Khamis, 2 Ogos 2012

Rohingya

Nama ini sangat asing pada kita berbanding Palestin.Tanyalah pada sesiapapun waimma yang bertaraf Profesor juga akan berkerut dahi bila ditanya tentang "Rohingya".

Tidak seperti kisah Palestin ataupun Selatan Thai yang sudah begitu sinonim dengan kita terutama masyarakat Islam.Kedua tempat ini akan membuatkan kita pantas respon dengan semaksimum mungkin,pelancaran demo,penyerahan memo dan akhirnya membawa kepada kutipan derma.

Rohingya setaraf dengan Palestin dan Selatan Thai,bahkan ia lebih tragik lagi! Rohingya bukan nama sebuah negara atau daerah yang dicerobohi tetapi ianya adalah nama sebuah etnik ataupun kaum yang dicabul,diceroboh dan ditindas hak asasi kemanusiaannya.Walaupun ia tinggal disebuah Negara yang punya seorang pejuang hak asasi manusia dan juga pemegang Anugerah Nobel Keamanan,namun nasib kaum ini tak pernah dibela!

Dalam kebanyakkan kes penindasan kaum,seringkali (entah darimana datangnya kewajipan ini) akan dilaungkan diatas nama agama.Dalam situasi dunia sekarang,aku tak fikir slogan keagamaan itu akan menjadi loceng kecemasan yang sangat berguna.Ia hanya akan menyempitkan lagi isu sebenar! Lihat dalam isu Palestin dan Selatan Thai,pembantaian masih terus berlaku.

Kaitan slogan agama ini hanya akan menghangatkan lagi situasi yang sedang panas.Pihak yang tidak seagama akan mula merasakan bahawa itu adalah suatu isu penganut agama lain dan biarlah mereka selesaikan sendiri.Dan harus diingat bahwa disatu pihak yang kebetulan seagama atau sealiran dengan puak penindas mungkin akan beri kerjasama secara langsung untuk terus menekan dalam misi penghapusan etnik!

Kita harus bertindak lebih rasional dan berhikmah.janganlah kita jadi seperti pemuka politik Myanmar yang kononnya berjuang untuk Keadilan tetapi membisu bila dihadap dengan kes diNegaranya sendiri.Isu ini adalah isu semua kaum dan agama,tidak ada sesiapa yang berkecuali!Penindasan adalah satu hal yang paling keji di muka bumi.

Dengan mengambil pendekatan kebersamaan dalam semua hal,aku amat yakin ianya pasti dapat diselesaikan.

Rakyat Palestin dan Selatan Thai atau dimana-mana muka bumi ini sedang mengharapkan Dunia membantu mereka untuk menghentikan kesengsaraan ini.Sebaiknya mari kita seru penyelesaian diatas nama keadilan!Atas nama peri kemanusiaan! Sepertimana yang ditegaskan didalam setiap agama.

Tidak akan selesai isu penindasan ini jika hanya satu tangan yang mengangkat,sebaiknya kita usahakan agar kedua belah tangan masyarakat dunia terangkat bagi menyelamat sekaligus menghentikan sikap penindasan bangsat ini!

Rohingya perlukan kita semua,semua masyarakat dan agama yang berpegang teguh pada ajaran bahawa perlunya memperjuangkan Keadilan dan mengharamkan pertumpahan darah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan