Maka bertebaranlah apa yang disebut oleh Ezam sebagai rahsia besar Anwar Ibrahim, satu surat bertulisan tangan yang merayu simpati kepada orang yang dianggap sebagai bapa, agar meredakan sedikit tekanan yang sedang dihadapinya.Dalam surat itu juga, Lantaran terlalu bingung dengan punca konspirasi yang ditimpakan keatasnya, Anwar merayu sedikit ruang agar dapat membela diri.
Pun begitu, Anwar yang sebagaimana yang kita tahu pada saat itu, beliau cukup hebat diasak oleh media manakala jaminan keselamatannya juga kelihatan rapuh..namun Anwar masih mampu mengucapkan terima kasih malah tidak akan sekali-kali melupakan jasa DR.M yang telah mendidik dan memberinya peluang selama ini. Demikianlah rintihan dari seorang yang teraniaya kepada orang yang menganiayanya.
Pada mulanya aku sangkakan kandungan surat tersebut berupa pengakuan Anwar kepada DR.M berkenaan tuduhan salahlakunya.Maka Anwar merayu pertimbangan agar diampunkan serta dibebaskan dari tuduhan tersebut. Namun aku hampa..
Kehampaan aku ini samalah seperti hampanya aku menantikan perihal dokumen rasuah sebanyak 6 kotak itu. Tapi bila dimaklumkan bahawa, segala dokumen itu masih berada dalam simpanan Anwar, aku kembali menarik nafas lega. Ia nampaknya masih selamat, sekiranya aku ditempat Anwar..aku juga akan mengambil langkah sedemikian. Apa jaminan kes itu akan disiasat secara telus, sekiranya dokumen itu diserahkan? Apa yang berlaku dengan laporan rasuah setebal 600 muka surat yang punya kaitan dengan Pak Lah serta menterinya? Bukankah Ezam sudahpun membuat laporan polis dan BPR? Mengapa ia dipendam begitu sahaja? Dan mengapa Ezam pilih UMNO sebagai parti untuk Reform, sedangkan Ezam punya bukti Parti itu berat dengan Korupsinya?
Seandainya aku berada ditempat Ezam, sebaik sahaja aku melihat fail Rasuah sebanyak 6 kotak itu, sudah tentu UMNO bukan pilihan aku. Walaupun aku tidak sebulu dengan Anwar sekalipun, aku akan berusaha cara lain..mungkin aku asas parti sendiri ataupun lawan Anwar dari dalam. Tetapi untuk menyertai kembali parti yang sarat dengan PARA KORUPTORnya itu..tidak sama sekali!!
Kalau Ezam meminta aku menilai Anwar berdasarkan surat tersebut, Penilaian aku ialah Anwar merupakan pemimpin berjiwa besar dan berhikmah.Walaupun diterajang oleh orang yang pernah dianggap selaku darah daging sendiri, namumn jasa yang pernah ditaburkan keatasnya tidak sekalipun Anwar melupakannya.
Bagi aku, Ezam lah seorang yang Munafik!! dulu bermatian menyerang dan membongkar korupsi, tetapi kini bernaung dengan manja dibawah ketiak para koruptor.Prinsip apa yang Ezam pertahankan? apakah dengan pembentangan SPRM yang belum teruji itu sudah boleh mendabik dada mengatakan ianya merupakan Reform besar?? Nah! kalau benar SPRM itu punya kekuatan untuk menentang badai korupsi, aku fikir lebih baik Ezam sendiri yang mengujinya, dengan membuka semula laporan yang pernah dibuat keatas menteri oleh Ezam sebelum menyertai UMNO sedikit masa lalu. Lihat keberkesanannya, sekiranya SPRM juga gagal bertindak, aku kira Ezam harus keluar dari UMNO semula seperti mana ia keluar dari keADILan dahulu.
(nasib anwar lepas kirim surat pada Dr.m)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan