Rabu, 24 September 2008

UMNO yang rakus

Suhu politik negara mula nampak penurunan, kegagalan mendesak sidang Parlimen tergempar dan menilai tahap keselamatan negara yang wajib diberi keutamaan menyebabkan anwar mula memperlahankan rentak. Namun Anwar tetap komited dengan matlamat penubuhan kerajaan baru.

Sokongan dari pelbagai pihak terhadap usaha Anwar dalam menjayakan misinya, nampak menyakinkan rakyat terbanyak.

Disebelah sana suhunya agak tinggi, Almaklumlah pemilihan bakal diadakan tahun ini, lalu aksi cabar-mencabar kian rancak. Hulubalang-hulubalang yang dahulunya menjadi pak pacak, sudah semakin berani bersuara.

Masing-masing mahu menunjuk siapa lebih UMNO dan siapa yang menjadi "petualang" cuba merosakkan sifat keUMNOan dalam rumah UMNO.

Perebutan ini tidak terlepas dari perhatian orang lama UMNO, malah ada hero-hero purba yang berkokok laksana "ayam pencen" minta disabung.

Demikianlah bila kekuatan menjadi lemah, orang yang dahulu mencium tangan kini mula "memulas tangan". Kalau dahulu disanjung bak bulan purnama, sekarang Ditekan semahunya.

Keputusan Pak LAH melantik Shahidan serta beberapa individu dalam organisasi kerajaan dipandang sinis oleh orang tertentu. Tindakkan ini disifatkan sebagai "kununnya" untuk mempertahankan jawatannya yang kian goyah.

Oleh itu, ada suara-suara sinis yang menyeru kepada Ahli UMNO agar nyatakan sokongan terhadap Pak LAH, kerana ada banyak lagi kekosongan jawatan yang perlu diisi. Sekiranya jawatan tersebut telah penuh, maka akan diwujudkan jawatan-jawatan pelik untuk memberi tempat kepada mereka yang menyokong kepimpinannya.

UMNO oh UMNO....rakus sungguh orang-orangnya...buas sungguh tingkah lakunya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan