Selasa, 20 Oktober 2009

Sabah dan Sarawak

Aku menyambut baik tindakan penguasa yang mengisytiharkan 16 Sept selaku cuti umum.Walaupun dalam pada masa yang sama Tun M dilihat sinis memberi komentar peribadinya terhadap pengumuman ini.

Namun ada ketempangan dalam pengumuman tersebut, cuti itu tidak dilaksana dengan bersungguh oleh penguasa bilamana ianya tidak diwartakan kepada pihak swasta. Jika perkara ini dibiarkan, nampaknya perisyitiharan itu tidak ikhlas sama sekali.Ia bolehlah diibaratkan seperti mencampakkan gula-gula kepada sekumpulan anak kecil yang sedang merengek.

Walaubagaimanapun aku sokong dengan tindakan penguasa mewartakan 16 Sept selaku hari Malaysia. Setelah hampir 50 tahun kita bersama, baru kini kita semua dikenang sebagai keluarga. Inilah hasil dari pemikiran Anwar Ibrahim, jika tidak kerana beliau begitu bersungguh menyebut dan melaungkan kepentingan tarikh itu, nescaya sampai hari ini penguasa tidak akan berusaha untuk meraikannya.

Syabas pada penguasa kerana berani menghadapi kenyataan, walaupun aku berasa pengumuman itu membawa maksud yang tersirat dalam mengekalkan penguasaan mereka keatas kedua negeri kepulauan Borneo itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan