Melihat tulisan serta laporan media terhadap PRK K.Trg mutakhir ini, terlihat ia lebih tertumpu kepada calon dua parti terbesar iaitu PAS dan UMNO.
Sehingga kini tiada lagi nama calon yang diumumkan bagi menghadapi PRK yang aku kira bakal sengit.Pun begitu, calon bebas sudahpun diketahui. PRK kali ini mungkin berdepan dengan 4 penjuru atau lebih.(minyak dah turun so ada duit lebih).
Pandangan aku lebih terarah kepada bekas calon merangkap Naib Presiden PAS saudara Mat Sabu. Tidaklah kenal rapat, cuma pernah berbual sambil pekena teh tarik beberapa kali. Sepanjang pemerhatian aku terhadap tokoh ini, beliau sememangnya seorang yang berjiwa besar dan berhikmah. Ini dibuktikan, disaat banyak sekali penulisan serta laporan yang ada pro dan kontra berkenaan "patutkah diturunkan Mat Sabu sekali lagi", Mat Sabu mengambil pendekatan menyerahkan pada keputusan parti-seterusnya beliau akan akur denganya.
Mat Sabu bukan baru, kelahirannya melalui kebangkitan mahasiswa pada tahun 74. Kepetahannya serta bijak mencipta pelbagai istilah menjadikan beliau antara penceramah paling popular. Dengan bertindak selaku pemain penyerang, beliau cukup serasi dengan Mahfuz yang bertindak selaku pemain tengah.Gandingan mereka sering menggamatkan sidang Parlimen malah ada ketikanya membuat pihak lawan senak untuk menjawab.
Ketiadaan Mat Sabu didalam sidang Parlimen kali ini umpama pengantin perempuan yang kejahuan pengantin lelaki. Tetapi itu sekadar pandangan peribadi aku, tentu PAS Terengganu punya strateginya tersendiri.
Cuma aku agak tersentuh mengenangkan tokoh ini,Kebelakangan ini namanya disebut - sebut sebagai calon terbaik untuk menghadapi PRK. Malangnya kebanyakkan suara itu berada diluar Terengganu, jadi ianya dikira pandangan orang luar.
Mari kita singkap perjalanan perjuangannya buat seketika. Kita sering menjemputnya kemajlis ceramah anjuran kita, alasannya Mat Sabu mampu menarik kehadiran puluhan ribu untuk menikmati pidatonya. Buktinya, sekiranya diadakan kutipan derma ianya pasti lumayan. Kita sering ketawa mendengar istilah ciptaannya, terhibur mendengar celotehnya.
Fakta yang dibentangkan bukan sahaja kita malah orang kampung yang tiada pemahaman akedemik juga mudah faham. Kita akan usung Banner yang tertera namanya, kita akan sambut beliau laksana wira kembali perang - tiap kali Mat Sabu turun mengunjungi kawasan kita.
Tetapi sekarang.... kita pertikaikan kredebilitinya, kita persoalkan kemampuannya dan paling malang sekali ada yang menyebut "Mat Sabu orang luar". aku kira ini sangat tidak adil bagi seorang yang seumur hidupnya berjuang untuk memenangkan islam.
aku sokong pendapat ni!
BalasPadamSalam...blog saudara seakan hilang..selalunya saya akan melayari blog saudara melalui Kerajaan Rakyat..lepas tu blog saudara tidak lagi dipaparkan dalam blog itu..saya fikir saudara memang betul-betul berhenti menulis., setelah artikel saudara yang terakhir saya baca tentang "ASKAR'yang menyindir golongan atasan saudara.
BalasPadamSayang jika saudara berhenti sebab saya dan rakan sepejabat suka print artikel saudara untuk diagih-agihkan. Tapi hari ini kami bersorak gembira sebab dah jumpa...
Tentang artikel di atas...saya tak nak komen lagi, nantilah artikel seterusnya....
TERUSKAN PERJUANGAN SAUDARA...
SHANA