Rabu, 21 Januari 2009

NAJIB MENCARI..ZAHID DAH JUMPA!!!


Zahid Hamidi dikatakan mempunyai asas didikkan islam, jadi sudah tentu Zahid tahu makna perkataan ZALIM dan akibatnya dalam islam.Menyingkap perjuangan Zahid sewaktu 98...Zahid berada dalam kem Anwar. Aku begitu takjub sekali dengan keberanian tokoh ini bila melihat ketegasannya sewaktu menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia waktu itu.


Beliau dengan beraninya menyanggah keputusan Dr.M memecat Anwar, beliau berjanji akan terus mempertahankan Anwar dan menegakkan keadilan untuk tokoh itu. Akibatnya Zahid ditahan dibawah akta paling adil dalam dunia ISA selam 6 hari, Dan yang paling aku kagum sekali pada Zahid ialah...sebaik dibebaskan dari tahanan 6 hari..Zahid dengan terketar-ketar menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi pada Dr.M. Perghh..Berani betul!! inilah pejuang UMNO namanya.

Apapun peristiwa itu telah berlalu, Anwarpun sudah kembali keParlimen. Tetapi aku sekali lagi terpegun dengan Zahid, disaat Najib hampir gugur segala bulu dikepala memikirkan "Formula" bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada parti tertua itu, Zahid sekali lagi menunjukkan kejaguhannya. Tanpa diminta oleh sesiapa, Zahid terus mewartakan strateginya dalam menawan hati rakyat!!

Adapun "Formula" tersebut merupakan strategi lama UMNO tiap kali menerima kekalahan,dimana ianya pernah diguna pakai sewaktu Terengganu jatuh ketangan PAS pada tahun 99. Waktu itu Royalti diganti dengan"Wang Ihsan" bagi menggambarkan kasih sayang kerajaan pusat kepada pimpinan UMNO Terengganu yang telah kehilangan punca pendapatannya. Dan kali ini Zahid mengadaptasikan "Formula" tersebut dengan menghalang bantuan kerajaan pusat serta menyekat kesemua agensi daripada bekerjasama dengan kerajaan negeri pilihan rakyat.HAAA...Inilah apa yang disebut sebagai "Demokrasi Terpimpin"..ada kesinambungannya

Setelah rakyat penat beratur membuang undi dan memilih parti selain UMNO untuk merubah nasib mereka, setelah rakyat dan kesemua parti pembangkang begitu tawadhu mengikut telunjuk sistem demokrasi Malaysia..dan setelah rakyat bersusah payah membayar cukai seperti yang ditetapkan oleh kerajaan pusat. Zahid telah menggunakan kebijakkan yang tiada tolok bandingnya.. merampas hak tersebut dengan begitu adil dan Demokratik sekali.

Aku kira..Zahid amat sesuai sekali untuk menjadi Presiden UMNO!! dengan tahap inteleknya itu..aku yakin Zahid mampu menjenamakan semula UMNO sebagai sebuah parti..... dan aku juga sudah dapat membayangkan kemana nasib UMNO selepas itu. Apapun...buat Zahid aku ucapkan TAHNIAH!! Bravo!!

2 ulasan:

  1. Zahid bukan seorang benar dalam kata-kata, baiknya Zahid atau tidak tapi orang kampung dia sendiri tak sukakannya

    BalasPadam
  2. PakKaramu

    sebenarnya orang kampung ana pun tak suka zahid, yang pelik tu...kampung ana kat penang.apa kene diaorangpun tak suka zahid juga??

    BalasPadam