Aku berasa teramat aneh dan adakalanya lucu, bilamana melihat situasi politik negara kebelakangan ini. Aneh bila melihat "sidang media" telahpun mengambil peranan "sidang DUN" dalam menentukan halatuju sesebuah negeri.
Peristiwa diPerak...pasti akan dikenang oleh generasi akan datang sebagai suatu drama sitkom komedi. Masakan tidak, 3 ADUN lompat hanya menyatakan sokongan kepada UMNO-BN dalam "sidang media" sudah mampu membuatkan Dr.Zambry bergelar Menteri Besar. Mungkin Perak akan menggunakan "sidang media" selepas ini bagi membahas usul ataupun pembentangan belanjawan negeri. Ini merupakan suatu pembaharuan apatah lagi "sidang media" tidak punya "TUAN SPEAKER!" yang boleh menggantung mereka.ALAHAI..
DiSelangor agak melucukan perjalanan politiknya saat ini, dimana-mana sahaja ketika ini...baik dikedai kopi, pasar ikan mahupun kebun Abg Din Bunga akan kedengaranlah akan kita kisah "Lembu dengan Lexusnya".Cerita ini cukup menarik minat warga terutama golongan marhaen negeri maju itu, Sungguhpun begitu... alkisah "Apartment Mekah" yang dibeli menggunakan wang kerajaan Negeri (duit rakyat la bro..) tetapi tercatit nama orang persendirian selaku pemiliknya, telah menjadi suatu berita hangat yang menggemparkan rakyat negeri tersebut. Ianya juga membuatkan dahi Jono dan keluarganya berkerut memikirkannya...memandangkan mereka sekeluarga masih tinggal didalam sebuah khemah yang dibina diatas tapak runtuhan kediaman "setinggan" mereka, Sudah tentu amat sukar buat mereka membayang akan rupa bentuk "Apartmen Mekah" yang menjadi sebutan ramai itu.
Manakala melihat kepada kondisi ekonomi negara mutakhir ini, sudah tentu kita tidak dapat lari dari memusatkan perhatian kita kepada Menteri Kewangan - yang diketahui ramai sebagai pengubah gaya hidup rakyat Malaysia.( dia juga dikatakan bijak menghilangkan orang) Khabarnya pak menteri tersebut bakal membentangkan "bajet perangsang mini" ( juga disebut sebagai BAJET MEMBERANGSANGKAN BINI ) demi menyelamatkan ekonomi negara dari terus menjunam kelembah kehancuran.
Akhir sekali berkenaan pilihanraya kecil yang semakin bertambah, Satu ketika adakalanya aku merasa aneh dengan situasi tersebut. Kelihatan seolah, hampir setiap bulan kita akan menghadapi Pilihanraya Kecil. Dan lebih Aneh" sekali bilamana menyaksikan keputusannya yang pasti memihak kepada pembangkang, ermm...apakah rakyat sudah lupa akan jasa UMNO-BN membina jalanraya, court Badminton, Sekolah serta perhentian bas selama ini? Namun aku paling setuju dengan pendapat "Pak Long" aku, bahawa Pilihanraya kecil tidak akan berkesudahan selagi Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri dan Bakal Perdana Menteri UMNO-BN (itupun kalau LAH letak jawatan) menjadi duta Malaysia Ke Monggolia.
salam...
BalasPadamTak tahulah apa jadi dengan Malaysia..banyak pihak lebih pentingkan diri dan tak terima hakikat..kalau dah nampak sokongan rakyat semakin goyah.,mereka seharusnya mencari alternatif mengambil hati rakyat, ini tidak buat plak gaya samseng, esok dalam PRU13 kalah bukan ke memalukan.?
SHANA
taming jebat menulis...
BalasPadamassalam'mualaikum wbt...
sudah lali dikata penderhaka daulat...
sudah buta dan tuli dikata pengkhianat negara, perosak bangsa...
Demi Agama Islam tercinta...
makin semarak untuk menderhaka... untuk mengkhianati... serta menjahanam dan merosakan
pahaman segelintir dari bangsa yang masih ditakuk tidak bertamadum... haprak...
allahuakbar... allahuakbar... allahuakbar...
lawan... tetapppppp... lawan...
wasalam...