Isnin, 12 Januari 2009

BERTEMU JANJI ALLAH

(gambar kenangan dimalam karyawan,Allahyarham 3 dari kiri)
Seawal pagi tadi,aku menerima satu pesanan ringkas (sms) yang cukup mengejutkan . Berita pemergian Encik Ameruddin kasim Ketua Bahagian PKR Subang kerahmatullah pada jam 4:30 pagi diHospital Tawakkal Kuala Lumpur.


Memandangkan aku punya hubungan yang cukup rapat , maka aku cukup terkesan dengan pemergian mengejut beliau. Mengenang kembali kesungguhan beliau dalam mengharungi perjuangan yang tidak berkesudahan ini dimana.. beliau terpaksa memegang jawatan Ketua Bahagian disaat parti dalam keadaan nyawa-nyawa ikan serta tiada siapa yang mahu dan berani memikul amanah tersebut.Hanya Bersandarkan kelayakkan selaku Pengawal keselamatan disebuah Apartment sekitar Subang, Beliau terkontang-kanting seorang diri mempertahankan Bahagian agar terus bernafas diParlimen Subang.
Dengan hanya menggunakan motor kapcainya yang agak uzur itulah.. beliau kehulu-hilir memenuhi jemputan yang biasanya datang dari rakan pimpinan PAS kawasan.Untuk merencana program parti, beliau sendiri mengakui tidak punya kepandaian berbuat demikian.Pernah sekali beliau berpakat dengan beberapa orang teman dan pimpinan PAS kawasan untuk menganjurkan program ceramah yang melibatkan Dato Seri Anwar tanpa kelulusan permit Polis, Walhasil beliau ditahan malam itu dan dikenakan wang jaminan sebanyak RM2000.Mujurlah isterinya ada mempunyai sedikit simpanan, maka digunakan wang tersebut bagi membebaskan Encik Amer.


Malah aku masih ingat diawal pertemuan kami, beliau berkata "Tolongla bantu abang kat Subang ni, Takde sape dah...abang sorang je." Disebabkan aku tinggal di DUN Paya Jaras salah satu DUN dibawah Parlimen Subang, maka aku diarah oleh Pak Din Merican yang merupakan salah seorang Pegawai Dato Seri Anwar agar membantu jentera Subang pada PRU-12 yang lalu.


Sebaik melapor diri pada Encik Ameruddin dan mendengar rintihannya, aku lantas membalas kata-katanya :"baik bang, jom kita bina semula PKR Subang!" Kemenangan yang tidak dijangka kali ini telah menyebabkan Encik Amer mencadangkan aku agar memangku jawatan ketua AMK Subang bagi membina semula sayap bahagian itu. Namun , mungkin jiwa aku tidak sesuai disamping kurangnya ilmu untuk berpencak dipentas Politik...maka aku memilih untuk melepaskan jawatan tersebut. Pun begitu Encik Amer enggan menerimanya, beliau mendesak agar aku fikir dan tarik balik keputusan tersebut.
Beliau mengakui bahawa beliau bodoh serta tidak punya kelulusan akedemik, namun beliau cukup kesal selama ini hal itu tidak diendahkan, tetapi sebaik menang kelayakkan beliau mula dipertikaikan.Keperibadian beliau diperlekehkan oleh mereka yang kembali semula setelah parti mula berada dipuncak kuasa.Sungguhpun berasa kecewa dengan layanan yang diterimanya, beliau tetap komited menjalankan amanah. Ini dibuktikan, apabila beliau sanggup ketepikan kesihatan diri dengan curi keluar beberapa kali dari Hospital demi memenuhi tuntutan program Parti, malah beberapa minggu lalu beliau lari keluar dari hospital untuk menghadiri mesyuarat agung bahagian. Pada malam itu jelas kelihatan beliau begitu uzur, langkahnya mulai longlai..dan ada ketika hampir jatuh.

Bagi aku, Encik Amer seorang pejuang tulen.beliau berjuang sehingga hembusan nafasnya yang terakhir pagi tadi. Kini beliau sudah bertemu dengan janji Allah, daripadanya kita datang maka kepadanya kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.


Al Fatihah

1 ulasan:

  1. ASsalamuakum,

    Ramai yang berdukacita dengan pemergian beliau,
    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

    A&A

    BalasPadam