Selasa, 16 September 2008

Harapan baru untuk RAYA...



Hari Raya bakal menjelang, persiapan tahun ini pasti bersifat ala kadar. Ini kerana rakyat masih terhimpit dengan beban kos sara hidup yang tinggi.

Sang penguasa jelas gagal mengurus tadbir ekonomi dengan baik. Akibatnya yang paling menderita dengan kos sara hidup yang menggila ini,adalah golongan termiskin dan terpinggir dinegara ini.

Hari lebaran yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan bertukar umpama tragedy dek kerana tekanan kos sara hidup yang maha hebat. Bayangkan dipagi syawal, tatkala kita sedang menjamu selera dengan berpakaian serba baru, mereka hanya menjamah roti bercicahkan air sejuk, Pakaian baru pula hanyalah merupakan mimpi disiang hari.

Namun aku percaya, setiap insan diMalaysia amat prihatin. Diatas kepercayaan itulah, maka "Group Pemikir Muda" melancarkan program mengutip dana.

Program ini dinamakan sebagai "Harapan baru untuk Raya". Manakala Produknya merupakan Sampul duit raya yang simboliknya menggambarkan duit raya.

Harga bagi setiap peket yang mengandungi 10 keping sampul ialah sebanyak RM1.50, Dan RM1.00 akan didermakan pada mereka yang tidak berkemampuan agar dapatlah mereka merasai nikmat menyambut syawal yang mulia tahun ini.

Harapan pada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin, marilah bersama kita menjayakan program ini, dan berikanlah meraka "harapan Baru Untuk Raya".

Sambil kita menyambut hari Lebaran yang merupakan hari kemenangan umat islam dalam perang melawan nafsu, Sambil kita angkat kawan-kawan kita yang miskin untuk bersama merayakan hari mulia ini.

Semoga Allah membalas jasa dan budi para penderma yang budiman.InsyaAllah..

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan sampul duit raya ini, sila hantarkan pertanyaan atau tempahan pada alamat email berikut:-mailto:-pit_putra89@yahoo.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan