Pilihanraya kecil kembali lagi, kali ini gelanggangnya Kuala Terengganu. Kerusi Parlimen ini kosong setelah penyandangnya Dato Razali Ismail kembali ke rahmatullah.
Pada PRU-12, K.Terengganu menyaksikan pertandingan 3 penjuru. UMNO/BN meletakkan Razali manakala PAS mempertaruhkan ayam tambatannya Mat Sabu. Apa yang menarik sekali ialah, calon bebas Maimun Yussuf seorang warga emas turut mencuba nasib.
Kehadiran nenek ini menyebabkan Parlimen Kuala Terengganu menjadi antara yang popular, Usianya yang mencecah 89 tahun serta menerima bantuan kebajikan Masyarakat, membuatkan ramai pemerhati politik berasa aneh.
Dengan mengunakan lambang kunci, nenek tua ini berbasikal sekeliling Kuala Terengganu untuk berkempen."Undi saya barang tak naik" merupakan ungkapan popular nenek Maimun.
Walaubagaimanapun, sebaik pengumuman keputusan PRU12, Nenek tua ini mendapat sebanyak 689 undi. walaupun kehilangan wang pertaruhan, undi Maimun lebih tinggi dari calon AKIM yang hanya mampu meraih 91 undi sahaja di PRK Permatang Pauh.
Kini Kuala Terenganu mengamit lagi, yang pastinya PAS akan meletakkan calon terbaiknya, begitu juga UMNO/BN. Semalam AKIM menyatakan kesediaannya untuk bertanding, hari ini Maimun juga menyatakan keinginannya untuk bertanding sekiranya ada "pihak yang sudi memberinya wang lagi".
Undi Saya Barang Tak Naik! mungkinkah akan bergema lagi?? Mungkin Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh memberi bantuan yang lebih pada nenek Maimun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan