Bagan Pinang sudah selesai,Perhimpunan UMNO pula sedang berlangsung, tiada apa yang menarik melainkan kata-kata berupa retorik seperti selalu.Caci maki terhadap pimpinan Pembangkang sudah sememangnya lumrah dalam Perhimpunan Agung Umno.Cumanya kali ini ada sedikit kelainan, UMNO mula bicara soal perubahan!
Laungan kearah proses perubahan kelihatan tawar, penekanan berhubung perubahan sikap menunggu dan meminta sudah acapkali disebut oleh semua Presiden UMNO sebelum ini.Malah ianya sudah menjadi tajuk yang wajib disentuh dalam kertas ucapan masing-masing. Malangnya perlaksanaan kearah itu tiada.
UMNO kelihatan kali ini sukar mencari rentak 1Malaysia yang menjadi produk barunya.Isu pembelaan bangsa masih menjadi taruhan, sedang sudah 50 tahun berlalu nasib Melayu miskin dan terpinggir kekal mendominasi carta kemiskinan tegar.Kelunakan menghamburkan kata-kata semangat demi menunjukkan kesungguhan kerah pembelaan namun skandal korupsi masih terpalit dimuka.
Isu kehilangan tanah rezab Melayu, kehilangan saham bumiputra serta gejala sosial dikalangan pemuda akibat pengangguran tidak dibicarakan. Plan untuk meraih kembali dukungan anak muda untuk menyokong UMNO kelihatan menaikan sentimen golongan itu kekal menjadi agenda utama.Perlaksanaannya pula dengan menabur gula-gula seperti kononnya menyediakan peluang pekerjaan dilihat jelas tidak realistik.
Umum mengetahui bahawa kondisi ekonomi negara tidak begitu sihat, tambahan pula iklim ekonomi global masih tidak menentu.Dengan mempunyai hasil bumi dan punya dagangan bahan mentah,sewajarnya Malaysia mampu mengekalkan paras KDNK sekitar 5% sekurang-kurangnya.Namun Kerajaan tidak mengambil inisatif untuk mempertingkatkan eksport negara sebaliknya berterusan mencurahkan puluhan bilion wang Negara keatas projek bertaraf meganya.lihat projek F1 Malaysia.
Dengan itu mana mungkin mampu mewujudkan sebegitu banyak peluang pekerjaan? Harapan untuk mendengar para jaguh UMNO menyentuh penyelesaian kepada ekonomi orang Melayu jauh sekali.Yang hanya dikupas lebih berkisar kepada isu menaikkan sentimen kepartian dan kebangsaan yang sudah terbukti tidak kemana.
Karya Ronggo Warsito "Zaman Edan" yang menyentuh perihal sikap masyarakat gemar mengangkat puak zalim, sebenarnya merupakan sebuah karya yang mahu memecah kebuntuan minda takut yang sekian lama membelenggu masyarakat.Menyeru dalam lenggok sastera agar bangkit dari zaman gila dengan berani menolak fikiran jumud.Gesaan dengan keluhan pula semata-mata mahu menyedarkan masyarakat agar berani keluar dari kepungan kezaliman dan berani membuat perubahan kearah kebaikkan.
Jika UMNO benar-benar memahami karya tersebut,molek kiranya para ahli UMNO mengangkat martabatnya dengan menyiasat longgokan harta para pimpinan atasannya selama ini.
WHY THE PAKATAN RAKYAT GOVERNMENT WAS BROUGHT DOWN IN PERAK
BalasPadamhttp://mt.m2day.org/2008/content/view/27901/84/