Ahad, 18 Januari 2009

PAKATAN RAKYAT:-SUDAH SAMPAI MASANYA..


Kemenangan diKuala Terengganu...apa lagi yang nak dikata? Yang pasti ialah dasar UMNO-BN terlihat semakin jelas ditolak rakyat. Setuju! dengan pendapat Anwar bahawa rakyat "dahagakan perubahan", makanya kemenangan semalam harus menjadikan Pakatan Rakyat lebih serius menjana agenda perubahannya.


Perisytiharan "Majlis MB-KM" yang disepakati oleh 4 Menteri Besar dan 1 Ketua Menteri dari kerajaan Pakatan Rakyat baru-baru ini, merupakan langkah yang paling bijak sekali bagi merealisasikan kerajaan Pakatan Rakyat. Dengan adanya Majlis ini akan memudahkan negeri-negeri yang dinaungi Pakatan Rakyat menyelaraskan dasar dan perlaksanaan kearah negeri berkebajikan.


Kita harus menunjukkan kesediaan dan kemampuan kita yang sekarang ini dilihat sebagai Kerajaan ke-2 dalam Negara. Untuk itu aku merasakan adalah amat baik sekali, sekiranya majlis ini juga ditubuhkan disetiap kawasan dan bahagian Parti-parti Pakatan Rakyat. Dengan menyatukan jentera parti-parti ini akan lebih memudahkan segala program Kerajaan Pakatan Rakyat serta maklum balas dari masyarakat tentang sesuatu program pembaharuan yang dijalankan akan lebih mudah penyampaiannya.


Dengan penyatuan ini juga, Pakatan Rakyat lebih mudah mendepani dan menjawab sekaligus menangani sesuatu isu yang cuba dibangkitkan oleh pihak sebelah sana dengan lebih berkesan. Aku juga berpendapat, sudah sampai masanya kita duduk bersama selaku sebuah badan informal dan menggunakan satu lambang tanda penyatuan kearah "PERUBAHAN".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan