Sabtu, 6 Mac 2010

meludah keatas sibacul yang melompat!


"Kalah mesti kalah punya, tapi mesti lawan!"..itu kalimah berupa ingatan yang aku ucapkan sepanjang kempen PRU-12 Mac 08. Kata-kata itu lahir setelah melalui pengalaman demokrasi ala Malaysia yang sering memberikan medan tidak rata kepada suara pembangkang di Malaysia.


Undi Pos merupakan peti undi pembunuh impian dan suara rakyat.Ianya akan merentap kegembiraan rakyat tatkala mereka cuba meraikan sinar perubahan.Oleh yang demikian, mengharapkan untuk merasai erti demokrasi didalam PRU Malaysia,hanyalah merupakan angan kosong semata.


Namun peristiwa 8 Mac itu cukup mendebarkan, ianya telah menyaksikan suatu kuasa angkuh mula terpukul dengan gelombang suara rakyat. Ternyata suara rakyat itu benar-benar keramat! Penguasa yang sering angkuh mula gusar dengan kebangkitan gelombang perubahan ini,Manakala disebelah Pakatan Rakyat terus meraikan kemenangan meruntuhkan tembok elit sang penguasa.


Kini tarikh keramat itu bakal disambut buat kali kedua, dan ianya disambut dengan iringan tragedi pengkhianatan yang dilakukan oleh politikus tamak.Mereka memberi alasan kononnya hilang percaya kepada Anwar Ibrahim, dan alasan ini teramatlah bodoh!


Perjuangan menuntut perubahan adalah milik rakyat! dan ianya bukanlah milik Anwar. Janganlah cuba untuk menyamakan akal rendah yang kamu miliki itu dengan rakyat wahai pengkhianat sekalian.Rakyat sudah terlalu masak dengan taktik bodoh tajaan UMNO ini. Dasar memperbodohkan rakyat ini sudah difahami dengan baik oleh rakyat terutama generasi baru,selama lebih 50 tahun ini.


Andai kami tewas sekalipun kali ini, percayalah ianya bukanlah penamat segalanya., kerana roh yang tidak aman akan senantiasa menghantui si penguasa zalim! Dan buat mereka yang tidak mampu mengharungi cabaran perjuangan ini dipersilakan keluar. Pergilah melutut dan menyembah penguasa angkuh itu semula,pemergian kalian kusambut dengan meludah keatas kamu!

Tiada ulasan:

Catat Komen