Selasa, 25 November 2008

MEMIMPIN HARAPAN RAKYAT


"Memimpin Harapan Rakyat" merupakan tema pilihan AMK Malaysia pada Kongres kali ini. Pemilihan tema tersebut merupakan kesinambungan tema kongres tahun lalu iaitu "Daripada Harapan kepada Kemenangan".















Umumnya kejayaan PKR,DAP dan PAS dalam PRU-12 mac lalu telah berjaya membentuk 5 kerajaan negeri berserta 81 kerusi Parlimen, sekaligus menafikan majoriti dua pertiga BN. "Daripada Harapan Kepada Kemenangan" telahpun menjadi realiti, Laungan "Harapan Baru Untuk Malaysia" menjadi dorongan kepada rakyat untuk melakukan perubahan drastik dalam PRU-12 yang lalu.
















Maka dengan lonjakkan kebangkitan rakyat dalam PRU-12 lalu, satu gagasan yang dinamakan "Pakatan Rakyat" telah dibentuk melalui kesepakatan PAS,DAP dan PKR. Gagasan ini menjadikan agenda perubahan selaku matlamat bersama dalam mengharungi perjuangan membela nasib rakyat serta mengangkat martabat Negara.















Peristiwa paling manis pada PRU-12 antara ialah PKR, parti yang dianggap parti paling muda berdasarkan usianya yang baru sahaja mencecah 10 tahun telah diangkat menjadi peneraju kerajaan "Pakatan Rakyat" diNegeri yang cukup terkenal dengan nama jolokkannya "Crown State" yakni Selangor.















Selangor sebenarnya bukanlah Negeri sasaran untuk dirampas pada PRU-12, Gabungan parti PKR,DAP dan PAS meletakkan harapan untuk menjadi "Pembangkang yang kuat" di Negeri mahkota Malaysia itu. Tetapi seluruh rakyat Selangor yang sudah jelek dengan sikap angkuh pemimpin BN telah memilih PKR,DAP dan PAS untuk menjadi Kerajaan baru sekaligus mengubah nasib mereka yang terhimpit ditekan pembangunan tidak seimbang amalan kerajaan terdahulu.















50 tahun duduk dibawah kerajaan BN Selangor, masih terdapat sebuah (mungkin lebih)perkampungan yang tidak pernah merasa air dalam besi (air paip),ada kampung yang tidak punya geran tanah walaupun telah hampir 20 tahun menetap dipenempatan tersebut. Dan yang menariknya kampung -kampung ini hanya 25 minit jarak masa perjalanan kekuala lumpur. Selangor Maju alahai...















Justeru itu akibat ditekan sekian lama, Rakyat hampir tidak mampu lagi untuk bertahan. Mereka mahukan pembelaan segera! walaupun mereka tahu bahawa usia kerajaan negeri baru beberapa bulan memerintah.







Nasihat Ketua Umum pada Kongres baru-baru ini yang menyentuh isu perubahan amat menarik. Anwar menasihatkan bahawa tidak mungkin boleh berlaku perubahan secara mendadak. Ini kerana, Perubahan itu sendiri perlu berterusan.


Oleh yang demikian, kita tidak harus gopoh dalam merangka dan menjana agenda perubahan. Ianya mestilah digerak dengan strategi agar tidak tempang. Sewajarnya kita hendaklah duduk bersama bagi menghayati agenda perubahan yang telah dan mahu kita bawa sekaligus mengorak langkah dan menterjemahkannya dalam mentadbir Negeri,Negara mahupun kehidupan.


Dengan cara itu, InsyaAllah... hal-hal yang menjadi beban pada rakyat terbanyak mampu kita redakan sekaligus menyelesaikan. Inilah makna "Memimpin Harapan Harapan Rakyat" pada hemat saya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan