Selesai program diBanting malam tadi, aku langsung ke Subang bertemu rakan penting dari Group. Pertemuan yang melibatkan jawatankuasa tertingi Group Pemikir Muda ini, merupakan rutin kami bagi merencana aktiviti Group yang seterusnya.
Pertanyaan dari salah seorang Ajk Group berkenaan artikel aku tentang Anwar, membuatkan aku termenung panjang. Soalannya " Sejak bila taksub dengan Anwar?". Tidak dinafikan semasa aku menerajui kepimpinan AMK Subang sedikit masa lalu. Aku sering tekankan bahawa tak perlu taksub atau fanatik dengan tokoh ini. Sikap taksub membuta tuli hanya akan merosakkan diri dan juga boleh menyebabkan tokoh tersebut tersasar dari matlamat asal perjuangannya.
Sebaliknya kita harus memahami keperluan perjuangan menuntut perubahan. Laungan Anwar sewajarnya dianggap sebagai semboyan semangat menentang penindasan dan kezaliman!
Aku berpendapat, teramatlah mustahil untuk kita menjadi sebaik Anwar. Tetapi untuk menjadi lebih baik dan hebat dari Anwar, any time. Ini kerana, untuk menjadi seperti Anwar kita harus melalui jalan sukar sepertinya. Sebagai contoh, zaman Anwar tidak punya Komputer yang ada hanyalah type writer. Sedang zaman kita bukan sahaja punya Komputer, bahkan kita juga punya talian "internet" bagi menghubungkan antara kita dan dunia.Nah! bukankah laluan kita lebih mudah?
Berbalik kepada persoalan tadi, adakah aku taksub dengan Anwar? jawapannya tidak. Cumanya,aku adalah antara salah seorang yang pernah melihat beliau diheret pasukan komando polis. Aku juga melihat dengan mata kepala aku sendiri, bagaimana seorang isteri yang terlupa mengenakan kasut mahupun selipar disaat mengejar suaminya yang diangkut Polis.
Telinga aku masih jelas kedengaran sehingga kini,bagaimana seorang anak kecil, menjerit memanggil papa tanpa dia ketahui bahawa papanya itu mahu dihumban kedalam lokap seterusnya dilanyak setengah mati.
Itu cerita lama, terbaru aku melihat bagaimana seorang insan begitu bersungguh berkempen tanpa memikirkan kesihatan dirinya yang sudah berusia itu. Disebabkan itulah, sebagai seorang manusia yang punya perasaan, peristiwa tersebut cukup mengesankan aku.
Aku tidak kisah, sekiranya pihak lawan mula menabur fitnah terhadap Anwar. Malah kewujudan blog-blog yang pro kerajaan secara berterusan menghentam dan memaki Anwar, bagi aku itu biasa.
Pertuduhan dengan melabelkan Anwar sebagai Agen CIA ataupun Yahudi, hanyalah cubaan menjatuhkan kredibiliti Anwar dari pandangan rakyat. Dan tindakkan ini seharusnya difahami sebagai serangan balas pihak lawan, barulah tercabar minda kita.
Tetapi ingin aku tegaskan disini, aku tidak taksub malah aku juga bukannya fanatik Anwar. Cuma aku hanya melengkapi kejadian manusia yang dikurniakan hati dan perasaan, Aku cukup bersimpati dengan nasib Anwar Ibrahim. Setelah dia berhempas-pulas bertarung, nasib rakan-rakannya mula berubah. Sedang nasibnya?
Pernahkah kita terfikir tentang perasaan Anwar selama ini? mungkinkah sekiranya diajukan persoalan ini, Anwar akan jawab begini:
"Akar nibung meresap,
akar mati dalam perahu,
Terbakar kampung kelihatan asap,
Terbakar hati siapa yang tahu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan