Pertamanya aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Rakyat kerana menjadi antara yang terawal mengucapkan salam hijrah kepadaku.
Pada tahun ini sambutan maal hijrah begitu bermakna, aku melalui proses ini pada 8 mac yang lalu. Banyak sekali peristiwa manis sebelum tarikh itu meninggalkan aku.Sebelum tarikh itu aku punya tali persaudaraan yang cukup utuh, bilangan kami tidaklah ramai... namun persefahaman terutama dalam menghayati erti perjuangan begitu mendalam.
Pertemuan saban hari di sebuah warung kopi kampung, sering disulami dengan gelak ketawa.Walaupun ketika itu kami ditindas dan ditekan penyokong penguasa. Ada teman yang dirobohkan rumahnya disaat seluruh umat islam bakal menyambut ramadhan akibat kerakusan penguasa bertopengkan pembangunan, Ada yang terpaksa kais-pagi makan pagi dek kerana perniagaan merudum teruk akibat menentang kebobrokkkan penguasa, Ada yang masih tinggal diatas tapak berstatus setinggan..walalupun telah meneroka berpuluh tahun, Manakala aku tinggal disebuah perkampungan yang masih tidak bergeran walaupun dijanjikan oleh sang penguasa setiap kali bila tiba Pilihanraya.
Semua ini kami lalui dengan tabah, bantu-membantu sesama sahabat menjadikan kami kuat mengharungi pancaroba kehidupan yang menekan.Kami begitu percaya bahawa pasti akan ada sinar baru yang akan terbit sekaligus menerangkan kegelapan yang menyelubungi perjuangan.
Dikala itu semuanya kelihatan indah, biar susah...kami tetap bersama. Setelah 8 mac, sinar baru mula terbentuk. Sipenguasa angkuh tersembam kebumi akibat lonjakkan kebangkitan rakyat. Tetapi kini suasana kemesraan seolah berakhir,ianya seolah ikut tersembam bersama keangkuhan penguasa zalim.... mengapa begitu?
Sesungguhnya aku amat rindukan kesemua saudara seperjuanganku, Ikatan yang terjalin sekian lamanya tak mungkin dapat diganti hatta segunung intan sekalipun.Ketahuilah bahawa kalian merupakan hartaku yang paling bernilai... Semoga tahun baru hijrah mengembalikan semangat persaudaraan antara kita.Demi Allah! itulah harapan serta doaku dikala menjelangnya awal muharam...akan terbit sinar ukhuwah sesama kita.
Salam perjuangan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan