Sabtu, 30 Mei 2009

Penanti dan harapan


Kesempatan menjenguk kePenanti 2 hari yang lalu, menjadi pangalaman begitu berharga pada aku.Suasana kelihatan suram tanpa perang poster yang ketara,namun jentera PKR tampak cukup semangat menjalankan tanggungjawab masing-masing.Pilihanraya kecil kali ini mencatat sejarahnya tersendiri,UMNO-BN tidak bertanding.Mungkin PKR terlalu banyak menekan siPenguasa, lantaran itulah UMNO seakan merajuk untuk turut serta kedalam PRK Penanti.

Makanya PRK Penanti dilihat seperti raya tanpa ketupat, Mujurlah ada salah seorang dari calon bebas yang mempamerkan ketrampilan laksana UMNO.Keupayaan beliau mengaktifkan bilik gerakkan sendiri serta punya petugas dan mampu mengeluarkan poster yang agak banyak,cukup membuatkan orang ramai merasakan seolah UMNO yang bertanding. Manakala media berterusan memberi liputan agak meluas tentang aktivitinya juga seakan membenarkan tanggapan umum tentang siapa dibelakang calon tersebut.

Hal ini sedikit sebanyak menghidupkan suasana yang agak muram diPenanti.Majlis ceramah dan penerangan disusun dengan rancak.Kehadhiran khalayak kesetiap lapangan ceramah, memperlihatkan bahawa masyarakat setempat amat dahagakan maklumat.Mungkin sahaja mereka jelak dengan laporan media tunggangan penguasa yang sering melapor berita berbentuk picisan serta berat sebelah.

Aku juga berkesempatan menyertai rombongan Anwar ke Kuala Perlis bagi memenuhi undangan ahli UMNO disana.Undangan ini agak berbeza dari sebelumnya, kali ini mereka menjemput Anwar untuk menerima penyerahan mereka untuk bersama berjuang merealisasikan Agenda Perubahan.7 cawangan UMNO bubar serta merta, dicelah-celah keramaian itu…aku melihat dengan jelas riak wajah mereka yang begitu muak dengan politik mainan pimpinan atasan UMNO.

Mereka tanpa rasa gentar telah menempelak sikap UMNO yang gemar bermain dengan retorik.Menyedari ekonomi Negara kian menjunam kesan dari sikap penguasa yang gagal merancang, mereka melaungkan PERUBAHAN! Mereka sudah bosan dengan laporan PM kononnya berjiwa rakyat turun menjengah beberapa kawasan miskin.Sikap itu hanyalah berupa mencari publisiti murahan,cukuplah mengunakan rakyat kelas ketiga sebagai modal politik,sedang kerenah birokrasi dan diskriminasi bukan sahaja pada kaum malah antara golongan kaya,pertengahan dan bawahan masih menebal dalam pentadbirannya.Semua ini mencerminkan pemerintahan pecah perintah yang sekian lama diamalkan kerajaan UMNO-BN.

Melihat keadaan ini, Penanti tidak harus dipandang enteng.Para pengundi mengalas harapan besar rakyat Malaysia keseluruhannya.Peningkatan undi calon dari PKR akan memberi isyarat jelas kepada penguasa…bahawa rakyat menolak polisi 1Malaysia yang kelihatan retorik semata-mata.Hakikatnya UMNO masih bergelumang dengan kerakusan dan kezalimannya.Hak rakyat dicabuli tanpa rasa ihsan,tekanan terhadap suara rakyat begitu kuat sehingga menenggelamkan asas sebenar demokrasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan