Selasa, 6 Januari 2009

Perang sudah mula!!




Sepatutnya ketika ini aku sudah berada di Kuala Terengganu, namun diatas beberapa masalah dari segi teknikalnya telah memaksa aku membatalkannya disaat akhir. Walaupun tidak berkesempatan bersama di pusat penamaan calon , berita berkaitan suasana penamaan calon tetap aku ikut melalui tulisan berita yang pastinya bukan dari utusan dan berita harian.

Penarikkan diri saat akhir calon AKIM aku kira ianya mungkin satu petanda baik buat PAS. Kini tersenarai 3 calon untuk rakyat Kuala Terenganu membuat pilihan, samada masih mahu kekalkan BN yang telah jelas kebobrokannya atau mahu PAS kembali mengisi ruang selaku wakil mereka diParlimen.



Dakwaan mantan Perdana menteri selama 22 tahun itu, bahawa calon BN kali ini merupakan proksi juak-juak penganjur Piala Moonsun, amatlah wajar untuk direnungi oleh pengundi terutama ahli UMNO K.Trgn. Sehingga kini para pimpinan tertinggi UMNO masih belum menjawab dakwaan dari Tun Mahathir, yang dijawab hanyalah berupa jaminan pekerjaan buat calon UMNO sekiranya menang Pilihanraya kecil ini.

Nampaknya calon UMNO sudah punya masa depan yang cerah, sekiranya menang PRK..maka jawatan Timbalan Menteri akan dikembalikan semula padanya. Bagaimana pula dengan nasib rakyat K.Trgn?? Apa pula jaminan kerajaan UMNO-BN untuk mereka? Apakah ada jaminan pekerjaan untuk anak muda yang masih menganggur diKuala Terenganu??

Nah! kini gendang sudah dipalu, tanda perang sudah bermula!! Malam ini kita sudah boleh menonton propaganda dari UMNO melalui TV milik penuh rakyat MALAYSIA- RTM. Tidak ketinggalan juga beberapa stesen tv swasta yang dilembu cucuk hidungkan oleh UMNO-BN akan turut membuat lintas-langsung propagandanya dari Kuala Terengganu.

Buat seluruh Rakyat Kuala Terengganu aku ucapkan selamat mengundi, dan tidak lupa juga para peniaga gerai dan warung sekitar K.Trgn selamat mengira keuntungan!!!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan