Pembubaran DUN Perak merupakan satu pertaruhan besar, sebarang keputusan akan mempengaruhi keputusan Pilihanraya umum ke-13 kelak. Makanya UMNO perlu teliti dalam soal ini, bukanlah suatu yang mudah untuk bertukar menjadi pembangkang setelah 52 tahun berkuasa.
Untuk menguji pengaruh sebelum turun ke gelanggang diPerak, UMNO perlu mencari satu lagi medan pertempuran yang berpihak padanya. Kemenangan diBagan Pinang sukar diolah keberhasilannya memandangkan kekuatan Isa melebihi kekuatan UMNO disana. Oleh yang demikian, menawan kerusi milik pembangkang adalah jalan yang terbaik buat UMNO, apatah lagi jika kerusi itu merupakan kawasan Parlimen.
Umum mengetahui akan keputusan terhadap Tian Chua ahli Parlimen Batu pagi tadi, Tian telah didapati bersalah kerana menggigit seorang anggota Polis sewaktu beliau diheret dan kepalanya dihentak dengan gari oleh anggota polis yang menahan beliau.Tapi siapa Tian untuk mencabar penderaan terhadapnya?
Keputusan Mahkamah pagi tadi sebenarya sudah diduga, kerana Malaysia punya persepsi bahawa seseorang itu akan dianggap jahat dan zalim hanya dengan menolak sebelah tangan anggota polis dibahunya bagi tujuan mempertahankan diri dari terus dibalun oleh anggota berkenaan. Amatlah jarang sekali keputusan berpihak kepada mangsa deraan Polis, walaupun jelas kesan hentakkan dan adakalanya menyebabkan kematian.
Biarlah....berbalik kepada keputusan pagi tadi, berdasarkan keputusan yang lepas, Sudah pastinya hukuman yang bakal dihadapi oleh Tian akan menyebabkan kehilangan kerusi Parlimen Batu. Dengan itu satu pilihanraya kecil akan diadakan disana bagi menguji kekuatan UMNO-BN dalam menyediakan diri mereka untuk bertempur dimedan panas yakni Perak.
Keputusan yang berpihak kepada UMNO-BN nanti akan diguna semaksimum mungkin bagi mempengaruhi rakyat Perak. UMNO perlu menang besar diPerak, ini kerana Najib mahukan mandat baru untuk mentadbir. Najib khabarnya begitu rimas dengan keadaan sekarang, sudahlah kebanyakan ahli MP UMNO adalah orang Pak Lah, ditambah pula dengan kurangnya majoriti penguasaan diParlimen.
Kondisi sedemikian cukup melelahkan Najib, malah ada suara-suara dalam UMNO yang masih mempertikaikan kemampuannya selaku pemimpin parti tertua itu. Untuk itulah Najib mahukan Pilihanraya Umum diadakan segera! dengan cara itu beliau akan dapat menyingkirkan kesemua anasir-anasir buruk dalam mengharungi karier politiknya. Khabarnya kemaraan mendadak Muhyiddin dalam UMNO juga kurang disenangi Presine UMNO itu.
Apakah yang akan berlaku esok?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan