Sebentar nanti..diberitakan akan ada satu majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, ini akan menjadikan sistem Demokrasi ala Malaysia bertambah unik. Setelah kesemua Negeri naungan Pakatan Rakyat mempunyai 2 Ketua Kampung, kini Perak bakal mencipta sejarah dimana akan punya 2 Menteri Besar. Melihat situasi ini, maka akan timbul persoalan dari mereka yang punya akal fikiran waras...
1.Bolehkah ini berlaku?
2.Mengapa UMNO-BN tidak mahu adakan pilihanraya?
3.Kalaupun dikatakan punya majoriti Dun, Mengapa terlalu gopoh sehingga tidak boleh menanti sidang Dun april ini dan usulkan undi tidak percaya,bukankah itu lebih tertib?
jawapannya mudah sekali:-
1. Boleh! kerana sesuai dengan slogan "Malaysia Boleh!" maka matlamat telah menghalalkan cara. Tidak ada apa yang salah dan pelik sekiranya ia memberi keuntungan pada UMNO-BN.
2.Setelah dilanda tsunami pada 8 mac,diikuti pula dengan kebangkitan luar biasa rakyat diP.Pauh dan K.Terengganu. UMNO sedar bahawa keupayaan Partinya semakin uzur, ini diperakui sendiri oleh Tun M dan beberapa pimpinannya sendiri. Justeru menyedari rakyat sudah mula muak dengan kebobrokkan sistem pemerintahan naungan UMNO-BN , maka pilihanraya bukanlah jalan terbaik buat UMNO untuk mempertahankan kekuasaannya.
3.Sejak bilakah UMNO mengamalkan ketertiban? Kegopohan mereka tanpa menanti persidangan DUN Perak April ini adalah disebabkan, mahu menyelamatkan imej bakal Presidennya yang semakin tercalar. Disamping itu juga,Kemungkinan kantung-kantung mereka telah mulai kering, makanya segala kontrak-kontrak para kroni mesti diluluskan dengan kadar segera.
Demikianlah jawapan untuk ketiga-tiga persoalan diatas, Walaubagaimanapun ramai pemerhati politik meramalkan, sekiranya Jatuh kerajaan pilihan majoriti rakyat Perak melalui rampasan kuasa hari ini, itu petanda jelas bahawa UMNO bakal berkubur pada PRU-13.(lihat semula kenyataan Tun Mahathir)
Salam..
BalasPadamNampak sangat UMNO takut bayang-bayang sendiri..tak pe, tunggu PRU13, insyallah jika dengan keizinanNya maka PR akan memerintah Perak. Sebenarnya ada hikmah tersembunyi dalam kes ni, rakyat makin nampak nafsu buas Najib.
SHANA
amno takut pengecut pilihanraya , guna cara xbermoral rampas kuasa. rakyat makin meluat ngan gelagat pemimpin amno.
BalasPadamA'kum..
BalasPadamPemimpin PKR macam mana plak??
Masa bru menang PRU-13,
Mcm Berok dapat bunga, jalan tak pandang orang dah...
apa beza umno gan PKR ??
Mungkin dulu kita nak bg PKR peluang,..
Apa yang jd kat Selangor skrg???
Yang berkuasa Pegawai PBT pro BN gak..
Lu olang tau memberoktak... tak reti nak mentadbir !!
Salam,
BalasPadamsaya sokong Ku Li.
Orang Melayu asyik bergaduh pasal politik aja.
Baik Umno atau Pr.Alangkah baiknya kita rakyat Malaysia bersatu hati,berpadu tenaga,memerah minda untuk mencipta Malaysia hebat.
syabas....syabas.....!
BalasPadamTahniah kerana rakyat Malaysia akan menjadi lebih hebat dan maju dengan gaduh-gaduh politik