Isnin, 12 Mei 2008

ERA BARU: satu Transformasi perjuangan

Mula mengenali erti perjuangan pada tahun 98, dimana satu tragedi "mahazalim" menimpa keatas putera harapan rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim. Peristiwa itu menggegarkan bukan sahaja diMalaysia malah dunia. Ianya menyebabkan jiwa saya begitu memberontak untuk turut sama menyertai ribuan masyarakat prihatin menentang KEZALIMAN.
Ketika itu usia saya hanya belasan tahun. Tetapi semangat yang ditunjukkan oleh saudara yang lebih berusia, benar-benar membakar jiwa muda saya. Saya menanam tekad untuk berjuang sebaik sahaja "Deklarasi Permatang Pauh" dilancarkan. Laungan REFORMASI menandakan para pejuang keADILan bersiap sedia bertempur dengan pendukung"KEZALIMAN".
Maka bermulalah saat gelita, pabila sang penguasa menggunakan kuasa menekan para pejuang serta rakyat yang mahukan perubahan dan keADILan. Siri penangkapanpun bermula dengan Dato Seri Anwar menjadi mangsa pertama diheret,dihumban kedalam lokap dan dipukul setengah mati.
Walaupun pelbagai ancaman dan penindasan diperlakukan keatas kami, Namun dengan "Tekad semangat perjuangan", ditambah kata-kata semangat yang berbunyi cabaran "kalau takut dengan risiko,jangan bicara soal perjuangan" oleh Dato Seri Anwar ibrahim kami pegang sebagai prinsip perjuangan.
Dipihak keluarga, Ayah langsung tidak boleh terima perjuangan yang saya sertai. Baginya perjuangan ini sia-sia dan takkan kemana. Saya tetap dengan pendirian saya, perjuangan ini "Relevan", visinya jelas dan kami pasti berjaya satu hari nanti. Dek kerana ayah kekal dengan perjuangan "kebangsaannya" maka diputuskan hubungannya dengan saya.
Semangat saya semakin membara dengan cabaran ayah, saya tekad memperjuangkan visi keADILan. saya percaya akan ada sinar baru yang akan menjelma satu hari nanti membawa kecerahan kepada perjuangan yang diliputi kegelitaan ini.
Saya harungi perjuangan ini selama hampir 10 tahun, pelbagai keperitan dan kepayahan saya tempuh penuh yakin. tidak pernah terlintas difikiran untuk berundur walau setapak, Walaupun ada teman yang mula lari dari medan perjuangan atas alasan "TEKANAN".
Alhamdulilah, berkat tekad serta berpegang teguh dengan prinsip perjuangan. Tahun 2008 bermula detik baru dalam kehidupan saya. Sinar yang saya harap selama ini mula muncul menerangi perjuangan saya. Kalau dahulu saya dituduh berkhayal kini suara ghaib itu sudah mula berubah nada. Rakan yang hilang mula muncul kembali, Perjuangan yang bermula diatas jalanraya telah diangkat martabatnya oleh rakyat keperingkat pentas bergemerlapan. Saya masih kekal dengan tekad dan prinsip perjuangan yang saya pegang selama ini. saya masih belum puas, selagi keADILan belum tertegak dengan hakikinya bermakna saya akan kekal selaku pejuang. Saya berasa bangga tatkala melihat HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA kini mula menjadi sandaran seluruh rakyat yang mahukan "Ketuanan Rakyat"!
eddieputra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan