Khamis, 19 Februari 2009

ribut diPERAK


Semenjak pengumuman Speaker Dun Perak mengenai penggantungan MB berserta 6 exconya, khabar angin mula bertiup kencang. Khabarnya 2 adun iaitu Hee dari Jelapang dan Dato Nasa dari Bota bakal mengumumkan perletakkan jawatan Dun masing-masing.


Sebelum ini juga, kedengaran 2 ADUN lompat PKR telah menghantar wakil bertemu dengan Anwar sebelum tokoh itu berangkat keDoha. Pertemuan singkat tersebut bagi memohon perundingan antara mereka dan Anwar, namun Anwar meletakkan syarat bahawa mereka mestilah terlebih dahulu mengumumkan perletakkan jawatan mereka dan barulah pintu rundingan dibuka semula.


Kesemua berita tersebut seandainya benar,telah meletakkan KERAjaan UMNO-BN Perak seolah telur dihujung tanduk.Pastinya MB UMNO tidak mahu diadakan persidangan DUN bagi mengelakkan berlakunya usul undi tidak percaya terhadap KERAjaan UMNO-BN Perak. Mengambil kira keputusan Speaker malam tadi, ketika ini kedudukkan kerusi DUN Perak ialah 24 dari UMNO-BN termasuk bebas dan 28 dari PAKATAN RAKYAT. Ini bermakna Pakatan Rakyat kembali menjadi majoriti didalam sidang Dun tersebut.


Maka ketika ini juga, telah kedengaran suatu berita bahawa satu Delegasi dari UMNO telahpun keistana bagi membincangkan isu ini, dan ada kemungkinan mereka memohon untuk membubarkan DUN Perak bagi memberi laluan kepada Pilihanraya tergempar diadakan.


Hmm...melihat kesemua situasi terbaru diPerak ketika ini, Menyebabkan aku mula teringat suatu kisah sejarah lampau yang pernah berlaku ditanah besar CINA. Pada tahun 878 sebelum masehi, telah naik satu kaisar yang bernama Ji Hu menggantikan saudaranya Yi Wang sebagai Maharaja bagi kerajaan ZHOU. Beliau memakai gelaran LI WANG, memerintah selama 30 tahun dan merupakan seorang penguasa yang mementingkan diri sendiri serta hidup boros.


Bangsawan Zhao telah menasihatinya dengan menyampaikan ketidakpuasan rakyat terhadap dirinya. Namun beliau enggan melayan, sebaliknya memerintahkan menangkap dan dibunuh setiap orang yang cuba membicarakan kejelekkannya. Hal ini tentu sahaja meruntuhkan Pamor dinasti ZHOU, sehingga raja-raja kecil dibawah naungannya sudah tidak mahu lagi mengunjungi istana bagi menunjukkan mereka sudah mula hilang rasa hormat.Manakala rakyat jelata sudah tidak berani memprotes maharaja dek kerana mula bimbang akan keselamatan diri dan keluarga.


LI WANG sipenguasa mula mendabik dada kepada menterinya dengan mengatakan rakyat sudah tidak berani membicarakan kejelekkannya.Para Menteri berterusan menasihati sang raja bahawa seorang raja harus memperlakukan rakyatnya dengan baik, kerana kemarahan rakyat dapat menumbangkan sang raja satu hari kelak. Sang penguasa nampak enggan mematuhi nasihat dari para menteri, maka benarlah seperti yang dikata...3tahun kemudian kerajaan ZHOU runtuh melalui suatu kebangkitan rakyat.


1 ulasan:

  1. Salam...
    Saya tak tgok TV sekarang ni apatah lagi baca paper, kiranya saya hanya bergantung pada blogger sahaja..Tapi betul ke perkara ni jadi macam ni, sbb isu yang paling besar dan paling hangat diperkatakan ialah isu Eli, Adun Bkt Lanjan..jadi sedikit sebanyak masyarakat luar tidak memberi tumpuan isu di perak.

    Tapi kalaulah benar seperti dikatakan saudara..rasanya BN belum dapat mengusai Perak sepenuhnya...Hmm macam hukum karma pulak..

    SHANA

    BalasPadam