Selasa, 27 Januari 2009

Tajol tak GELABAH???


Dewasa ini senario politik terutama diPerak cukup menggemparkan, seluruh rakyat gempar kerana terlalu lama menantikan peristiwa lompat ini..walaupun ianya berlaku diperingkat DUN, namun ia boleh dianggap sebagai langkah awal untuk menyaksikan perubahan yang lebih besar.

Diperingkat UMNO pula kelihatan situasi ini cukup menggusarkan mereka, walaupun cuba dinafikan oleh bakal Presiden UMNO ...namun sikap "menggelabah" UMNO Perak yang berbondong seramai 20 ADUN kerumah Bakal Presiden itu jelas mereka sedang berada dalam kondisi cemas!!

Umum mengetahui...walau semua ADUN UMNO melompat pindah ke Pakatan Rakyat, Kedudukkan Tajol Rosli selaku Ketua Pembangkang diDewan Undangan Negeri Perak sekalipun tidak akan terjejas. Adalah dangkal sekali sekiranya mengaitkan pemindahan ADUN dengan kedudukkan Tajol diPerak.

Oleh yang demikian, sekiranya benar UMNO Perak tetap utuh dan kukuh semangat persaudaraannya, apa perlu lagi mengangkat sumpah taat setia didepan Bakal Presiden itu?? Tidakkah tindakkan bertemu dengan tergesa-gesa telah mengganggu Bakal Presiden tersebut untuk membuat persiapan menaiki takhta MAC ini? Ataupun bakal Presiden ini juga bimbang akan menerima nasib seperti Presiden sekarang yang terpaksa ditarik turun oleh ahli dek kerana kegagalannya mempertahankan "Ketuanan UMNO"?




PS:- bak kata pak Long aku yang duduk diKundang " tak mengelabah Tok Nek Hang!!!"

3 ulasan:

  1. salam..
    Dia mesti gelabah punya...kita pun nampak, fitnha terhadap PR perak semakin menjadi2 sejak kebelakangan ini.

    SHANA

    BalasPadam
  2. shana,

    lagi fitnah..lagi ramai keluar hahaha..nantikan berita baik dari PR dalam minggu ini. Pastinya lebih mencemaskan UMNO-BN

    BalasPadam
  3. Salam..
    Thanks sebab respon, kami satu pejabat tahu saudara eddie sibuk, tapi tak sangka respon komen saya...

    Kami tak sabar artikel seterusnya..

    SHANA

    BalasPadam