Pada malam sambutan tahun baru yang lalu, aku berkesempatan menyusuri segenap lorong dan jalanraya sekitar Kuala Lumpur. Suasana malam cukup meriah, namun bagi aku sambutan Palestin lebih meriah dari mana-mana sambutan negara berjenama negara islam.
Ini kerana kita hanya mampu menikmati dentuman yang disusuli percikkan bunga api menghias angkasaraya, kita terpekik melaung Happy New year sesama sendiri sambil tangan anak muda memeluk erat sikekasih dengan getaran jiwa yang bernafsu.Kesemua ini kita raikan seolah esok bumi yang bulat akan bertukar menjadi petak.
Sedang diPalestin mereka menikmati gemaan bom yang disusuli bebola api menjulang tinggi meranapkan kediaman. Ruang angkasa mereka dihiasi cahaya pantulan-pantulan roket yang mencari mangsa untuk dibedil. Mereka menjerit nama ilahi sambil tangan memeluk ahli keluarga yang saban hari semakin berkurang bilangannya. Kesemua ini mereka hadapi seolah dunia sedang kiamat...seolah sudah tiada esok bagi mereka.
Demikian bezanya sambutan tahun baru antara Palestin dan dunia islam disekelilingnya. Mengapa begitu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan