Hari ini aku berkesempatan ngobrol dengan seorang anggota Polis Trafik. Perbualan singkat ini terjadi apabila aku ditahan kerana tidak mengenakan tali pinggang keledar ketika memandu.Setelah mengaku dan menandatangani autograf Trafik, anggota tersebut menanyakan padaku apakah aku orang PKR?
Tergamam sekejap.....aku lantas bertanya kembali padanya,macam mana beliau tahu.Anggota terbabit dengan selamba menunjukkan sticker kecil dicermin kereta aku. Aku senyum dan bertanya lagi apakah beliau tidak selesa dengan lambang itu?
Tau apa yang jadi?? Punyalah tak kusangka..anggota itu dengan lantang memaki hamun UMNO! PERGH....Suspen beb! kata beliau pada aku UMNO adalah sebuah parti yang tidak mengenang budi, tak fikir tentang masalah orang dibawah terutama anggota berpangkat rendah sepertinya. Tambahnya lagi kesengsaraan mengharungi operasi tanpa elaun selain gaji rendah menyebabkan ada anggota yang hilang tumpuan sewaktu menjalankan tugas.
Sebab itulah mereka ketepikan soal prinsip apabila ada yang menghulur. Bayangkanlah pabila ada sesuatu acara besar melibatkan pak-pak menteri atau acara Pilihanraya, mereka anggota Polis terpaksa berpanas dan berhujan mengawal keadaan. Sudahlah tiada elaun, kena maki lagi dengan orang ramai akibat polisi keras pihak atasan PDRM.
Setiap perkara yang diputuskan oleh pegawai berpangkat tinggi dengan Pak Menteri dibuat ditempat berhawa dingin. Tetapi kesan dari perkara tersebut akan ditanggung oleh anggota bawahan sepertinya. Anggota yang hanya bergaji kecil inilah yang akan diherdik dan dimaki orang ramai yang tidak puas hati.
Kata beliau lagi, mereka anggota bawahan kebanyakkannya tidak mengambil kisah dengan caci maki tersebut. Ini kerana mereka sudah mangli dengan kondisi seperti itu, Cuma sedih dengan sikap segelintir penyalahguna kuasa dalam pasukan PDRM telah menyebabkan anggota yang lain menanggung beban. Sayu hati aku dengar rintihannya, sedang aku asyik kusyuk mendengar ceramahnya - tidak perasan akan aku bahawa beberapa anggota yang menjalankan operasi tadi turut berdiri dibelakangku mendengar ucapan berapi rakan setugas mereka.
Mengakhiri sesi perbualan tersebut, mereka menyatakan pada aku bahawa mereka akan menyokong penuh PKR terutama ANWAR IBRAHIM! nak percaya atau tidak terpulanglah. Mereka berharap sangat pada PRU-12 yang lalu Anwar berjaya membentuk kerajaan sekaligus membela maruah mereka yang semakin tercemar.
Sebetulnya acapkali aku mendengar rintihan anggota berpangkat rendah sepertinya.Cuma kali ini rintihan ini lebih keras! Sebab itulah aku tidak pernah pukul rata semua anggota PDRM. Mereka adalah mangsa keadaan, pihak atasan mengaut keuntungan dan nama - tetapi anggota bawahan yang menerima hukuman.
Kepada semua anggota bawahan PDRM, aku mengucapkan selamat bertugas. Jasa kalian sangat besar manakala maruah kalian cukup tinggi ketimbang pangkat pihak atasan anda. InshaAllah kita lakukan perubahan jika diberi kesempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan