Selasa, 2 Februari 2010

We Will Never Surrender

Hakikat yang terpaksa ditempuh tatkala menentang penguasa zalim, Anwar berdepan sekali lagi dengan lemparan fitnah yang bertujuan menggugat peribadinya. Mungkin bagi ketua-ketua cawangan UMNO dan Pemudanya beranggapan Anwar sedang dibicarakan diMahkamah, tetapi bagi seluruh masyarakat dunia, yang sedang berhadapan dengan penghakiman adalah sistem perundangan Negara.

Mengambil iktibar dari perbicaraan 98/99, pemerhati dunia beranggapan bahawa kes kali ini tidak banyak bezanya. Kalaupun ada sedikit kelainan hanyalah watak-wataknya sahaja, namun dasarnya tetap sama iaitu 'konspirasi politik'. Biar apapun kesudahan kes fitnah ini, agenda perubahan tidak seharusnya terhenti. Biar apapun tekanan dari sang penguasa, jangan sesekali kita mengalah.