Rabu, 3 Disember 2008

Dulu: Anwar Ibrahim Kini: Zaid Ibrahim


Setelah 10 tahun, kini ianya kembali lagi! kalau dahulu mangsanya ialah Anwar Ibrahim kini Zaid Ibrahim.
Melihat kepada hukuman yang dijatuhkan kepada dua tokoh ini, jelas mereka dihukum akibat cubaan mereka menegakkan kebenaran. Cuma alasan bagi menghalalkan pemecatan agak berbeda.


Menyingkap sejarah hitam 98, Anwar yang sewaktu itu memakai gelaran Timbalan Perdana Menteri telah dihakimi didalam mahkamah UMNO. Mahkamah UMNO telah dengan sewenangnya menjatuhkan hukuman tanpa memanggil sekaligus memberi ruang pada Anwar membela diri.

Manakala Mahkamah Persekutuan hanyalah merupakan pentas untuk mengesahkan keputusan Presiden UMNO dalam kamar mahkamah UMNO yakni "Majlis Tertinggi".


Agen Negara asing serta Peliwat, merupakan tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Anwar ketika itu. Walaubagaimanapun bukti terhadap kesemua tuduhan tersebut masih kabur hingga kini.


Yang pastinya pemecatan Anwar adalah disebabkan keengganannya selaku Menteri Kewangan, mengikut telunjuk perakus-perakus UMNO memBail-out syarikat Kroni mereka.Selain itu Anwar juga dilihat sebagai pesaing terdekat untuk jawatan Presiden sekaligus ianya merupakan ancaman pada mereka siperasuah.


Dalam kes Zaid, alasan yang diberikan cukup dangkal. Hanya kerana mengunjungi Kongres Parti lawan, Zaid sudah terhumban dari pentas politik parti tertua itu. Sikap Zaid yang open minded itu, dikatakan telah menyalahi etika UMNO.


Kiranya dikaji secara lebih mendalam, Zaid diterajang adalah disebabkan beliau terlalu vokal mempertahankan hak asasi manusia. Hak yang selama ini dicabuli UMNO dengan menggunakan alasan "Keselamatan Negara".


Zaid juga menggunakan posisinya selaku Menteri Dijabatan Perdana Menteri. Dengan memegang portfolio perundangan, Zaid telah cuba menyelamatkan sistem kehakiman dan perundangan Negara dari terus menjunam kelembah kehancuran. Untuk itu beliau kehilangan jawatan Menteri dan Senator, Terbaru beliau dipecat dari UMNO.


Secara peribadi aku amatlah mengharapkan Zaid dipecat. Ini kerana, kesemua pengorbanannya tidak akan dihargai oleh Parti Kebangsaan itu. Sebaliknya Zaid akan dilihat sebagai musuh nombor satu mereka.


Aku berharap Zaid memilih PKR untuk dijadikan landasan terbaru perjuangannya selepas ini. Buat Zaid,aku doakan kejayaan, sertailah Parti keADILan Rakyat "Anda mampu mengubahnya".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan