Desas - desus pembubaran DUN Perak semakin kencang, UMNO-BN khabarnya sudah giat membuat persediaan untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat. Pembubaran ini sememangnya sudah lama dirancang oleh UMNO memandangkan situasi selepas rampasan kuasa, UMNO terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah yang menyesakkan.
Janji yang ditabur pada ADUN lompat sukar ditunaikan,UMNO berasa begitu berbelah bagi samada mahu mengikut kehendak kedua ADUN itu atupun tidak.Natijah dari keputusan tersebut akan membuatkan UMNO Perak bakal bergoncang. Akar umbi tampak tidak menyenangi pucuk pimpinan baru Negeri tersebut, tambahan pula jawatan Exco gagal diisi dan ditangani dengan baik oleh pimpinan itu sebaik UMNO kembali berkuasa.
Jalan terbaik buat UMNO ialah bersetuju membubarkan DUN dan berdepan dengan kehendak rakyat.Tapi itu bukanlah jalan yang mudah buat mereka, UMNO Perak tercari-cari rentak demi mengekalkan kuasa mereka dibumi Darul Rhiduan itu.
Dalam pada masa itu, kerenah 2 ADUN yang tidak putus-putus menagih janji telah menambah beban UMNO yang sedia ada. Namun melihat kepada keputusan Bagan Pinang, dimana Isa Samad menang bergaya menewaskan PAS. UMNO mahu mengekalkan momentum kemenangan disana bagi mempengaruhi pengundi di Perak.
Lantaran itulah pelbagai persiapan untuk Pilihanraya Negeri mula disiapkan, UMNO mahu menjadikan keputusan Pilihanraya Negeri selaku kayu pengukur untuk Pilihanraya Umum ke-13. Oleh yang demikian, UMNO Perak wajib menang tanpa mengambil kira berapa banyak kos yang perlu dilaburkan. Ada khabar mengatakan, andai Perak berjaya ditawan semula oleh UMNO, Maka Najib akan mengumumkan Pembubaran Parlimen seterusnya menyaksikan Pilihanraya Umum ke-13 berlangsung.
Antara strategi yang diguna pakai oleh dalam menuju kearah pembubaran DUN Perak, kesemua media sudah mula menyerang pimpinan Pakatan Rakyat. Sasaran serangan ini lebih tertumpu kepada Ketua Pembangkang dan beberapa pimpinan tertinggi PKR. Kesemua isu akan dimanipulasi agar rakyat lebih menumpukan kepada masalah yang kononnya sedang membara didalam PKR dan Pakatan Rakyat.
Serangan media ini akan menjadi lebih hebat tatkala tarikh pembubaran semakin hampir, Namun begitu, dipihak Ketua Pembangkang serta seluruh pimpinan PR sudah menghidu akan taktik kotor ini. Anwar sudahpun mengerah jentera PKR bersiap sedia, manakala rakan komponen yang lain juga turut mengambil langkah yang sama. Melihat kepada Anwar, beliau kelihatan sudah begitu bersedia untuk berdepan dengan Pilihanraya peringkat Negeri tersebut.
Sama-samalah kita semua nantikan ulasan dari Tokoh Pembangkang itu berhubung senario terbaru Perak dalam masa seminggu ini.Beliau nampak tidak sabar untuk berdepan parti tertua dalam pertarungan diPerak nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan