Setelah rebah secara tiba-tiba semalam, aku terpaksa membatalkan beberapa aktiviti rutin bagi memberi ruang pada tubuh merehatkan diri. Namun berita perjalanan politik tanahair tetap aku ikuti...dan aku berkeyakinan penuh bahawa PILIHAN RAYA BELUM TAMAT!!
Hari ini dalam keadaan masih lemah, aku menggagahkan diri memenuhi tuntutan jadual. Kali ini aku meyusuri kehidupan yang aku kira merupakan cerminan kehidupan aku sendiri, dimana pagi tadi aku berkesempatan melawat dan menghantar bantuan yang tidak seberapa kepada sebuah kampung kecil dan terpencil. Melihat kehadiran aku yang sudah agak lama tidak muncul, beberapa teman lantas menyambut dengan persoalan :-kemana menghilang? ermm...persoalan itu mudah aku jawab, cuma soalan bagaimana dengan permohonan kampung kami? ramai anak muda kampung sudah tidak punya kerja, ada peluangkah untuk mereka yang ditawarkan oleh kerajaan?
Waduh!! sukar sekali untuk menjawabnya..ini kerana aku juga belum terdengar sebarang pakej rangsangan yang dibentangkan oleh mana-mana kerajaan bagi menangani permasalahan tersebut. Mengapa begitu? Di Malaysia biasanya dalam menghadapi kondisi ekonomi yang gawat. Kerajaan terlihat lebih menumpukan usaha bagi menyelamatkan empayar koporat, mereka agak kurang menyediakan pelan ransangan untuk Industri kecil dan sederhana secara bersungguh.
Berbeza dengan Singapura yang begitu pantas menyediakan pelan kecemasan bagi mengawal Industri Kecil dan Sederhananya disamping menyediakan pakej rangsangan kepada empayar koporat tatkala berdepan dengan situasi kegawatan ekonomi. Langkah ini bertujuan menstabilkan ekonomi serta mewujudkan kondisi ekonomi yang seimbang ,Menyedari IKS merupakan aset yang bakal berkembang sebagai suatu empayar ekonomi baru manakala Ianya 100% dimiliki usahawan dalam negara, maka kewajipan melindungi serta mengembangkannya adalah langkah paling bijak dalam mengurangkan kebergantungan ekonomi negara terhadap persekitaran ekonomi global yang sering tidak menentu.Demikianlah kebijakkan pencatur kewangan negara kecil itu yang kuanggap cerdik dalam memperkasakan kuasa ekonominya.
Melihat senario terkini ekonomi global, aku sedang mengamati langkah-langkah yang bakal diambil oleh 2 kerajaan. Bn diperingkat pusat manakala Pakatan Rakyat diperingkat domestik, hmm... siapa yang akan begitu berani melabur wang rakyat demi menyelamatkan IKS? mungkin ada yang tidak sedar.. menyelamatkan IKS samalah dengan menyelamatkan "EKONOMI RAKYAT". Untuk itu..aku lebih cenderung memusatkan pemerhatian aku kepada kerajaan KE-2.Mampukah mereka??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan