakyat yang cuba menentang mereka. Disinilah sistem Demokrasi yang sepatutnya bebas dan adil bertukar menjadi sistem DemoCRAZY dimana ianya kelihatan seperti sistem tekanan ataupun kuku besi.

Makanya menjadi penentang dasar sistem DemoCrazy bukanlah suatu yang mudah. Menerima tekanan serta ugutan telah menjadi rencah perjuangan menegakkan keadilan. Rasullulah sendiri berdepan dengan pelbagai cabaran, Baginda dicemuh,difitnah dan didera dengan berbagai bentuk penindasan.Namun iltizam membawa pencerahan buat umatnya, telah menyebabkan musuh-musuh islam begitu lelah dengan gelombang yang saban hari semakin kuat arusnya.

Salah satu janji Allah SWT kepada sipenguasa angkuh ialah, akan ada gerakkan atau suatu kebangkitan rakyat bawahan dengan berani bangkit menentang kekuasaan sipenguasa zalim.Waktu itu, tiada apa yang mampu menghalang kebangkitan tersebut. Rakyat marhaen terdiri dari golongan bawahan, mereka tidak punya sebarang kepentingan peribadi untuk dipertahankan berbanding golongan pertengahan mahupun atasan. Apa yang ada dalam jiwa marhaen ialah mahukan kelapangan dalam kehidupan setelah sekian lama dibelenggu kesulitan dan kesempitan.Keadilan yang selama ini kelihatan hanya untuk sikaya, mula diimpikan golongan miskin tadi.

Atas dasar itulah gelombang kebangkitan rakyat menjadi begitu sukar dikawal,malah adakalanya ia lebih sulit ditangani dari mengawal ledakkan gunung berapi.0leh yang demikian, bagi mana-mana penguasa,seharusnya menjadi tanggungjawab utama merapatkan segala jurang antara golongan bawahan dengan kelas menengah dan atasan.Sekiranya hal ini mampu diimbang, sekuat manapun gerakkan komunis atau puak haluan kiri,ianya sekalipun tidak mampu menumbangkan Kerajaan yang begitu tuntas membela nasib rakyat.

Hal ini amatlah sukar difahami oleh mana-mana penguasa angkuh, penentangan rakyat dibalas dengan kekangan tanpa menilai sistem atau dasar yang diamalkan dalam pentadbirannya.Tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada golongan yang cuba bangkit menyanggah sipenguasa. Tujuannya hanyalah untuk melemah sekaligus memadamkan gerakkan rakyat dari terus merebak. Dengan terpadamnya gerakkan tersebut,makanya kedudukan ketuanan penguasa tamak dapat dipertahankan.

Taktik sedemikian kerap digunakan oleh mana-mana pemerintah zalim, tetapi sejarah langsung tidak menjadi rujukan mereka.Taktik kotor yang menekan itu hanya akan menjadi racun yang akan cepat membunuh terus kekuasaan sipemerintah itu tadi.Pada saat itulah,sejarah akan mula menulis dengan tajuknya "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!"

Pak Long:-"lagi tekan.....lagi lawan"

Rabu, 2009 Julai 01

Rakyat menanti UMNO DIPRU13: CORRECT!!!!!

Selama ini seringkali kedengaran disetiap pelusuk keramaian rakyat,samada kenduri kahwin,kenduri tahlil dan sehingga ke kedai kedai kopi diseluruh negara. Hal yang dibicarakan ialah mengenai sistem kehakiman negara, oleh kerana apa yang dibincangkan tiada disusulkan bukti,makanya hal tersebut dianggap gosip dikalangan rakyat jelata.

Semuanya berpunca dari kes pengharaman UMNO pada sekitar 1988.Tahun itu dianggap kemuncak percakaran diantara para hakim dengan Penguasa. Dalam pergeseran tersebut, Negara menyaksikan pemecatan ketua-ketua hakim yang enggan mengikut telunjuk penguasa dalam menegakkan keadilan.

Krisis itu telah berlegar disekeliling rakyat, sistem kehakiman mula dipandang sinis.Perundangan negara tercemar, penjenayah dikatakan tidak bimbang melakukan aktivitinya oleh kerana mampu KOW TIM.Hmm....itu semua hanya gosip semata-mata..mana mungkin ia berlaku? Itu hanya dakyah parti pembangkang untuk mengelirukan rakyat!

Tapi.........secara tiba-tiba.....setahun sebelum Mac 08, seluruh negara digemparkan dengan satu klip Video.Golongan marhaen pula kelihatan berpuas hati setelah menonton klip tersebut manakala tokey-tokey besar mula gusar.Mengapa? ahaaa! itulah klip yang memberi bukti bahawa rakyat tidak berilusi selama ini. Segala apa yang dikatakan gosip sudahpun menjadi kisah benar.Hahahaha.......Rakyat terutama penghuni rumah-rumah setinggan mula meraikan, dimana-mana mula kedengaran "korek,korek, korek"....kerana cuba mengajuk drama klip tersebut.

Penguasa mula bertindak, ditubuh satu suruhanjaya diraja.Rakyat memandang tanpa berahi barisan panelnya. Ini kerana,sekian lama mereka menunggu bukti bahawa ada campur tangan penguasa dalam mengatur perlantikan hakim.Sudah tentu ianya juga melibatkan rasuah! Maka panel memulakan siasatannya, dikerah semua yang disebut hadir kemahkamah. Walhasil satu laporan dihantar kepada SPDK Yang Dipertuan Agong, dan....laporan tersebut telah mencadangkan agar kesemua YANG TERLIBAT DIDALAM KLIP TERSEBUT DIDAKWA!!!

Gembira bukan kepalang satu Malaysia, tidak sabar menanti kes tersebut dibicarakan.Rakyat telah menggunakan kuasa yang hanya boleh dipakai setiap 5 tahun sekali. 8 Mac digelar TSUNAMI POLITIK, penguasa tumbang dibeberapa negeri emasnya.Tidak cukup dengan itu,penguasa hanya mampu membentuk kerajaan rapuh dek ketiadaan majoriti penuh untuk berbuat demikian.

Sana-sini rakyat berpesta meraikan kemenangan mereka mengajar sipenguasa angkuh. Lembu,kambing,ayam dan itik malah kerbau dikendurikan.Generasi baru kelihatan paling gembira menyambut kemenangan ini, terpamer diwajah setiap mereka seolah negara baru MERDEKA!

Tiba-tiba.....Langit tidak selalunya cerah.....Laporan SuruhanjayaDiraja tersebut tidak diendahkan si penguasa. Para pencatur yang disebut didalam klip video bukan sahaja masih bebas, malah ada yang masih berjawatan tertinggi didalam kerajaan. Mengapa begitu? nampaknya sekali lagi rakyat tidak punya pilihan.Terpaksalah mereka menerima keputusan itu walau dihati membungkam marah..Apa yang rakyat boleh buat????????

Dengan tidak semena-mena, tergiang ditelinga seluruh rakyat laungan "Suara Rakyat Suara Keramat!!!" owh! kepada penguasa kita jumpa diPRU13....INSHAALLAH!

Isnin, 2009 Jun 29

TUAN-TUAN MELAYU UMNO........



Bila sebut soal perpaduan...media penguasa akan berhempas pulas menjelmakan UMNO selaku pihak yang paling ikhlas.Bila bicara soal perpecahan....media itu jugalah beria mempamerkan bahawa pihak pembangkang merupakan puncanya.
Hahaha....,Malaysia juga seperti negara yang lain sudahpun melepasi alaf baru,namun cara penguasa memainkan rentak politiknya tetap sama. UMNO Dulu Kini dan SELAMANYA akan memainkan isu hak dan ketuanan melayunya.Ia sesuai dengan perjuangan Parti tua itu yang secara dasarnya tidak akan kompromi dengan sesiapa yang cuba melanggar garis yang ditetapkan.

Benarkah begitu? Mungkin generasi lama berpegang teguh dan melihat UMNO begitu berprinsip.....tetapi tidak pada anak muda generasi baru pada waktu ini. Generasi lama mudah dimomokan dengan pelbagai senario yang menakutkan, contohnya melayu akan kehilangan hak istemewa, tanah melayu akan dirampas, raja akan dipersenda dan bermacam lagi bentuk propaganda lainnya. Memandangkan mereka begitu trauma dengan pelbagai peristiwa serta masih terikut dengan cara fikiran yang diterapkan oleh penjajah, sudah tentu mereka menelan begitu sahaja maklumat tersebut. Apatahlagi mereka langsung tidak mengenali komputer! hmmm...sudah tentu dunia IT begitu asing buat mereka.

Berbeda dengan generasi baru, mereka sudah punya akses kepada maklumat. Malah sejarah negara yang selama ini ditulis melalui mitos dan propaganda...telah berjaya dikesan FAKTA DAN KRONOLOGI oleh generasi baru tersebut. Makanya sudah tentu taktik provokasi sudah tidak lagi relevan untuk digunakan keatas generasi baru ini. Kebanyakan anak muda ini, melihat dan merasai keperitan bertuankan melayu UMNO. Mereka sukar melupakan bagaimana rumah yang menjadi tempat teduh sekeluarga, diranapkan hanya dengan slogan "setinggan sifar!".

Anak muda juga melihat dengan jelek, sikap tawadhu sipenguasa yang sepatutnya mewakili rakyat...tetapi lebih senang membela nasib para pemaju syarikat atau taikoon besar! Siapa yang memberi undi pada mereka? itu pertanyaan yang mula timbul dibenak fikiran anak muda.Mereka tidak tahan lagi melihat perangai angkuh siwakil rakyat yang berkereta besar...kehulu hilir melancar projek sambil towkey-towkey tersenyum bangga dibela siwakil rakyat tadi. Manakala rakyat terpaksa mengemis memohon bantuan walaupun mereka sedari itu adalah HAK MEREKA! alahai....golongan marhean sememangnya tidak punya pilihan.

Tekad mahu membina suasana baru, anak muda seluruhnya memilih untuk tidak lagi bertuankan melayu UMNO!!! Akibatnya penguasa mula tersentak! lantaran itu dicanang akan keperluan menyokong kembali gerombolan UMNO! Gambaran hak melayu bakal hilang diratib saban hari agar orang melayu terutamanya akan mula kesal dan bimbang.Hahaha....Malang sungguh sipenguasa....Rakyat kini sudah tahu kemana hilangnya rezab melayu! orang melayu juga sudah tahu siapa yang punya angkara sehingga ekonomi orang melayu kekal diparas terendah.Semuanya hilang dibawah kekuasaan UMNO selama 51 tahun!
Raja-raja melayu diaibkan oleh penguasa-penguasa melayu UMNO! HAK KEKEBALAN yang dipertahankan oleh orang melayu sedikit masa lalu, agar jangan disentuh oleh British sang penjajah...diragut terus oleh penguasa melayu UMNO! Perpecahan yang kononya dilakukan oleh pihak pembangkang jelas suatu omongan kosong semata. Hakikatnya, UMNO yang cuba memecahkan perpaduan rakyat! negeri-negeri dibawah tadbir pihak pembangkang disekat dengan pelbagai alasan... UMNO juga mewujudkan Ketua Kampung (JKKKP)mereka sendiri yang sekaligus menimbulkan kekeliruan dikalangan penduduk Kampung.

JKKKP hanya berperanan menjadi alat propaganda UMNO semata - mata, Dana mereka disalur terus melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kementerian ini memperolehi dana melalui bajet yang dibentangkan,Bajet pula diambil melalui kantung perbendaharaan yang diisi melalui pembayaran cukai oleh semua rakyat Malaysia...tidak kira samada individu tersebut UMNO atau pembangkang.
Demikian secebis kisah sang penguasa melayu UMNO,banyak lagi jika mahu dirungkai.Tetapi UMNO tetap UMNO......KEBIMBANGAN MELIHAT KEKUASAAN YANG SEMAKIN TERHAKIS, CUKUP MENGGUSARKAN MEREKA..

DEBAT: umNO CUAK!!!

CUAK! itu perumpamaan yang tepat kepada UMNO tatkala menilai cara mereka menjawab pelawaan DEBAT dari Tuan Guru Nik Aziz. UMNO begitu dangkal menggunakan alasan kununnya mahu mengelak perpecahan umat melayu jika hasrat itu diteruskan. Persoalannya ialah, siapa yang memulakan serangan? UMNO punya akses kepada Media, melaluinya serangan demi serangan dilakukan terhadap parti pembangkang. Malah adakalanya kelihatan agak melampau tuduhan yang dilemparkan.

UMNO sememangnya bacul dengan mengamalkan taktik menyerang parti pembangkang tanpa beri ruang pada mereka untuk menjawab selama ini. Mereka seolah bangga memukul orang dengan cara mengikat kaki dan tangannya.Tetapi mereka sekalipun tidak akan berani beradu secara terbuka, itulah UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA....

Nah! sekarang merupakan medan terbaik! tidak timbul soal perpecahan, sebaliknya ia mampu membantu rakyat dalam mencari kebenaran diantara dua pihak ini.Melalui pentas debat inilah rakyat akan dapat menilai tentang siapa yang lebih jujur dalam membela nasib mereka.

Oleh yang demikian, UMNO harus menggunakan peluang ini untuk kembali membaiki imejnya yang semakin buruk! Usahla berdolak dalik,tunjukkanlah keberanian untuk menghadapi kenyataan....atau sememangnya UMNO cuak untuk berdepan dengan kebenaran!

Rabu, 2009 Jun 24

Surat sukma kepada Anwar

Assalamualaikum wr.wbh.

Abang Anwar yang diingati, saya harap Abang Anwar sihat. Saya Alhamdulillah, sehat. Hanya pemikiran saya saja yang kurang sehat, kerana saya masih terkenangkan peristiwa pertama-tama ditangkap polis, dimasukkan ke lokap dan disoal siasat dan yang paling menyedihkan ialah saya dipaksa untuk mengaku dan menandatangani dokumen2 yang kononnya saya ada hubongan sejenis dengan Bang Anwar, Azizan dan Meor, serta Ismail dll. yang saya tidak pernah mengenalinya. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon berjuta2 ampun dan maaf karena telah memburukkan nama Abang Anwar yg mana Abang sendiri tidak pernah melakukannya. Saya harap Abang dapat mengerti kerana saya terpaksa dan dipaksa.
Bang Anwar…..maafkan saya?!

Dihari penangkapan saya saya berada di restoran di Lot 10 dg Kak Mala. Betapa malunya, saya digari tangan dihadapan beratus2 orang dimana saya tidakpun membuat sebarang kesalahan. Selepas itu saya dibawa ke rumah saya di Tivoli dan mereka menggeledah rumah saya dan memecahkan pintu kamar saya. Tak taulah apa yg mereka cari dan telahpun terbukti saya tidakpun mempunyai atau menyimpan apa-apa barang yang salah disisi undang2. Akhirnya mereka mengambil passport, & diary (kosong/hanya alamat) dan album2 lama saya. Kemudian saya dibawa ke Bukit Aman ke tingkat 11 pejabat Tuan Musa dan Tuan Rodwan. Mereka harus mengisi borang penahanan saya, tetapi mereka tidak tahu penahanan saya atas sebab apa. Sebab mereka saling bertanyakan sesama mereka saya ditahan atas sebab apa?! & setengah jam mereka fikir2, akhirnya mereka menulis penahanan saya atas sebab tertentu. Yang mana sampai sekarang puas saya tak tahu. Mereka hanya memberitahu untuk penyiasatan. Begitu juga dgn mahkamah. Beliau tidak memberi tahu sebab penahanan saya. Saya hanya diberitahu ditahan di bawah Akta 177 sahaja.

Di mana ini berlaku dikeesokan harinya dan saya tahu benar mereka mengenali sesama-satu dg rapat (orang mahkamah & Rodwan). Di sini saya rasakan penahanan saya ini sebenarnya ialah "penculikan". Dihari ke 3 saya dibawa kesebuah bilik di tingkat 3, di sini saya ditelanjangi (naked) dgn keadaan aircon. yang sangat2 dingin dan saya disoal siasat dgn cara yg sangat kasar. Dicaci, dihina, dipukul, ditelanjangi, digari oleh 6 orang petugas. Begitu juga dg cermin mata saya dilempar dan diketuk2 ke meja dan lantai. Nasib baik tidak pecah (plastik). Saya tidak dapat berkata apa2 karena hanya tuhan saja yg tahu betapa sakitnya badan, hati dan pemikiran saya pd. ketika itu. Saya kembali ke lokap (sel). Di lokap polis2 bertanyakan samada saya dipukul atau tidak, tapi saya kata tidak, padahal betapa sakitnya badan saya ketika itu. Saya takut menceritakan keadaan sebenar (dipukul) kpd polis di lokap. Takut salah dan takut dipukul lagi. Asma saya pun kambuh lagi dg teruk, kerana pd waktu itu saya hanya memakai seluar dalam saja dg keadaan yang dingin dan lembab di sel (lokap).

Keesokan harinya saya ditemukan dgn seorang doktor forensik untuk pemeriksaan DNA kononnya. Sekali lagi saya ditelanjangi (naked) di hadapan pegawai dan difoto. Mereka mengambil darah saya (tiga botol), rambut saya dan rambut ketiak & kemaluan, tapi yg paling menyedihkan mereka menyuruh dokter TSB untuk memasukkan tangannya (3 jari) ke dalam dubur saya. Ya…Allah, sakitnya! Kemudian saya dibawa ke bilik siasat lagi. Di sini saya dipaksa lagi untuk bercerita mengenai hubungan saya dgn Bang Anwar. Padahal saya telah jelaskan dg sebenarnya bahwa Bang Anwar bukan sekadar Abang Angkat tapi sebagai ayah saya sendiri. Tetapi semakin saya bercerita benar, mereka semakin ganas terhadap saya, dgn memberitahu saya akan ditahan di bawa Akta ISA mereka boleh simpan peluru dirumah atau dikereta saya ataupun mereka boleh membeli 1 peluru untuk menembak saya. (Katanya, peluru murah aje…45 cent). Ataupun saya bercerita kpd mereka dan akan dibebaskan minggu depan. Dari sinilah bermulanya reka2an cerita saya. Semakin saya reka semakin bahagialah mereka. Saya katakan saya ada hubungan dengan Abang sejak mula saya datang ke K.L. sehinggalah ke bulan April yg lalu. Mereka sangat sibuk menulis cerita rekaan saya seolah-olah mereka sedang menyiapkan novel. Dari mula inilah saya dibukakan gari tangan, dibenarkan memakai baju, diberi makan & minum yg enak dan rokok, dengan satu "harapan" saya, saya akan dibebaskan minggu depan.

Setelah seminggu berlalu, mereka masih tetap tidak membebaskan saya dg alasan kerja2 belum siap. Rupa2nya mereka masih belum puas dg cerita rekaan saya itu. Disinilah saya disangkut pautkan dengan nama2 seperti Azizan dan Ismail dan banyak lagi nama2 termasuk semua staff saya baik lelaki maupun perempuan. (Mereka ini benar2 gila!) dan arwah Tan Sri Yahya (sedih saya dibuatnya) tetapi akhirnya mereka memutuskan untuk bercerita mengenai Azizan dan Ismail. Bermulalah cerita rekaan saya lagi sampai mereka pun naik birahi. Dan mereka, terutamanya Rodwan berpuluh-puluh kali agar saya bercerita soal Azizan dg secara terperinci, seolah-olah kita buat bertiga. Setiap kali mereka menyiapkan novelnya, saya sentiasa bertanya bila nak bebaskan saya dan jangan "charge" saya di mahkamah. Mereka hanya jawab, besok…besok…dan besok! Dan mereka bersumpah tidak akan "charge" saya. Hanya dua hari lagi tahanan reman saya akan berakhir. Rodwan datang menemui saya di lokap dan memberitahu saya akan dibebaskan besok dg (satu) syarat saya hendaklah membuat confession (pengakuan) di hadapan Hakim dan harus dititikberatkan (detail) mengenai cerita hubungan bertiga dg Azizan (He said: Please….please….very very detail). Maka terhasillah pengakuan saya dihadapan Hakim (dimana mereka juga kawan rapat Rodwan & Musa, melalui telefon dan perjumpaan dihadapan saya).

Tetapi dasar mereka licik, jahat, penipu dan kejam, dihari2 terakhir (Sabtu) saya dipanggil Tuan Musa untuk charge saya di court. Menurutnya, saya telah membuat kesalahan melakukan hubungan jenis dg you & Azizan. Di sini saya meminta kebenaran untuk tel. Family untuk panggil lawyer. Dia cakap "kamu sudah ada lawyer Ganesan, tapi saya tak benarkan karena Ganesan telah curi Ismail". Dia juga berkata: "Kamu ada lawyer Zulkifli Nordin yg dilantik oleh kakak kamu, tapi kalau gunakan Zulkifli saya akan charge kamu di Alta 377A & B (minimum 5 tahun dan sebat) tetapi kalau gunakan lawyer saya (Polis) awak akan dicharge 377D (minimum 1 hari penjara dan denda)". Dan dengan syarat saya harus mengaku salah, kalau tidak mereka akan tangkap lagi dan charge 377A kes dg Azizan. Dan kalau saya cakap2 atau meminta rayuan kepada lawyer2 sendiri atau lawyer2 Anwar saya akan dicharge lagi dgn 377B. Dari sebab inilah saya mengaku salah di mahkamah, di mana saya terus ditipu bukan 1 hari penjara tapi 6 bulan.

Dari sini saya sudah bertekad untuk melantik Karpal Singh (lawyer) sbg peguam saya mewakili kes saya. Tapi saya tak berkesempatan untuk memberitahu sesiapa. Saya ada berjumpa Karpal Singh di Kajang (kes orang lain). Ingin rasanya berjumpa dgnnya dan terus melantiknya, tapi tak sempat sebab pegawai dari Bukit Aman datang untuk mengambil saya. (Karpal pun melihat pd. masa itu).

Setelah 3 minggu berlalu, keluarlah cerita baru, yaitu Meor, dimana beliau terpedaya seperti saya, tapi dia lebih teruk kerana dia lebih lemah dari saya. Yang saya marah dengan Meor ialah dia membabitkan nama saya (dipaksa oleh Polis). Jadi di sini saya menjadi saksi mereka dan dipaksa agar menceritakan keterbabitan saya. Dimana saya hanya mengenali beliau 5 tahun lalu sebagai tukang jahit dan memperkenalkan pada Kak Izah. Itu saja.

Hai….tak taulah kenapa mereka begitu kejam terhadap Bang Anwar.

Hmm…disinilah saya sekrang (sel no.8) tetapi saya sangat dimanja oleh tuan2 tingkat 11 kerana mereka masih memujuk untuk menandatangani report polis yg saya tidak melantik mana2 lawyer. Dan mereka mengharapkan saya sebagai saksi mereka dlm kes you tapi sampai sekarang saya tidak mau menanda tangani apa2 lagi form. Serik! Jadi saya dibawa jalan2 ke Melaka (shopping), Jasin makan ikan bakar, ke pantai sampai jam 2 pagi. Gila! Saya dipaksa pakai topi supaya tidak dikenali. Minggu depan saya mau dibawa ke Trengganu atau Bandung-Ind. Untuk 3 hari cuti bersama mereka di kampung saya. Tapi saya tidak mau pergi. Sakit hati saya.

Sampai disini sahaja. Banyak lagi cerita yg menyakitkan yg saya tak sempat ceritakan disini. Saya rindu family kita. Take care!

Sembah sujud penuh kemaafan,

Sukma

Isnin, 2009 Jun 22

UMNO TARIK DIRI MANEK URAI!


Nampaknya suasana media tunggangan penguasa agak sibuk kebelakangan ini, "Kerajaan Perpaduan" menjadi topik untuk dihangatkan. Tujuannya jelas, mahu memecahkan pakatan seperti mana terburainya hubungan UMNO-BN.



Aku yakin bahawa pimpinan PAS cukup berhikmah dan berjiwa besar dalam menangani isu tersebut.Pengalaman diterajang sedikit masa lalu pastinya menjadi panduan Tuan Guru Haji Hadi dikala ini. Ilham "Kerajaan Perpaduan" jika diperhalusi dan diperkemaskan ianya sudah tentu menarik, apatah lagi jika ia didebatkan melalui wacana mahupun seminar dikalangan para pimpinan dan ahli parti-parti Pakatan Rakyat terlebih dahulu.Pabila ianya sudah matang barulah dipersembahkan sebagai suatu model pemerintahan baru diMalaysia menggantikan UMNO-BN.



Usahlah dilayan picisan propaganda mainan media sipenguasa.UMNO-BN sepertimana yang kita semua sedia maklum sudahpun berada dalam kondisi gering, segala milik mereka kelihatan akan berakhir.Menjadi lumrah UMNO dulu kini dan selamanya,ketuanan melayu menjadi laungan bagi menyelamatkan kekuasaan yang kian terhakis.Lonjakan kebangkitan rakyat mac 08 cukup membuatkan koporat UMNO senak! lantaran itu ilham Tuan Guru harus dipermainkan agar orang melayu kembali menyokong parti tua itu.



Aku yakin dengan kebijaksanaan Tuan Guru Nik Aziz dan semangat serta berjiwa besar yang dimiliki Tuan Guru Haji Hadi akan dapat menangkis sekaligus menamatkan kemelut ciptaan UMNO ini. Semuga Doa Hishammudin Hussein Menteri UMNO dimakbulkan Allah SWT, PAS tidak akan berpecah! cuma perlu dibaiki sahaja dan bahtera akan kembali meluncur gagah selepas ini.



Seperkara lagi, kiranya UMNO benar-benar ikhlas untuk bersama merealisasikan "Kerajaan Perpaduan", amatlah molek jika mereka tidak turun bertanding diDUN Manek Urai. Ini bagi membolehkan PAS yang telahpun sebati dengan masyarakat diKelantan terus menjalankan pentadbirannya dengan penuh cemerlang.UMNO adalah lebih baik menumpukan kepada isu ekonomi yang kelihatan agak merudum mutakhir ini.




Jumaat, 2009 Jun 19

Undi BN boleh masuk syurga juga - Muhyiddin


Setelah menarik bantuan setiap sekolah agama rakyat bagi memenuhi agenda sulit iaitu menutup sekolah tersebut.Setelah melarang kesemua ceramah dan dialog berkaitan hukum islam, disamping memperlekehkan sistem perundangan agama suci ini.Setelah melancarkan suatu jenis pemahaman islam baru yang kelihatan banyak bercanggah iaitu "Hadhari".


Mereka juga berjaya merakyatkan perjudian dengan melancarkan berjenis-jenis Loteri,melambakkan kedai-kedai mesin slot serta memberi ruang kepada pembinaan pusat judi bertaraf antarabangsa dipuncak Genting. Arak bebas dijual oleh anak-anak islam tanpa mereka sedari melalui pekerjaan di seluruh rangkaian 7-eleven dan stesen minyak negara.


Pusat-pusat hiburan tumbuh dengan subur sehingga bersebelahan Masjid (Bangsar) pernah dianjur pesta buih! wow hebat sungguh islam ala Malaysia!


Maka hari ini, bagi merakamkan rasa begitu terharunya sipenguasa kepada rakyat 1 Malaysianya.....TPM dengan penuh tawadhu mengisytiharkan "UNDI BN BOLEH MASUK SYURGA!" sila rujuk kenyataan penuh dilidah rasmi UMNO-BN UTUSAN.


Pak Long:- Tuuuuuuu Diaaaaaaa