Selasa, 20 Januari 2009

Rintihan Marhaen



Hari ini hati aku berasa gundah..walaupun ianya sudah lama berkeadaan begitu, tetapi hari ini jiwa aku begitu kacau sekali. Fikiran juga mulai kusut, aku merasa tidak puas!!


Ini semua bermula selepas aku memenuhi 2 temujanji, yang pertama disebelah petang..dimana aku berkesempatan bertemu dengan teman sekampung. Aku punya jadual yang tidak menentu, oleh yang demikian aku agak lama tidak ketemu teman aku ini. Teman ini masih seperti dulu, cuma kelihatan tubuhnya agak susut.


Pak Ya merupakan nama popularnya dikalangan kami..walau usianya sekitar lewat 30an. Namun perwatakkannya menggambarkan beliau tua sebelum usianya. Macam dulu juga, keluhannya tiada beza..kesempitan hidup kesan kejatuhan ekonomi 98 masih dirasai Pak Ya. Baru-baru ini anak perempuannya ditimpa kemalangan yang menyebabkan tumit kakinya terbelah. Belumpun reda kesedihan... Masalah baru pula menjengah.


Kerja sebagai pemandu lori sampah yang baru dijawatnya bakal berakhir. Syarikat mula mengecilkan operasi...akibatnya Pak Ya mula senak..bingung memikirkan nasib anak seramai 4 orang yang masih kecil. Fuh... tersentuh mendengar rintihan kehidupannya...rumah perlu dibayar sewa, hutang kedai perlu dilunaskan dan anak perlu disekolahkan. Isteri hanya punya kepandaian membuat kuih..tapi peluang untuk mendapatkan tapak perniagaan tiada.Kini ekonomi merudum lagi..Pak Ya sudah mula menderita.


Disebelah malam aku berkesempatan bertemu teman sekolah, Osman masih bujang..oleh yang demikian kegawatan ekonomi agak kurang kesannya pada osman. Tetapi Osman tetap memikirkan masa depannya..sampai bila mahu bekerja dengan gaji lebih rendah dari pendatang asing??? Lantaran tidak sanggup diperkudakan oleh majikan, Osman nekad berhenti dan bekerja dikebun. Pada Osman, biar sedikit pendapatan tetapi punya maruah.


Aku mula mengenangkan nasib kesemua teman aku, Mereka bukan lepasan Universiti, mereka tidak pernah membaca karya-karya Syed Naquib Al-attas. Mereka juga tidak pernah sekalipun mendengar apatah lagi mampu menyebut nama William Shakespear dengan betul.


Pemikiran mereka tidak sehebat Bapak Natsir bekas Perdana Menteri pertama Indonesia.Tetapi mereka punya visi!! mereka mahukan Perubahan!! berubah dari kesempitan kepada kelapangan, berubah dari kesulitan kepada kesenangan. Justeru tidak tahan dengan desakkan kehidupan, mereka bingkas bangkit menyahut seruan Perubahan.Dan mereka inilah yang sentiasa berada dibarisan depan tatkala semboyan dibunyikan.


Mampukah mereka mencapai impian tersebut??? Arghh.. aku sulit untuk menberi jawapannya...Fikiranku kusut sekali, memikirkan samada aku layak atau tidak berdasarkan kemampuanku yang amat terhad ini...mampukah aku membantu?? ketika ini aku mula merasakan dunia ini begitu sempit sekali.

1 ulasan:

  1. Membaca artikel tersentuh hati nan sayu, inilah aku, inilah aku....

    Seorang yang drop out, sambung belajara sebagai partimer ..luar kampus, pernah membina emapayar perniagaan lebih 12 tahun lebih, menyahut seruan perjuangan, sehingga dikejar tak dapat, digendong keciciran, perniagaan musnah sebab agen UMNO mensabotaj sebab banyak perniagaan berkaitan kerajaan.

    Berusaha, kembali tegak seperti orang lain, dan kini juga adalah petani dari IT ke Agro... lawat it2agro.wordpress.com, itulah aku.

    Isteri seorang graduan, namun amat setia bangun walau ahli keluarga lain berjaya mereka tidak lupa, mereka hadir membantu, demi menjaga maruah sebagai suami tidak semua bantuan aku terima melainkan tersepit, aku terus berusaha sebagai ketua keluarga.

    Alhamdullilah, ahli keluarga membekalkan 13 ekar untuk diusahakan dan 36 ekar lagi menanti kelulusan pihak berwajib untuk urusan perkembangan. InsyaALLAH.

    BalasPadam